5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya | Assalamualaikum...Hai reader blog Cik Ash yang dikasihi... apa khabar sihat ke... semoga dipermudahkan urusan kalian ya.
Alhamdulilah hari ini Cik Ash berkesempatan menulis entri "5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya" . Kalau mengikut negeri kelahiran dalam ic Cik Ash di Pahang... Cik Ash menetap di kelantan... kini duk kedah sebab suami mencari rezeki di sini hihihi... sebab itu Cik Ash memilih Kelantan tempat paling lama Cik Ash duduk...Jom kita terjah 5 Perkara Yang Menarik Tentang Negeri Saya :-
1. Pusat Keseniaan
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Semi yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan. Pusat ini sentiasa menjadi data tarikan kepada pada pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan semi warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir bar at, rebana ubi, permainan gasing, dan wau bulan, persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir- gilir.
2. Tempat Membeli-belah
ihsan google
- Pasar Besar Siti Khadijah :
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Allahyarham Y.A.B Dato' Bentara Than Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu Permandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan,sayur-sayuran,ayam dan sebagainya..Tingkat 1 pulak diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti seruding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, Juga terdapat Ayam Percik,ikan Percik,nasi kerabu,nasi berlauk,nasi dagang, laksam dam somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional seperti "tahi itik, jala emas, buah tanjung, serabe,tepung pelita, danpelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala Tingkat 2 dan 3 untuk barangan bukan makanan.
-Bazar Tok Guru
Terletak berhampiran Padang Perdana dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai jenis barangan. Di bina bagi mengantikan Pasar MPKB dan Pasar Arked Uda yang sudah tidal sesuai memandangkan terletak di kawasan dalam pembangunan dan juga didapati tidak sesuai atas faktor-faktor keselamatan.
-Bazar Buluh Kubu
Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Is mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan basil kraftangan, Kain dan baju batik,songket,cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di Tingkat paling atas.
-Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Menjadi tumpuan Utama pengunjung tempatan dan liar setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi sehingga tengahari aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah Manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.
3. Pantai
- Pantai Bisikan Bayu
Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Ryu' terletak di Pasir Puteh bersebelahan Semerak, 50 km Dari Kota Bharu.
-Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu Pantai yang terkenal di negeri Kelantan,Ekin dapat taw pada suatu ketika dahulu Pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi yang diberikan nama boleh seorang askar British pada masa Perang Dunia II.
-Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali ialah sebuah Pantai yang terletak di Kelantan.Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan Pantai Tok Bali. Tok Bali juga merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia
terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keutungan kepada nelayan-nelayan.
-Pantai Irama
Pantai Irama terletak di Bachok Kelantan Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup November-Mac.
4. Bersantai
-Jeram Pasu
Jeram Pasu adalah merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yamg terkenal di Pasir Puteh Kelantan, Jeram Pasu dihubungi Jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke Sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam,kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8km Dari simpang Kampung Padang Pak Amat.
-Jeram Lenang
Jeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat dalam Jajahan Machang.
- Lata Rek
Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang am at sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.
5. Gunung
-Gunung Stong
Gunung Stong merupakan salah satu Gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang Menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.
- Gunung Rabong
Gunung Rabong merupakan sebuah Gunung yang terdapat di negeri Kelantan . Gunung Rabong mempunyai ketinggian setinggi 1,539 meter.
-Bukit Kemahang
Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan tingginya 876 meter.
OK la setakat ini saja yang saya kongsi menarik di Kelantan... hasil semua karangan saya rujuk Wikipedia n gambar google.. Semoga anda semua yang membaca entri ini suka la menjadikan Kelantan tempat untuk melancong ya.. kalau ikut banyak lagi menarik di Kelantan saya tak letak ni... hihihi..
This is Pantai Timur
I Love You Kelantan
Sekian Terima Kasih
This post have 19 komentar
Salam kenal ekin, teringin nk jenjalan ke sana pantai timur ng family, dulu ms kawan nikah g jln kt kota bharu jerk, tu pun usung anak sorang yang tengah lasak, ni anak² dh bsr sket seronok jugak nak jenjalan nih... Tqs ng info yer...
Replykalau kat kelantan tu kak..
Replysenarai kan 10 pon xckup
ase byk sgt tempat menarik
tu pon ayu xsmpt nak g lagi ha
lamanya tak ke kelantan.. kalau tak ada jugak kursus kat sana..
ReplyYeahhhh! Kapung kito kelate ni. Hehe
ReplyHa ah tul tu ayu... kak ekin sendiri byk lg x smpai wlaupun lama dah kelantan
ReplyNama pantai dia kau main lagi. Irama2 sgla bagai.. Seronok la dia bercuti.. Hehehe
Replybanyak tmpt menarik.... bila nak ke sana lagi pun tak tahu ni.. last shad pergi tahun 2009 rasanya.. lama tak menjejak ke sana.. hehe
Replytempat shopping penah p dua je.. khadijah n wakaf che yeh.. yg lain x penah.. pcb yg paling famous kan ? dlu penah plan nak tido di tok bali tapi x jadi.. kalo ke klantan asyik ke kb je laaa..
Replyblogger talk ni macam mana ? mana nak dapat list nak buat..
Replyseronoknya jadi rakyat kelantan...pernah ke kelantan..makanan best , sedap dan muroh!
ReplyCt nanti bagi no hp kak ekin whatsup....join group sahabat blogger or whatsupnsb punnada... #bloggertalk ni buat entri yg pilih berdasarkan undian...tajuk mana yg terpilih dlm senarai.tu... ni yg kelima... ke enam kisah dan lagu
ReplyBelum pernah sampai Kelantan lagi.. :)
Replysaya baru balik Kelantan haritu saudara kahwin... sempat lah bersantai dekat pantai irama. lawa sangat :D
Replytempat bersantai tu ja akak belum pernah sampai.
Replyyang lainnya semua akak dah sampai.
gelanggang seni tu tempat anak-anak akak terima sijil konvokesyen
Ekin pun kak tempat bersantai tu ada dah g n tak gak...tu pun masa budak2 pernah pergi
ReplyPantai febret family day berkelah suatu ketika dahulu...
ReplyMai la.kelantan
ReplySeronok sgt akak... ingat masa ekin keje dulu2 dlm sehari borong mknan rm10 hahaha... nasi pagi,nasi tengahari n keropok mkn petang
Replypasar siti tu depan mato je. hehehe. hp lain tu ad jugok tk pernah pijok lagi. keno g jugok nii. hehe
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon