Tuesday, June 30, 2015

Terima Kasih Sis JM

Assalamulaikum... Hai...selamat menu berbuka ekin hari ni ayam kicap pedas,mee vits goreng + bihun sikit, berbola daging, sawi goreng dan buah kurma wajib ada taw... kuih pulak ada kak ipar bagi.. air pulak ekin suka minum air masak lagi...dahaga sangat ni.
 

Terima Kasih Sis JM



Ok la apa la ekin duk cakap menu berbuka jah kan.. sebenarnya ekin nak share pasal hadiah yang ekin dapat dari sis JM ni.. terkejut postman datang rumah aritu.. dah hari sampai hadiah sis JM ni ekin tak sempat nak taip entri perhargaan ni.. busy sikit minggu kalau abang shift malam dan ada urusan lain yang ekin perlu selesai lagi..Penat sangat kadang-kadang lepas sembanyang isyak ekin terus tertido bangun pukul 12 lebih lepas tu tidur balik.. entri ni asyik dalam draf.  
                  
Terima kasih Sis JM dengan hadiah sis JM bagi sejadah kecil yang cute ( abang ekin siap terbayang kalau ada anak comel jah dia ikut kita sembanyang kan sayang... hahhaahh) dialog ekin en suami , buah kurma , magnet peti dan surah al-Mathurat. so kepada sesiapa yang ingin mengenali sis JM kita sangat min at Warna pink ni boleh la terjah blog Sis JM ya. 

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

 #Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan Puasa 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
      
Hai... hari ke 4 ekin menglengkapkan cabaran20hari iaitu Menu Wajib Bulan Puasa ekin buat  sepanjang bulan Ramadan ni... Jom baca kat bawah ni. 
                                                           
Dah Hari ke 13 Ramadan kita berpuasa kan... Ada banyak makanan khas bulan ramadhan dan minuman khas bulan ramadhan yang akan membuat puasa ekin semakin menyenangkan, kerana pada saat sahur dan berbuka puasa ekin di sambut dengan makanan dan minuman ramadhan yang istimewa dan special.  Menu Wajib Bulan Puasa yang harus ekin dan orang makan ialah seperti di bawah

* Kurma


Menu Wajib Bulan Puasa yang pertama harus kita makan ialah Buah Kurma yang betadsal dari gajah Timur tengah. Buah Kurma ini mempunyai kepada kita taw dia dapat mengatasi 
masalah anemia, menjaga gigi dan memberi tulang kita sihat, tak lupa buah Kurma juga dapat mencegah stroke, mencegah jantung, menjaga kesihatan mata, melancarkan buang sir. Buah Kurma mempunyai kandungan anti oksidan sangat tinggi.


* Onde- Onde ataupun Buah Melaka 





Menu Wajib Bulan Puasa yang Kedua ekin selalu buat iaitu onde-onde ni.. onde-onde ini adalah kuih kesukaan suami ekin.. tu yang wajib ada dalam menu yang selalu ekin buat.. kuih paling mudah nak buat sesiapa saja boleh buat kuih ni.. bahan-bahan untuk buat onde-onde pun senang dan mudah kan..


* Nasi

Menu wajib bulan puasa yang ketiga pulak semestinya nasi kan... tak ada nasi tak lengkap menu untuk berbuka dan bersahur kita.. nasi panas di makan dengan lauk pauk yang panas sangat menyelerakan dan mengenyangkan perut ya.. hihihi

 Ok la itu saja Menu Wajib Bulan Puasa yang ekin share.. maaf kalau terkurang tersalah menulis entri ini... ingin baca lagi berkenaan tajuk #Cabaran20Hari ekin yang boleh singgah di link dibawah ini :-
                                   
                      1. #Cabaran20Hari Erti Puasa Bagi Anda
                  2. #Cabaran20Hari Pengalaman Sahur
                     3. #Cabaran20Hari Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas



               

Monday, June 29, 2015

Dapat Kad Raya Dari Blogger Khaty Rbain

                                           

                                                               
Hai selamat malam semua.. entri untuk malam ni ekin nak share berkenaan Kad Raya dari blogger kak Khatyrbain.. first time dapat Kad Raya selama bergelar blogger ini...

Ok so sesiapa ingin mengenali kak khaty kita boleh singgah ke blog dia ya... blog khaty banyak menceritakan isu semasa, personal, resepi ada jugak menganjurkan giveaway...

Terima Kasih kak khaty hadiahkan ekin Kad dan reviewkan blog ekin sempena hadiah kemenangan join GMBM 1st Giveaway 2015 aritu so sesiapa yang ingin baca entri review tu boleh Klik SINI.

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas | Assalamualaikum...Hai... hari ketiga ekin menglengkapkan cabaran20hari iaitu Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas pernah sepanjang sahur di bulan Ramadan ni... Jom baca kat bawah ni. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Hari ini merupakan hari ke 12 kita berpuasa kan dan hari ke 12 ekin masak untuk sahur.. menu yang ekin masak untuk sahur selalunya Sup Sayur, Tumis sayur, telur tumis la, ayam goreng ,nasi goreng pun pernah buat sahur semalam.. resepi itu semua senang ekin tak share pun korang boleh buat gak kan hihihi.. tu time abang keje shift pagi la.. kalau abang keje malam panas saja lauk yang ekin masak lebih tu...

Masa mula2 sahur aritu ekin masak lauk lebih sebab nak bekalkan untuk abang pergi keje bawa 3 bekal kebetulan keje shift malam kan... 3 bekal tu untuk berbuka, rehat pukul 11.30mlm dan Sahur pukul 5 pagi... ikan aya gulai kuning kalau tak silap ekin madsa first sahur hihihi... lupa sudah la... 


Nak Cuba Resepi Carrot Goreng Tepung untuk menu bersahur boleh gak mana taw untuk bangkitkan selera kita waktu sahur kan... 


Ok itu saja ekin nak share resepi Hidangan yang ekin buat untuk sahur...

Love you

Sunday, June 28, 2015

Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana

 

Klik Banner Untuk Join

1) Hadiah tempat Pertama - Foot Care + Soap bernilai RM55
2) Hadiah tempat Kedua - Cute Frame bernilai RM30
3) Hadiah tempat Ketiga : Purchase Voucher by Golden Rose bernilai RM20 
4) Hadiah Saguhati : 3 x Wang Tunai RM10 
Mula : 18 JUN 2015  
TAMAT : 17 JULAI 2015









#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur  | Assalamualaikum...Hai agak lewat sikit update blog hari ini.. ekin tak Berapa sihat perut meragam dan rasa muntah pulak...hari Kedua ekin menulis #Cabaran20Hari ekin iaitu pengalaman sahur ekin sepanjang bulan Ramadan ni.. Jom baca pengalaman bersahur pada ekin kat bawah ni. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Tahun Kedua ekin berpuasa sebagai isteri pengalaman sahur Alhamdulilah tak sekalut masa tahun lepas nak masak sahur ni.. tahun lepas ekin kalut sikit la sebab baru cukup sebulan kahwin dan sesuaikan diri jadi isteri masak sahur MIL yang bagitaw hihihi... bangun sahur MIL kejutkan lagi hihihi..  kalau MIL tak kejut alamak tak sahur la kami ni...Menu sahur yang ekin selalu buat sayur air,sup sayur saja dan panaskan lauk ekin lebih masa berbuka tu simpan dalam peti esok panaskan saja.. semudah ABC saja..  tu pengalaman masa tahun lepas.

Pengalaman Sahur tahun ni pulak bersahur berdua dengan MIL tanpa abang nak makan tak lalu bila berdua kan.. kebetulan bulan puasa ni abang start keje shift pagi dan malam.. seminggu pagi dan seminggu malam... masak sahur ekin pun jadi simple saja hihihihi... bangun sahur awal tu MIL lagi kejut hihihi.. sekarang dah bangun sendiri dah la...

Itu saja la pengalaman ekin bersahur buat pembaca blog ekin.. tunggu esok pulak cabaran yang lain pulak ya.


Saturday, June 27, 2015

Keyword Dari Nuffnang

Keyword Dari Nuffnang | Assalamualaikum... Assalamulaikum..Selamat petang semua apa khabar puasa Ok ke... menu untuk berbuka nak buat gulai ikan nasi berlauk lagi hihihi.. mesti ramai perasan asyik menu sana kan... nak buat macamner gulai ikan nasi berlauk regret en suami.


    

eh apa ni sebenar ekin nak share keyword dari Nuffnang ni lama rasa tak share asyik blog jah kan.. Jom usha Gambar tu...  Dalam perhatian ekin tengok semua carian orang Cari berkenaan dengan Tonton Drama MAID , Cik Bunga Encik Sombong, Ketuk-Ketuk Ramadan.. patut la pageviews 24hbl aritu memcecah rangka 1000k ... ni entri yang pageview tu boleh Klik SINI. Alhamdulilah ada gak sudi singgah blog ekin walaupun update tak konsisten sangat ni.. Terima kasih semua....

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Bagi Saya

#Cabaran20Hari | Erti Puasa Bagi Saya | Assalamulaikum...Hai.. hari ini dah hari kesepuluh seluruh umat beragama Islam berpuasa kan..hari ini merupakan #Cabaran20hari Puasa/Raya anjuran EFG dan Benasshari group telah bermula hari ini dengan Tajuk Pembukaan Apa Erti Puasa Pada Anda . Ekin teruja nak join boleh blog terupdate kan. Jom baca erti puasa pada ekin kat bawah ni. 

                                         #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Apa yang ekin taw pasal erti puasa ini ialah puasa dari segi  bahasa ialah menahan diri daripàda sesuatu. Manakala dari syarak pula ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga la terbenam matahari dimulai dengan niat untuk puasa, untuk mengharap keredaan Allah s.w.t. 

HIKMAH DAN KELEBIHAN PUASA
Seluruh umat islam dipelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Mereka bersatu hati dan haya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.  Menimbulkan rasa insaf kepada semua golongan yang berpuasa sana ada maya ataupun miskin..  begitu jugak melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Berpuasa juga dapat menyembuhkan segala penyakit kerana perut dapat direhatkan ketika berpuasa. Puasa dapat melatih diri supaya bersabar keraana sabar itu sebahagian daripada iman dan sifat mulia. Hanya dengan bersabar, maka orang yang berpuasa tidak akan makan atau minum serta melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasanya selagi belum tiba masanya untuk berbuat demikian

Orang yang berpuasa akan sentiasa disayangin Allah, serta selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa yang kecil.  begitu dapat menlakukan pelbagai ibadah dalam bulan puasa ni..  Dalam bulan Ramada semua pintu-pintu syurga terbuka serta ditutup semua pintu neraka.. syaitan dirantai semasa bulan Ramadasn supaya tidak mengganggu manusia. 

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA 
Antara syarat wajib puasa ialah Islam iaitu tidak diwajibkan puasa kepada kafir. Yang kedua ialah baligh. Tidak diwajibkan puasa kepada kanak-kanak tetapi ibu bapa hendaklah menyuruhnya berpuasa ketika berumur 7 tahun dan memukulnya jika enggan berpuasa ketika berumur 10 tahun. Yang ketiga ialah berakal. Tidak wajib puasa kepada orang gila sma ada tunai atau qada. Dan yang keempat pula ialah berkemampuan iaitu berkuasa atau bertenaga untuk berpuasa. 


SYARAT SAH PUASA
Syarat sah puasa ialah Islam ketika berpuasa iaitu tidak sah puasa orang kafir atau murtad. Yang kedua ialah mumayyiz dab berakal sepanjang hari berpuasa iaitu tidak sah puasa orang yang tidak mumayyiz atau tidak sah puasa orang gila. Yang ketiga ialah bebas atau suci daripada haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) sepanjang hari berpuasa sekali pun semasa kelahiran tidak mengeluarkan darah. Sekiranya ketika sedang berpuasa tiba-tiba keluar haid dan nifas atau berlaku kelahiran maka batal puasanya. Yang keempat ialah hendaklah puasa itu waktu yang dibolehkan. Oleh itu tidak sah puasa pada hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) hari-hari Tasyrik, hari Syak dan pada pertengahan kedua bulan Syaaban.

Itu saja yang ekin dapat huraikan serba sikit erti puasa bagi ekin diatas pembacaan ekin la... Ok la ekin nak berehat dulu dari blog nak tidur jap ya.. bangun sahur 4.30 pagi tidak lelap Mata lagi ni biasa la baru selesai buat keje rumah kan tu tak habis lagi nak mengemas lagi... 

Friday, June 26, 2015

Sape Main Games Hay Day

Sape Main Games Hay Day | Assalamualaikum.. Hai semua buat rakan-rakan blogger.. apa khabar sihat ke hari ini.. harap puasa hari ini berjalan dengan lancar ya.  Masa ni perut dah berbunyi suruh diisi adess.






 Siapa kat sini ada main game dekat hp iaitu game Hay Day. sila komen dekat bawah deh.. boleh jadi friend nanti boleh jual dan tukar-tukar barang nanti. Main game sambil-sambil hilang boring tak ada buat apa-apa selain buka blog. 
                                            Tengah main game aktiviti BW stop jap tunggu ekin akan bom nanti blog terpilih


Thursday, June 25, 2015

Pecah Rekod Pageviews 1000 K



Hai... selamat malam semua... menu berbuka ekin malam ni ikan selayang percik, ulam pegaga dan jemput-jemput kucai saja... hari ini sakit gastrik datang pulak rasa lemah tubuh ni...

Ok la apa ni merapu duk tulis pasal berbuka kan ekin nak share pasal pageview blog ekin ni semalam punya pageview terkejut tengok first time angka 1000k ni...

penangan  dua drama Cerita Cik Bunga Dan Encik Sombong dan M.A.I.D dan Ketuk-Ketuk Tamadhan ni...

Terima kasih kepada semua yang singgah blog Cik Ash ni...




Wednesday, June 24, 2015

CPUV Nuffnang Resort World Sentosa


Assalamulaikum... 
Hai.. selamat malam  semua... Alhamdulilah rezeki Nuffnang masuk lagi harap lama On going Kali ni... kena gigihkan lagi update blog ni...

CPUV Nuffnang yang sedang On Going blog Cik Ash ini ialah Resort World Sentosa.. ingin maklumat lanjut tentang Resort ini boleh terjah ke website Resort World Sentosa


Pagesview Blog Cik Ash





Assalamulaikum..
Hai... selamat petang semua ... menu ekin nak masak untuk  berbuka ekin hari ini Ayam Gulai, sayur sawi tumis, kuih tu masih tak ada idea lagi nak buat ni...

Ok la sebenarnya entri ni ekin share pageview blog ekin selama berblog start dari tahun November 2010 lagi masa tu saja suka saja nak tulis entri pun banyak yang merapu jah...

tengok la pic diatas tu pageview blog ekin macam tak caya dah banyak giler tu...

terima kasih kepada semua yang singgah blog ekin tanpa tinggal komen, yang tinggal komen sekali bom tangan datang ni...

Sayang kamu semua...


CPUV Nuffnang -U-Mobile Blogger Ambassador


Assalamulaikum... 
Hai Selamat pagi semua Alhamdulilah rezeki CPUV masuk lagi terima Nuffnang memberi iklan lagi..Cpuv yang ekin dapat ini ialah U-Mobile Blogger Ambsssador.. 

Ok kepada singgah yang  blog ekin tu sudi2 la Klik iklan yang sedang berlegar-legar di blog tu... 

Terima kasih ya..





Tuesday, June 23, 2015

Jom Terjah Mereka




Jom terjah blog yang view blog ekin... terima kasih kepada nama-nama yang tersenarai di atas tu... 


Selamat Malam Dan Selamat Bersahur

Assalamulaikum..
Hai selamst malam semua... jangan lupa bangun sahur esok ya hihihi..

lagi satu kalau baca entri blog ekin nampak iklan tengah bergayut- gayut tolong Klik terima kasih taw..

Kak Farah tu tak tido lagi ke siap drop komen blog ekin hihihi

Monday, June 22, 2015

Terima Kasih Kak Deanna Morni

Terima Kasih Kak Deanna Morni | Assalamualaikum...Hai,selamat malam semua dan selamat berbuka puasa ya, menu berbuka ekin hari ini ialah ikan tongkol gulai kuning nasi berlauk (resepinya nanti ekin kongsi lain kali),jemput-jemput pisang dan ikan rebus goreng.


                                           
Ok la berbalik apa yang ekin nak share berkenaan hadiah yang ekin dapat petang tadi malam baru autopublish hihihi.. hadiah top comment ni ekin dapat dari Sis Kameq Deeanna . hadiah ini semua dari Kelantan  kak Deanna  kan 2  minggu berada dikelantan aritu dan satu majalah time bahasa BI adess lemah selalu ekin hihihi.. jom kita usha hadiah.






Sunday, June 21, 2015

Alhamdulilah Rezeki Bulan Ramadhan

Alhamdulilah Rezeki Bulan Ramadhan | Assalamulaikum...hai selamat petang reader blog Cik Ash, apa khabar semua., macam ner puasa hari ini Ok ke.... ke ada yang tak puasa hihihi... menu untuk berbuka hari ini ekin masak tomyam kaki ayam dan ayam bakar berempah permintaan Encik suami minggu ini dia shift pagi berbuka dan bersahur kat rumah rasa happy sangat hihihi.. kuih  buat onde-onde  dan nak pergi bazar ramadhan nanti..

                                                                  

Alhamdulilah rezeki bulan ramadhan ekin menang jawab Segmen Teka Dan Menang di blog Mama3Farhanah. jawapan ekin teka sipi-sipi dengan jumlah sebenar memang tak sangka menang....

so siapa ingin mengenali mama kepada 3 cahayamata perempuan boleh pergi terjah blog kak Ann ya....Terima kasih kak Ann dengan hadiah tu...


GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF




GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

TARIKH GIVEAWAY :
18 JUN  2015 ~ 27 JUN 2015 (11.59 MALAM) 
PENGUMUMAN PEMENANG:
1JULAI 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

HADIAH:

Facial Voucher (Chromo Silky Therapy) bernilai RM68 + Wang Tunai RM10 x 1 Pemenang
Voucher RM10 Viet-Thai Canteen + Wang Tunai RM10 x 2 Pemenang
Shawl Butterfly (Mastura shawl) x 1 Pemenang
Tudung Bawal + Kerongsang x 1 Pemenang
Instant Shawl exclusive x 2 Pemenang
Wang Tunai RM20 x 4 Pemenang


Klik banner untuk join





Saturday, June 20, 2015

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 | Assalamualaikum...Hai reader blog Cik Ash yang dikasihi, seperti biasa sepanjang bulan puasa ni akan ada rancangan masakan no 1 malaysia iaitu Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015.


Ketuk-ketuk ramadan 2015


Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 ni akan mula ditayangkan di TV1 pada pukul 12.30 tengahari hingga 1.00 petang.Pengacara semestinya sis kita, Sheila Rusly. Siapakah artis-artis yang akan bersama bermasak bersama sis Sheila Rusly. 

Yang mana terlepas tengok rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 korang juga boleh menonton di TVi (saluran 180 Astro) jam 6.00 petang. Boleh juga menonton myklik.rtm.gov.my atau dowload aplikasi RTM Mobile, cari button Myklik boleh menonto streaming.

Episod 1 - Syafiq Kyle ( Sambal Ikan Bilis Ibuku/ Daging Kaprau)

Episod 2 - Dynaz Mokhtar ( Nasi Lemak Diet/ Salmon Fish Cake)

Episod 3 - Abam Bocey (Kerabu Udang Goreng/ Sambal Sotong Petai)

Episod 4 - Dazrin ( Mi Bangkok/ Wantan Goreng)

Episod 5 - Johan Ashaari (Ketam Portugis/ Asam Pedas Melaka)

Episod 6 - Ummi Nazeera (Sambal Sotong Sumbat/Ikan Tongkol Nenas)

Episod 7 - Amar Baharin (Masak Lemak Udang Ibuku/ Carbonara Daging Salai)

Episod 8 - Shila Khoriri (Ubi Kayu Sambal Hijau/ Nasi Ulam

Episod 9 - Dayana Roza (Kari Udang Kering/ Sambal Sotong Atuk Tercinta)

Episod 10 - Emma Ma'embong (Ayam Baiti/ Ikan Patin Goreng Pais)

Episod 11 - Nellydia Senrose (Ayam Empat Rasa/ Rendang Udang Sesuka Hati)

Episod 12  - Reen Rahim (Nasi Daging Berempah/ Ayam Sos Pis)

Episod 13 - Wan Doyok  (Ayam Kung Fu Dao/ Bihun Thai)

Episod 14 - Hanez Suraya ( Nasi Carrot & Ikan Tandoori/ Masak Lemak Ikan Masin Kurau)

Episod 15 - Siti Elizad ( Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak/ Dalca Ayam)

Episod 16 - Fasha Sandha (Ayam Karamel/ Kari Ikan Rayfal & Resha)

Episod 17 - Ungku Ismail ( Pulut Ayam/ Ayam Masak Merah Ungku Ismail)

Episod 18 - Izzue Islam (Mi Kicap Ipoh/ Kerabu Bihun)

Episod 19 - Uqasha Senrose (Ikan Siakap 3 Rasa/Bebola Daging Madras)

Episod 20 - Pekin Ibrahim (Saji Mee Ketam/ Daging Goreng Bujang Rushing)

Episod 21 - Sherry Alhadad (Ayam Masak Aladdin/ Kerepek Seaweed)

Episod 22 - Noryn Aziz (Mi Calong/ Lodeh Minang)

Episod 23 - Nomad (Laksam Nomad/ Nasi Ayam Ungkep)

Episod 24 - Ayda Jebat (Ekor Masak Kari/ Rendang Telur Mereput)

Episod 25 - Aeril Zafril ( Nasi Goreng Petai/ Ikan Salmon Taucu)

Episod 26 - Fattah Amin (Udang Sambal Hero Untukmu/ Popia Sambal)

Episod 27 - Rita Rudaini (Kepah Goreng Serai/ Sambal Tumis Daging)

Episod 28 - Izreen Asmidar (Jejari Ikan Qat/ Daging Masak Hitam) 

Episod 29 - Mia Ahmad (

Episod 30 -Tauke Jambu (Paru Berlada/ Rendang Mamak) 

Giveaway : 2nd Anniversary Yana & Dean


Assalamualaikum w.b.t.

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2015 : Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan Yana dengan Mr.Yogi. Suka, duka, masam, manis...berjaya ditempuhi bersama. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami. Ulangtahun ke-2 pun, kami masih lagi berdua. Insyaallah...berkat doa berterusan daripada kami berdua, daripada ahli keluarga dan semua yang mengenali, manalah taw bila tiba waktunya nanti kan. 

Hari ini juga, dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan 

Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015

Adik Paling Comel Mengebom

Adik Paling Comel Mengebom | Assalamualaikum...Hai..selamat pagi semua... Alhamdulilah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis pagi ini... dah hari ke 3 kita berpuasa kan... sekejap masa berjalan kan... tak lama dah nak beraya... harap raya ni balik kampung la... rindu kampung nak jumpa ma n aboh... aritu balik kecemasan 2 hari rasa tak puas lagi tengok keadaan ma.. sebab tu la cik ash kurang BW n update blog minggu lepas kan...








Ok la ni ada dua orang adik paling comel. mengebom blog cik ash semalam pagi ini baru nak share... jom la kita usha mereka berdua ni... yang seorang dah berpunya yang seorang single lagi... 



                                                  


                                                                      Siti Yang Menaip 


 


                                               
                                                                           Cik Mimie