Monday, April 27, 2015

author photo
Solok Lada Ibu Mentuaku | Assalamualaikum.. Hai korang semua, terima kasih kerana membaca entri Cik Ash yang sebelum ni. Hari ini Cik Ash nak kongsikan masakan daripada #dapurcikash. Mesti korang tertanya kenapa tajuk Solok Lada Ibu Mentuaku. Kerana resepi ni solok daripada ibu mentua Cik Ash hihihi. 


Solok Lada Ibu Mentuaku



 Ni merupakan kali pertama Cik Ash buat solok lada, sebenarnya memang Cik Ash tak pernah pun masa belum kahwin dulu, selalu yang buat ma Cik Ash hahaha, bila dah jadi isteri orang bila suami nak makan so kita kena buat juga. 

Kebetulan pulak ada baki lada solok beli masa balik di Kelantan aritu ada lagi. So Cik Ash buat solok lada ni. Sebelum ni mak mentua Cik Ash yang tolong tumbuk ikan, bawang, kelapa, lada hitam dan siap di gaul. 

Semua bahan yang di tumbuk tu kita sumbat inti di dalam lada yang kita dah belah tu. Cik Ash ni baru belajar buat mak mentua kata  Cik Ash perlu memperkemaskan lagi bab belah lada solok tu. hihihi. Ni percuba pertama sekarang dah mahir buat solok lada ikut resepi ni jer, Jom usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Solok Lada Ibu Mentuaku
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 ekor ikan selayang - direbus
1 sudu kfc serbuk lada hitam
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc anjinamoto
kelapa rm2 ( simpan sedikit untuk santan)


Cara Membuatnya :- 
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih,halia,suaikan rasa garam, gula, secukup rasa.
2. Rebus ikan , selepas itu blender la isi ikan, bawang besar, bawang putih, lada hitam sampai lumat. cara senang hihihihi.. kalau rasa rajin nak tumbuk pun boleh.
3. Gaulkan bahan yang dah blender tadi bersama kelapa parut hingga sebati, sesuaikan rasa garam, anjinamoto. gaul sehingga sebati. Masa nak gaul bahan ni kena letak telur satu biji, sebab tak nak bagi inti solok keluar masa rebus tu.
4. Bila dah sebati boleh sumbat inti solok tu kedalam lada solok yang telah dipotong tadi.
5. Susun comel dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk lada solok tu dah boleh di makan dengan nasi putih yang panas.

Solok Lada  ni kalau buat tak makan lauk lain pun tak pe hahahha.. sedap sangat memang makan berselera tengok suami makan siap geleng-geleng kepala , kalau dah geleng kepala tu memang masakan Cik Ash buat memikat hati suami la ya hahahhha, suami ni jarang sangat nak puji kalau tengok dia makan berselera itu sedap la hihihi.. jangan suami baca sudah entri hahahah..


Selamat memcuba resepi Cik Ash ni simple jer Cik Ash buat sebab ibu mentua ajar santai2 jer, hihihihi... alhamdulilah Cik Ash banyak belajar masakan febret suami daripada ibu mentua,mujur la masakan Cik Ash selalu dapat pujian daripada ibu mentua hihihi, bangga taw ibu mentua puji masakan kita. suami kalau berselera tu memang masakan Cik Ash sedap la,

Ok la korang semua itu jer resepi yang Cik Ash share dengan korang semua, selamat memcuba resepi Solok Lada Ibu Mentuaku ni, memang menyelerakan makan nasi putih panas-panas tambah nasi pun tak perasan apa-apa .. hihihi..Kalau nak tengok koleksi masakan yang Cik Ash masak korang boleh usha dekat DapurCikAsh ya. 


This post have 35 komentar

avatar
Shad delete April 27, 2015 at 8:27 PM

wahhh, dapnya.. nanti up resepi ya kak.. :D

Reply
avatar
Aien Rusli delete April 27, 2015 at 9:26 PM

Wah dah lama tak makan solok lada..
Tapi selalunya kalau makan, saya suka buang lada tue.. hehee

Reply
avatar
Scdha Sein (SS) delete April 27, 2015 at 9:50 PM

Ini makan dengan nasi kerabu nihhhh... Perghhhhhh!

