Resepi Kerabu Pauh | Assalamualaikum... Hai semua harap sihat la ya..Hari ini Cik Ash nak kongsi cara-cara membuat kerabu pauh atapun Mangga.
Sekarang ini musim buah pauh a.k.a buah mempelam kan... sedap nya dapat makan buah pauh ni rasa masam gitu.. buah pauh epal Cik Ash paling suka makan.. tak ada jumpa lagi buah ni kat sini.. macam orang mengidam pulak hahahaha... jangan salah fikir yang Cik Ash dah mengandung ya.. belum ada rezeki lagi untuk mengandung ni..Ok berbalik apa yang Cik Ash nak share ni berkenaan dengan resepi Kerabu Pauh ya..
Resepi Kerabu Pauh
2 biji Buah Pauh
6 Ekor Ikan Kembung ekin guna
2 ulas Bawang Putih
1 ulas Bawang Besar
Sedikit halia
1 sudu teh lada hitam
1 mangkuk santan
Gula secukup rasa
garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
1. Buah Pauh atau mangga dibuang kulitnya dan diparut. ketepikan
2.Bawang Besar dan lada hitam di tumbuk halus
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi lumat.
4. Apabila bahan ditumbuk sudah lumat satukan kedalam satu bekas, Gaul ke bersama dengan mangga yang diparut dan Gaul hingga sebati..
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. tambah kepedasannya boleh letak cili padi ya... ekin tak letak pun huhuhu..
Ok la bila dah siap kerabu pauh tu boleh makan dengan nasi panas-panas kan..bertambah-tambah la bila makan kerabu tak ada lauk lain pun tak pe la.. hihihihi, nak tengok resepi kerabu yang boleh tengok dekat Kerabu Pauh a.k.a Mangga, Resepi Kerabu Belimbing Buluh, Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Tere.
This post have 16 komentar
sedapnya kerabu mangga...mabless klu makan gitu je
Replyoh my, kerabu!!! saya suka kerabu mangga. tapi x dan nak buat sendiri lg
Replyorg klantan panggil pauh kan ? hehehe.. dulu taktau gak.. krabu daaaapnye. tp kalo CT makan saja pun da sedap da.. lagi2 yg lemak manish..
Replypernah buat kerabu mangga ni tapi x pernah letak ikan...so boleh try resipi nih
ReplyHihihi betul3 tu
ReplySama.la..kak.ekin pun.suka
ReplyYup.org kelantan panggil pauh ... makan.saja.boleh jah.. dah jemu.mkn.mcm.tu kam tu yh ubah...
ReplyTry la kak.JM
ReplyBaru buah mangga dipanggil buah pauh...he he he...
ReplySS pernah rasa yg letak isi ikan... Memang sedap...
ReplyHihihihi
ReplyMemang sedap SS
Replyx buat kerabu..Cicah dgn kicap cmpur gula pun dah sedap dah..hehee :)
Reply@Cik Mimie wardah pun salu makan makan macam tu sahaja. hihi colek org kelate panggil
Replykerabu mangga penah makan tapi jarang2.. sedap jugak hihi
ReplyKak ekin mkn saja pauh tu
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon