Resepi Kerabu Belimbing Buluh | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sebenarnya entri ini dah lama tersimpan dalam draf hari ini baru nak pos... Cik Ash ada buat kerabu belimbing buluh... hihihihi....first time buat memang teruja la...Sedap dimakan kerabu ni dengan nasi yang panas perghhh memang tarik selera makan bertambah-tambah masa tu..
Orang paling makan bertambah-tambah nasi ialah suami Cik Ash... febret dia mesti la bertambah kan... hihihihihi...
Ok la kat bawah ni merupakan resepi yang Cik Ash buat la tapi ibu mentua yang ajar caranya hihihihi..
Resepi Kerabu Belimbing Buluh
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan :-
Belimbing Buluh (ikut suka jah hiris)
1 ekor ikan Selayang@Sardin yang ekin guna
Sedikit garam
sedikit Gula
Sedikit Lada Hitam
1 Ulas bawang putih
1 Bawang Merah
Sedikit Halia
Santan beli rm2.00 jah
Sedikit Anjinamoto
Caranya membuatnya :-
1. Belimbing Buluh dihiris panjang nipis-nipis taw...
2. Ikan direbus terlebih dahulu.. lepas tu tumbuk sampai lumat..
3. Tumbuk Bawang putih, Bawang merah dan halia sampai lumat... gaulkan ke semua bahan tu bersama dengan belimbing bagi rata ya..
4. Lepas dah rata boleh tuangkan santan ke dalam mangkuk yang kita gaul tadi.
5.Perasa garam,gula dan ajinamoto dah OK boleh dihidangkan bersama nasi panss2 taw..
Resepi buat sendiri berterabur ayat nak susun hahaha... selamat mencuba kepada anda semua...nak tengok resepi lain boleh cuba tengok dekat
This post have 18 komentar
sedap nyaa..
ReplyWah..nampak sedap tu ekin..buat wana terliur la..huwaaa!!!
ReplyKerabu? Akak ni antu kerabu. Nanti nak cuba lah.
ReplyMemey sedap taw...
ReplyMemey sedap tu hihihi
ReplyHa ah hihihi... akak suaikan rasa atas kesedapan tekak akak kalau.nak buat taw...
Replybelimbing buluh ni kalau dapat, mak mmg buat masak lemah kat rumah shad.. hehe... buat kerabu xpnah try ag, nnti leh cuba ni.. hehe.. belimbing buluh is masam... hehe.. :D
ReplyHa ah betul masak gulai lemak letak dia memey sedap.. kak.ekin.pun.xpernah 1first time gak try tu best gak hihihi
Replyx pernah buat lagi kerabu belimbing buluh ni sbb susah nk dapat..
Replyalaa...letak pak aji naik moto ke..sis JM x mkn kalau letak pak aji tu nanti kepala pening san sakit..kalau ganti ak aji naik kereta boleh tak hihihi
ReplyAkak xletak pun xpo... tu rsepi MIL dia suka letak
ReplyEkin pun jiran yg bagi tu
Replytak pernah lagi makan kerabu ni..frst time dgr :)
Replybelimbing bluh tau tp krabu ni tatau..
Replyslalu letak dalam masak asam blimbing ni..
cuba la buat ubah selera hahahahha
Replycuba la buat ubah selera hahahahha
ReplyFirst time dengar pasal kerabu belimbing buluh ni
Replynampak sedap jugak tu ekin.. x rajin masok lagi guna belimbing buluh haaa.. adui payoh nok jupo sini adeh
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon