Thursday, April 30, 2015

Menu Dinner Malam ini Simple

Menu Dinner Malam ini Simple  | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.



Menu Dinner Malam ini Simple


Selamat Malam semua, malam ini Cik Ash terlebih rajin nak share menu masakan cik ash yang sangat simple untuk kenyangkan perut suami dan ibu mentua alhamdulilah.. 


Menu simple Cik Ash malam ini iaitu Kari Sardin Tanpa Santan dan Telur  Masin buat sendiri taw.. resepinya Cik Ash akan share bila rasa mood nak share resepi hahahahhaa..

Ok la jumpa lagi nanti di entri yang lain...


Sinopsis Drama Calon Isteri Jutawan

Sinopsis Drama Calon Isteri Jutawan | Hai... Ada lagi Carian di blog Cik Ash selalu orang cari pasal novel ni iaitu CALON ISTERI JUTAWAN yang akan diadapitasi ke drama tapi tak taw bila huhuhu... jadi disebabkan ada usha pasal sinopsis Cik Ash pun update la terima kasih kepada yang singgah blog Cik Ash nak baca pasal novel ini.. OK kat bawah ni Cik Ash dah share sinopsisnya men la kita baca ya

                                     

Sinopsis Calon Isteri Jutawan 

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia? 
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
 
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
 
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
 
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
 
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
 
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.
Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...
 
“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”


“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”



Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.


Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis: Nuriffa
Penerbit : Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-05-1
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)




Janella Salvador Be Careful With My Heart

Janella Salvador Be Careful With My Heart |Assalamualaikum...Hai..selamat pagi semua.disebabkan ada carian di blog Cik Ash pelakon dalam cerita Be Careful With My Heart iaitu Janella Salvador a.k.a Nikki tu.



Tu ekin beranikan diri menulis pasal beliau hihihi.... OK berbalilk pada apa yang Cari dalam blog ekin ni tentang Fakta Menarik Janella Salvador jom kita usha Fakta beliau ni hihihihi...

Janella Maxine Desiderio Salvador, yang lebih dikenali sebagai Janella Salvador (lahir 30 Mac 1998) adalah seorang pelakon dan penyanyi muda dari Filipina. Dia menjadi popular kerana peranannya sebagai Nikki beliau dari waktu siang drama televisyen Be Careful With My Heart

Janella "Jea" Salvador adalah anak kepada pelakon-penyanyi Jenine Desiderio dan penyanyi-penulis lagu Juan Miguel "JM" Salvador. Dia di bawah ABS-CBN itu pengurusan bakat Star Magic Batch 2013.




Biodata Janella Salvador
NamaJanella Maxine Desiderio Salvador
Umur : 17 Tahun
Tarikh Lahir : 30 March 1998
Tinggi: 1.65 cm 
Berat :100 Lbs
Hobi : bermain guitar,piano dan bola tampar
Bakat : lakonan dan nyanyian
Warganegara : Filipina 
Pekerjaan : Penyanyi, Pelakon, 
Model Tahun Aktif : 2012 - Kini
Anugerah : 



Tuesday, April 28, 2015

Selamat Pagi

Selamat Pagi | Assalamulaikum...Hai!!!!Alhamdulilah bersyukur kepada Allah s.w.t ekin masih lagi diberi bernafas untuk hari ini...dah 9 rejab kan tak lama dah nak masuk bulan puasa...dan  tak lama gak usia perkahwinan Cik Ash nak cukup setahun pada 29.5.2015 ni...sekejap jah dah nak setahun... semoga perkahwinan Cik Ash disinari dengan kehadiran cahaya Mata nanti. Cik Ash sabar menanti perasaan nak jadi ibu itu...rezeki nak ada anak belum lagi buat masa ni...bersabar dan terus bersabar hari itu inshaAllah....

Selamat Pagi


Semalam tak sempat nak update blog entri pukul 8mlm tu autopost ya .... disebabkan kat perumahan taman mutiara hujan lebat dari pukul 11.24 pagi hingga pukul 8.00malam taw... 

