Solok Lada Ibu Mentuaku | Assalamualaikum.. Hai korang semua, terima kasih kerana membaca entri Cik Ash yang sebelum ni. Hari ini Cik Ash nak kongsikan masakan daripada #dapurcikash. Mesti korang tertanya kenapa tajuk Solok Lada Ibu Mentuaku. Kerana resepi ni solok daripada ibu mentua Cik Ash hihihi.
Ni merupakan kali pertama Cik Ash buat solok lada, sebenarnya memang Cik Ash tak pernah pun masa belum kahwin dulu, selalu yang buat ma Cik Ash hahaha, bila dah jadi isteri orang bila suami nak makan so kita kena buat juga.
Kebetulan pulak ada baki lada solok beli masa balik di Kelantan aritu ada lagi. So Cik Ash buat solok lada ni. Sebelum ni mak mentua Cik Ash yang tolong tumbuk ikan, bawang, kelapa, lada hitam dan siap di gaul.
Semua bahan yang di tumbuk tu kita sumbat inti di dalam lada yang kita dah belah tu. Cik Ash ni baru belajar buat mak mentua kata Cik Ash perlu memperkemaskan lagi bab belah lada solok tu. hihihi. Ni percuba pertama sekarang dah mahir buat solok lada ikut resepi ni jer, Jom usha resepi dekat bawah ni.
Resepi Solok Lada Ibu Mentuaku
Oleh : Cik Ash
Bahan-bahan
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 ekor ikan selayang - direbus
1 sudu kfc serbuk lada hitam
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc anjinamoto
kelapa rm2 ( simpan sedikit untuk santan)
Cara Membuatnya :-
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih,halia,suaikan rasa garam, gula, secukup rasa.
2.
Rebus ikan , selepas itu blender la isi ikan, bawang besar, bawang
putih, lada hitam sampai lumat. cara senang hihihihi.. kalau rasa rajin
nak tumbuk pun boleh.
3.
Gaulkan bahan yang dah blender tadi bersama kelapa parut hingga sebati,
sesuaikan rasa garam, anjinamoto. gaul sehingga sebati. Masa nak gaul bahan ni kena letak telur satu biji, sebab tak nak bagi inti solok keluar masa rebus tu.
4. Bila dah sebati boleh sumbat inti solok tu kedalam lada solok yang telah dipotong tadi.
5.
Susun comel dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang
perlahan. Bila dah empuk lada solok tu dah boleh di makan dengan nasi putih
yang panas.
Solok Lada ni kalau buat tak makan lauk lain pun tak pe hahahha..
sedap sangat memang makan berselera tengok suami makan siap geleng-geleng kepala , kalau dah geleng kepala tu memang masakan Cik Ash
buat memikat hati suami la ya hahahhha, suami ni jarang sangat nak puji
kalau tengok dia makan berselera itu sedap la hihihi.. jangan suami
baca sudah entri hahahah..
Selamat
memcuba resepi Cik Ash ni simple jer Cik Ash buat sebab ibu mentua ajar
santai2 jer, hihihihi... alhamdulilah Cik Ash banyak belajar masakan
febret suami daripada ibu mentua,mujur la masakan Cik Ash selalu dapat
pujian daripada ibu mentua hihihi, bangga taw ibu mentua puji masakan
kita. suami kalau berselera tu memang masakan Cik Ash sedap la,
Ok
la korang semua itu jer resepi yang Cik Ash share dengan korang semua,
selamat memcuba resepi Solok Lada Ibu Mentuaku ni, memang menyelerakan makan
nasi putih panas-panas tambah nasi pun tak perasan apa-apa .. hihihi..Kalau nak tengok koleksi masakan yang Cik Ash masak korang boleh usha dekat DapurCikAsh ya.
wahhh, dapnya.. nanti up resepi ya kak.. :D
ReplyDeleteInshaAllah nanti akak up resepi ni yg MIL ajar ni xtaw cara org lain mcm ner...
DeleteWah dah lama tak makan solok lada..
ReplyDeleteTapi selalunya kalau makan, saya suka buang lada tue.. hehee
Hehehee... oooo gitu... x suka lada ya
DeleteIni makan dengan nasi kerabu nihhhh... Perghhhhhh!
ReplyDeleteHihihihi... betul tu SS dengan nasi kerabu memang terbaik kalau ada lada solok.ni
Deleteyeahhh bleh masak . hehee
ReplyDeleteHihihihi...
Deletewah pandainya buat solok lada.. sedap tu mkn ngan nasi kerabu
ReplyDeleteBaru belajar.... huhuu perlu diperkemaskan belah lada tu hihihi...
Deleteamboi sedapnya tgk
ReplyDeleteSedap dimkn... bab belah lada fail hahhahaaa... biasa la baru belajar kan
DeleteHee...xpenah makan lagi :)
ReplyDeleteKena cuba makan mimie hihihi
Deletepada hitam ke lada hitam? ehehe
ReplyDeleteHahaha nampak jah typo ekin kak JM ni... lada hitam tu biasa la queen of typo kan
Deleteselalu mkn nasi kerabu x de solok lada..mmg rasa x lengkap..yg pasti kalau ke kelantan nasi kerabu mesti ada solok lada...baru ummphhh
ReplyDeleteNasi kerabu ada solok lada,ikan celup tepung,bawang putih jeruk,telur masin perghhhhh memey terangkat makan hihihihi
DeleteKasi tepek resepi laa kat sini... Iskkss...
ReplyDeleteSS resepi.ada.dah tu nak.buat ayat nak bagi faham dulu ni hihihi... nanti.ekin share ya...
Delete@Jari Manis Cer Jay Emm masak!
ReplyDeleteYeahhh cahut cabaran SS kak JM hihihihi
Deletewahhh bestnyaa...lame sgt dah tak mkn bnde nihh
ReplyDelete@Scdha Sein (SS)kalau JM yg masak ..ramai nanti nk order keh keh keh
ReplyDeleteWahhh tak sabar nak tunggu sis JM.masak... hihhihi
Delete@Jari ManisBetul tu, sis! Saya klu makan nasi kerabu wajib ada solok lada dan jeruk bawang putih...berselera tak ingat!
ReplyDeleteAkak memey sedap nasi kerabu...balik kelantan aritu dapat makan nasi kerabu n nasi berlauk pulut pagi tu banyak lagi xsempat nak.mkn
DeleteEkin, nak solok lada 12!
ReplyDeleteKak farah dah habis hihihi buat 11 jah aritu...
Deleteitu maksudnya sis JM baca ayat by ayat tau..bukan baca intro terus komen kah kah kah
ReplyDeleteHahahha terbaik akak... ekin ni selalu salah tulis guna keypard tablet ni la hihihi
Deletetetiba teringin nak makan nasi kerabu.. lama tak makan..
ReplyDeleteKak buat sendiri la nasi kerabu hihihi
Deletealaaa.. CT tak makan solok lada.. kalo makan nasi kerabu mmg kasi kat mak.. dia makan la.. tp isi dalam tu makan gak sket2.. x banyak..
ReplyDeletePerghh.... kena cuba sendiri nih... thanx!
ReplyDelete