Reply
avatar
zinziemeewah delete April 27, 2015 at 11:29 PM

wah pandainya buat solok lada.. sedap tu mkn ngan nasi kerabu

Reply
avatar
Cik Ash delete April 28, 2015 at 8:14 AM

Baru belajar.... huhuu perlu diperkemaskan belah lada tu hihihi...

Reply
avatar
Cik Ash delete April 28, 2015 at 8:15 AM

InshaAllah nanti akak up resepi ni yg MIL ajar ni xtaw cara org lain mcm ner...

Reply
avatar
Cik Ash delete April 28, 2015 at 8:16 AM

Hehehee... oooo gitu... x suka lada ya

Reply
avatar
Cik Ash delete April 28, 2015 at 8:17 AM

Hihihihi... betul tu SS dengan nasi kerabu memang terbaik kalau ada lada solok.ni

Reply
avatar
Cik Ash delete April 28, 2015 at 8:18 AM

Sedap dimkn... bab belah lada fail hahhahaaa... biasa la baru belajar kan

Reply
avatar
Jari Manis delete April 28, 2015 at 9:15 PM

pada hitam ke lada hitam? ehehe

Reply
avatar
Jari Manis delete April 28, 2015 at 9:17 PM

selalu mkn nasi kerabu x de solok lada..mmg rasa x lengkap..yg pasti kalau ke kelantan nasi kerabu mesti ada solok lada...baru ummphhh

Reply
avatar
Scdha Sein (SS) delete April 29, 2015 at 6:10 PM

Kasi tepek resepi laa kat sini... Iskkss...

Reply
avatar
wan muliani delete April 29, 2015 at 9:04 PM

wahhh bestnyaa...lame sgt dah tak mkn bnde nihh

Reply
avatar
Jari Manis delete April 29, 2015 at 10:06 PM

@Scdha Sein (SS)kalau JM yg masak ..ramai nanti nk order keh keh keh

Reply
avatar
Farrah MF delete April 30, 2015 at 10:00 AM

@Jari ManisBetul tu, sis! Saya klu makan nasi kerabu wajib ada solok lada dan jeruk bawang putih...berselera tak ingat!

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 10:06 AM

Hahaha nampak jah typo ekin kak JM ni... lada hitam tu biasa la queen of typo kan

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 10:07 AM

Nasi kerabu ada solok lada,ikan celup tepung,bawang putih jeruk,telur masin perghhhhh memey terangkat makan hihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 10:09 AM

SS resepi.ada.dah tu nak.buat ayat nak bagi faham dulu ni hihihi... nanti.ekin share ya...

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 10:10 AM

Wahhh tak sabar nak tunggu sis JM.masak... hihhihi

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 10:10 AM

Yeahhh cahut cabaran SS kak JM hihihihi

Reply
avatar
Jari Manis delete April 30, 2015 at 10:11 AM

itu maksudnya sis JM baca ayat by ayat tau..bukan baca intro terus komen kah kah kah

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 11:34 AM

Akak memey sedap nasi kerabu...balik kelantan aritu dapat makan nasi kerabu n nasi berlauk pulut pagi tu banyak lagi xsempat nak.mkn

Reply
avatar
izzeyda delete April 30, 2015 at 4:47 PM

tetiba teringin nak makan nasi kerabu.. lama tak makan..

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 8:26 PM

Hahahha terbaik akak... ekin ni selalu salah tulis guna keypard tablet ni la hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 8:26 PM

Kak farah dah habis hihihi buat 11 jah aritu...

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 8:27 PM

Kak buat sendiri la nasi kerabu hihihi

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete April 30, 2015 at 9:34 PM

alaaa.. CT tak makan solok lada.. kalo makan nasi kerabu mmg kasi kat mak.. dia makan la.. tp isi dalam tu makan gak sket2.. x banyak..

Reply
avatar
Cik Ash delete April 30, 2015 at 11:26 PM

Kena cuba makan mimie hihihi

Reply
avatar
Lin Chalo delete July 5, 2015 at 12:43 PM

Perghh.... kena cuba sendiri nih... thanx!

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post