Pada sebelah pagi Cik Ash boleh lagi la update dalam pukul 8.00 malam tu tertapi Cik Ash terpaksa berada dalam gelap sebab dalam rumah Cik Ash tertiba telah diserang binantang terbang2 mak mentua Cik Ash panggil kekatu yang ada sayap tu... Kira satu taman mutiara dihujani dengan kekatu la selepas pada tu hujan berhenti.. 

Mak mentua Cik Ash cakap musim banjir dah nak dekat selalunya kalau kekatu tu keluar...oooo... Cik Ash pula first time mengalami situasi macam ni panik la... duk dalam gelap ni. Cik Ash memang tak nampak apa-apa walaupun dah pakai cermin Mata ya... jalan dalam gelap huhuhu memcabar sangat tersepak macam2 dinding la kerusi dan macam-macam lagi. 

Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, jumpa lagi nanti kalau ada apa-apa entri yang ingin dikongsikan di blog ni. 



Monday, April 27, 2015

Solok Lada Ibu Mentuaku

Solok Lada Ibu Mentuaku | Assalamualaikum.. Hai korang semua, terima kasih kerana membaca entri Cik Ash yang sebelum ni. Hari ini Cik Ash nak kongsikan masakan daripada #dapurcikash. Mesti korang tertanya kenapa tajuk Solok Lada Ibu Mentuaku. Kerana resepi ni solok daripada ibu mentua Cik Ash hihihi. 


Solok Lada Ibu Mentuaku



 Ni merupakan kali pertama Cik Ash buat solok lada, sebenarnya memang Cik Ash tak pernah pun masa belum kahwin dulu, selalu yang buat ma Cik Ash hahaha, bila dah jadi isteri orang bila suami nak makan so kita kena buat juga. 

Kebetulan pulak ada baki lada solok beli masa balik di Kelantan aritu ada lagi. So Cik Ash buat solok lada ni. Sebelum ni mak mentua Cik Ash yang tolong tumbuk ikan, bawang, kelapa, lada hitam dan siap di gaul. 

Semua bahan yang di tumbuk tu kita sumbat inti di dalam lada yang kita dah belah tu. Cik Ash ni baru belajar buat mak mentua kata  Cik Ash perlu memperkemaskan lagi bab belah lada solok tu. hihihi. Ni percuba pertama sekarang dah mahir buat solok lada ikut resepi ni jer, Jom usha resepi dekat bawah ni. 

Resepi Solok Lada Ibu Mentuaku
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 ekor ikan selayang - direbus
1 sudu kfc serbuk lada hitam
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc anjinamoto
kelapa rm2 ( simpan sedikit untuk santan)


Cara Membuatnya :- 
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih,halia,suaikan rasa garam, gula, secukup rasa.
2. Rebus ikan , selepas itu blender la isi ikan, bawang besar, bawang putih, lada hitam sampai lumat. cara senang hihihihi.. kalau rasa rajin nak tumbuk pun boleh.
3. Gaulkan bahan yang dah blender tadi bersama kelapa parut hingga sebati, sesuaikan rasa garam, anjinamoto. gaul sehingga sebati. Masa nak gaul bahan ni kena letak telur satu biji, sebab tak nak bagi inti solok keluar masa rebus tu.
4. Bila dah sebati boleh sumbat inti solok tu kedalam lada solok yang telah dipotong tadi.
5. Susun comel dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk lada solok tu dah boleh di makan dengan nasi putih yang panas.

Solok Lada  ni kalau buat tak makan lauk lain pun tak pe hahahha.. sedap sangat memang makan berselera tengok suami makan siap geleng-geleng kepala , kalau dah geleng kepala tu memang masakan Cik Ash buat memikat hati suami la ya hahahhha, suami ni jarang sangat nak puji kalau tengok dia makan berselera itu sedap la hihihi.. jangan suami baca sudah entri hahahah..


Selamat memcuba resepi Cik Ash ni simple jer Cik Ash buat sebab ibu mentua ajar santai2 jer, hihihihi... alhamdulilah Cik Ash banyak belajar masakan febret suami daripada ibu mentua,mujur la masakan Cik Ash selalu dapat pujian daripada ibu mentua hihihi, bangga taw ibu mentua puji masakan kita. suami kalau berselera tu memang masakan Cik Ash sedap la,

Ok la korang semua itu jer resepi yang Cik Ash share dengan korang semua, selamat memcuba resepi Solok Lada Ibu Mentuaku ni, memang menyelerakan makan nasi putih panas-panas tambah nasi pun tak perasan apa-apa .. hihihi..Kalau nak tengok koleksi masakan yang Cik Ash masak korang boleh usha dekat DapurCikAsh ya. 


5 Hari Internet Problem Tak Ada Mengebom Blog


Assalamulaikum.. hai reader blog Cik ash.... maaf 5 hari ekin sepi Dari blogwalking blog korang ya... ekin mengalami tenet problem tak boleh nak connect internet biasa la TM kan mesti ada masalah la tu..  boring yang amat tak ada internet ni nak usha resepi baru tak dapat la, nak tengok n jalan2 blog korang pun tak boleh... ada tv pun banyak cerita best tapi ekin tak nak la menggangu nak mentua nak tengok cerita dia... so ekin layan jah cerita yang dia tengok astro WarNa febretnya rancangan Lawak hihihi.. kalau ada anak saudara ni diaorg layan kartun...  abang pulak keje balik keje pukul 8.30 baru sampai.. makan malam dalam pukul  9... lewat makan malam..

so internet dah OK ekin akan bayar aktiviti mengebom blog singgah hendap jah ni.. tapi nampak gaya kena buat list senarai ni ramai pulak permintaan nk suruh bom blog ni.. hahaha.... 5 hari tak on9 komen blog 44 komen di bom boleh mamafarhanah dan ramai lagi... whatsup 500noti hang hp... Facebook pulak 100 noti.. jenuh nk membukan baca hahaha...

Monday, April 20, 2015

"Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie"


Assalamulaikum....selamat pagi jom kita support  Giveaway By Hidayu Ayumie ni.. sambil kita giveaway ni boleh kita kenalan blogger dan kalau ada rezeki menang hadiah giveaway keychain nama kita taw.. 



Saturday, April 18, 2015

GIVEAWAY DIANARASHID DOT COM DAN KAWAN -KAWAN NYA.





Klik Banner Untuk Join


Tarikh Tamat:28 April 2015


Senarai hadiah

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

kufi saiz A4 x 2 pemenang

Tudung x 2 pemenang 

5 shishedo mask x 1 pemennang

topup RM10 x 1 pemenang

1 BB cream Seqy Beauty Natural Tone 
dan 1 Cleanser Seqy Beauty X 1 Pemenang

Produk shaklee (chewable vita c)  x 1 pemenang

Hijab pins by mommylin x 1 pemenang

Novel (Kalau Sungguh Bagai Dikata) x 1 pemenang

Friday, April 17, 2015

Contest Buy AVON Online.

Contest Buy AVON Online.

.


jom kita support Contest Buy AVON Online ini... entri ni pun lama tersimpan dalam draf baru nak publish banyak lagi giveaway ekin join... biasa taip gina TAB ni update terhad sikit... syarat pun simple dan hadiah pun Menarik untuk dimenangi... Andainya tertulis rezeki anda join contest ini anda bertuah ingat taw sentiasa bersyukur n ingat Allah.



5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015.

Giveaway By Kameq Deanna




Assalamulaikum...hai reader blog Cik Ash.. entri ini tersimpan dalam draf sebelum ekin balik kelantan lagi nak post tak ingat sokmo...Jom join Giveaway By Kameq Deanna ini.. banyak hadiah yang bakal anda miliki jikalau ada rezeki nanti..

Sesiapa yang ingin join giveaway ini boleh klik banner di atas ataupun boleh klik SINI.


                  Tarikh Tamat : 15 Mei 2015







Thursday, April 16, 2015

Kad Perakuan Nikah

Kad Perakuan Nikah | Assalamualaikum...Hai korang semua, Ekin ada kongsi berkenaan dengan Kad Perakuan Nikah yang ekin dah dapat. 





Sebenarnya ada kad ni senang kalau kita nak pergi bercuti ataupun ke mana-mana kena bawa Kad Nikah ni jer. Nanti kalau orang pejabat agama datang buat sportchek boleh tunjuk kad ni. Sebenarnya kad ni dah lama siap ada dekat setahun juga la bertapa di rumah kat Kelantan.


Lepas ni nak pergi mana-mana tak perlu risau bila ada kad ni. Sebelum ni kalau tidak mesti ada yang tanya kami ni adik beradik ke hahaha, biasa la ada yang kata kami suami isteri nak seiras, tak tahu seiras tang mana tu orang yang tengok kan. 

Review Hadiah Menang GIVEAWAY by Ummialyaanas

Review Hadiah Menang  GIVEAWAY by Ummialyaanas | Hai, rakan-rakan blog Cik Ash ni... terlambat sikit nak reviews barang yang ekin post di entri  Wordless Wednesday #15 ni.. hadiah diatas tu merupakan Tudung aidijuma yang ekin menang GIVEAWAY by Ummialyaanas yang ekin post entri kemenangannya boleh baca di SINI Ya





Nak tengok model bergaya dengan Tudung aidijuma ni boleh terjah whatsup or wechet den .hihihi... fb or blog ekin x share sangat picture.. 


nak add whatsup sila tinggal no telefon ruang komen... komen anda xakan di publishkan.... 


Review Hadiah Kongsi & Menang Hijabista Syampu

Review Hadiah  Kongsi & Menang Hijabista Syampu | Assalamualaikum... Hai rakan-rakan blog Cik Ash ni. terlambat sikit nak review barang yang Cik Ash post di entri Wordless Wednesday #15 ni...Hadiah yang Cik Ash dapat ni adalah sample syampu keluaran Hijabista.


Review Hadiah  Kongsi & Menang Hijabista Syampu


Cik Ash ada join contest hijabista di facebook kongsi dan menang, Cik Ash cuba-cuba la nasib join mana la tahu salah seorang pemenang ke nanti. Tak sangka rezeki memihak kepada Cik Ash merupakan pemenang di antara 25 orang yang bertuah pada minggu pertama. Peraduan contest ini berlangsung hingga minggu ke 4. Nak tahu detail  mengenai produk ini boleh la ke Facebook Hijabista.
 


Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi hadiah kemenangan join contest jer pun. Nanti akan ada entri lain barang yang kedua Cik Ash dapat. Jumpa lagi nanti di entri yang lain.

    Tuesday, April 14, 2015

    Selamat Pengantin Baru Syed Aswadi & Poh Nur Aida

    Selamat Pengantin Baru Syed Aswadi & Poh Nur Aida | Assalamulaikum... hai semua tak terlambat lagi ekin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Abang ke 2 dan pasangan dia kak poh jue... 



    Selamat Pengantin Baru Syed Aswadi & Poh Nur Aida


    Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat ya.... semoga dipermudahkan menjalani kehidupan suami isteri....Seronok dapat kakak ipar dari Thailand.

    Friday, April 10, 2015

    Terima Kasih Di Atas Perhargaan Ini



    Assalamulaikum...

    Ekin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat blog Cik Ash ni di atas perhargaan ekin tersenarai dalam top comenter di blog mereka...Blogwalking pun terhad skarang sejak tak ada laptop dekat Sebulan lebih ni.Banyak  lagi hutang blogwalking yang belum ekin selesaikan...hutang follow back pun belum pagi..



    Jom terjah blog mereka yang memberi perhargaan kepada ekin di blog mereka

    1. Blog pertama yang memberi perhargaan buat ekin ialah Shad yang menyenaraikan ekin Top 10 Commentator March 2015 ekin menduduki tangga pertama hihihi



    2. Blog kedua yang memberi perhargaan buat ekin ialah Hidayu Ayumie yang menyenarai ekin sebagai Sweet Candy March 2015 ekin di tangga ke 4.


    3. Blog Ketiga yang memberi perhargaan buat ekin ialah Siti Yang Menaip yang menyenarai ekin sebagai Top Commentat Mac 2015 kedudukan ekin di tangga 5… 


    4. Blog Keempat yang memberi perhargaan buat ekin ialah Izzeyda yang menyenaraikan ekin sebagai Rajin Mengomen Mac 2015 ekin ditangga ke 5.


    5. Blog kelima yang memberi perhargaan buat ekin ialah Kak Farah yang menyenarai ekin sebagai Tertamu Hebat Mac kedudukan di tangga ke 6..


    6. Blog keenam yang memberi perhargaan buat ekin ialah Mama3Farhanah yang menyenaraikan ekin You Alls Ohsem ekin ditangga ke 10. Eh terlupa gak ekin ucapkan ribuan terima kasih kepada kak Ann diatas hadiah giveaway kak aritu bagi pihak abang hihihi... dia yang menang giveaway akak tempoh hari dapat shawl ekin yang dapat melaram nanti.. hihihi..


    Thursday, April 9, 2015

    Untukmu Seluruh Sahabat Blogger

    Untukmu  Seluruh Sahabat Blogger |Assalamulaikum buat reader blog Cik ash yang dikasihi ekin nak bagitaw segala update entri di blog ni merupakan autospot ya...




    Sebab ekin akan bercuti balik Kelantan pada hari ini untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Abang kedua ekin akan melansungkan perkahwinan pada 9.4.15 di sebelah pihak perempuan di Sungai Golok Narathiwat Thailand. Manakala Sebelah pihak lelaki di teratak rumah aboh n ma pada hari sabtu 11.4.2015...

    Doakan semoga dipermudahkan perjalanan ekin balik Kelantan... semoga Majlis Perkahwinan kedua-dua belah pihak berjalan lancar dan dipermudahkan nanti...
    InshaAllah ekin akan kembali blogwaking semula di blog korang pada 13.4.15 nanti...




    Wednesday, April 8, 2015

    5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya

    5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya | Assalamualaikum...Hai reader blog Cik Ash yang dikasihi... apa khabar sihat ke... semoga dipermudahkan urusan kalian ya.

    Alhamdulilah hari ini Cik Ash berkesempatan menulis entri "5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya" . Kalau mengikut negeri kelahiran dalam ic Cik Ash di Pahang... Cik Ash menetap di kelantan... kini duk kedah sebab suami mencari rezeki di sini hihihi... sebab itu Cik Ash memilih Kelantan tempat paling lama Cik Ash duduk...Jom kita terjah 5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya :-

    1. Pusat Keseniaan


           
    Gelanggang Seni

    Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Semi yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan. Pusat ini sentiasa menjadi data tarikan kepada pada pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan semi warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir bar at, rebana ubi, permainan gasing, dan wau bulan, persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir- gilir.


    2. Tempat Membeli-belah 
          
                                                
    ihsan google


    -   Pasar Besar Siti Khadijah :
    Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Allahyarham Y.A.B Dato' Bentara Than Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu Permandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan,sayur-sayuran,ayam dan sebagainya..Tingkat 1 pulak diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti seruding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, Juga terdapat Ayam Percik,ikan Percik,nasi kerabu,nasi berlauk,nasi dagang, laksam dam somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional seperti "tahi itik, jala emas, buah tanjung, serabe,tepung pelita, danpelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.  Manakala Tingkat 2 dan 3 untuk barangan bukan makanan.

    -Bazar Tok Guru
     Terletak berhampiran Padang Perdana dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai jenis barangan. Di bina bagi mengantikan Pasar MPKB dan Pasar Arked Uda yang sudah tidal sesuai memandangkan terletak di kawasan dalam pembangunan dan juga didapati tidak sesuai atas faktor-faktor keselamatan.

    -Bazar Buluh Kubu

     Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Is mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan basil kraftangan, Kain dan baju batik,songket,cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di Tingkat paling atas.

    -Pasar Borong Wakaf Che Yeh 

    Menjadi tumpuan Utama pengunjung tempatan dan liar setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi sehingga tengahari aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah Manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.

    3. Pantai

       - Pantai Bisikan Bayu

    Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Ryu' terletak di Pasir Puteh bersebelahan Semerak, 50 km Dari Kota Bharu.

    -Pantai Cahaya Bulan

     Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu Pantai yang terkenal di negeri Kelantan,Ekin dapat taw pada suatu ketika dahulu Pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi yang diberikan nama boleh seorang askar British pada masa Perang Dunia II.

    -Pantai Tok Bali 

     Pantai Tok Bali ialah sebuah Pantai yang terletak di Kelantan.Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian  bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan Pantai Tok Bali. Tok Bali juga merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia
    terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keutungan kepada nelayan-nelayan.

    -Pantai Irama

     Pantai Irama terletak di Bachok Kelantan Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup November-Mac.

    4. Bersantai


      -Jeram Pasu

       Jeram Pasu adalah merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yamg terkenal di Pasir Puteh Kelantan, Jeram Pasu dihubungi Jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke Sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam,kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8km Dari simpang Kampung Padang Pak Amat.

    -Jeram Lenang

    Jeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat dalam Jajahan Machang.

    - Lata Rek

      Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang am at sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.

    5. Gunung


    -Gunung Stong

     Gunung Stong merupakan salah satu Gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang Menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.

    - Gunung Rabong

      Gunung Rabong merupakan sebuah Gunung yang terdapat di negeri Kelantan . Gunung Rabong mempunyai ketinggian setinggi 1,539 meter.

    -Bukit Kemahang

      Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan tingginya 876 meter.

    OK la setakat ini saja yang saya kongsi menarik di Kelantan... hasil semua karangan saya rujuk Wikipedia n gambar google.. Semoga anda semua yang membaca entri ini suka la menjadikan Kelantan tempat untuk melancong ya.. kalau ikut banyak lagi menarik di Kelantan saya tak letak ni... hihihi..



    This is Pantai Timur


     I Love You Kelantan

    Sekian Terima Kasih




    Tuesday, April 7, 2015

    Be Careful With My Heart Musim 2 | Assalamualaikum ...selamat  pagi semua.. hai reader blog Cik ash.. agak lewat ekin share cerita Be Careful With My Heart (Season 2) ni biasa  update guna tablet masa terhad nak karang entri.. huhuhu.. 



    Bagi yang pernah mengikuti kisah pada season 1 mesti dah taw kisah drama macam mana ner kan.. hihihi...  Untuk. season 2 boleh la tengok sinopsis dibawah ya... ni pun autopost entri... huhuhu
     
     
    Tajuk Drama:Be Careful With My Heart (Season 2) 
    Siaran : TV3
    Waktu Siaran : Isnin hingga Khakis pukul 3.00 petang
    Barisan Pelakon : Pelakon Utama : Jodi Sta (Maria as Maya Dela Rosa Lim), Richard Yap as Richard "See Chief", Lim Mutya Orquia as Abigal Ruth " Abby", Lim Janella Salvador as Nikki "Nik-Nik", Grace Lim, Jerome Ponce as Luke Andrew Lim, Elisha Delos Santos as Sunshine Lim, Jeio Aquines as Sky Lim.
    Pelakon Pembantu:Aiza Seguerra as Cristina Rose " Kute" Dela Rosa Sylvia Sanchez as Teresita Dela Rosa, Lito Pimental as Arturo Dela Rosa, Gloria Sevilla as Felicidad "Manang Few Marcelo-Alejo,JM IbaƱez as Pocholo " Cho", Macavinta Marlo Nortel as Nicolo Angelo "Mallows", Cortez Divina Valencia as Conchita " Mamang" Dela Paz, dan lain-lain

    Sinopsis Drama Be Careful With My Heart 

    Cerita ini mengisahkan kehidupan selepas perkahwinan seorang gadis Maya Dela Rosa dengan Tuan Richard. 

    Lagu Team:(Lagu Soundtrack Drama Be Careful With My Heart) 

    1. Please Be Careful With My Heart - Performed By Jodi Sta.Maria and Richard Yap 
    2. When You Say Nothing At All -Performed By Jodi Sta.Maria and Richard Yap 
    3. Kaba - Performed By Jodi Sta. Maria 
    4. Please Be Careful With My Heart - Performed By Sam Milby and Juris