Thursday, August 28, 2014

Blog Saya Ada Problem La... Perlukan Bantuan

Assalamualaikum.... Hai korang, ekin nak bagitaw blog ekin ada problem la.. post yang dah bertahun kat blog ekin tak dapat nak buka..post yang baru mungkin problem gak kut (bawah ayat keluar macam  noreply@blogger.com (Cik Ash) )ekin memang tak taw macam nak buat... maybe sebab ekin tukar link blog kut... ekin dah mintak bantuan Mia Liana... Sabar menanti blog kembali pulih seperti sedia kala... 
 
 
 
 
Blog Saya Ada Problem La... Perlukan Bantuan

Wednesday, August 13, 2014

Dingdong Dantes Lamar Marian Rivera Secara 'Live' Di TV

Dingdong Dantes Lamar Marian Rivera Secara 'Live' Di TV | Assalamualaikum... Hai korang semua hari ini nak kongsikan berita artis luar negara iaitu Dingdong Dates dan Marian Rivera hihihi. 



Aktres Filipina yang popular dengan telenovela ' Temptation Of Wife', Marian Rivera kini sudah bergelar tunangan kepada aktor popular, Dingdong Dantes pada 9 Ogos lalu. Lebih menarik, Dingdong telah melamar kekasihnya itu secara langsung menerusi rancangan tarian 'Marian', sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran Marian ke - 30 yang jatuh pada 12 Ogos lalu.

"Setelah mengenali dirimu buat beberapa lama, ianya jelas bahawa kamulah orang yang saya pilig untuk hidup bersama. Hari ini saya menawarkan diri saya, cinta saya dan seluruh hidup saya untuk kamu. Sudikah kamu menjadi isteri saya?"Ucap Dingdons sambil melutut di hadapan Marian.

Marian yang jelas tidak bersedia dengan kejutan ini hanya mampu mengucapkan 'yes' dan disusuli dengan ciuman. Pasangan ini mula berkenalan sejak kali pertama berkerjasama menerusi telenovela 'Marimar' pada tahun 2007 sebelum bergandingan menerusi dua drama lain iaitu 'Endless Love' dan 'My Beloved'. 


Kredit :MediaHiburan

Tuesday, August 12, 2014

Piala Malaysia 2014

Piala Malaysia 2014 | Assalamualaikum... Hari ini Cik Ash berkesempatan untuk menulis blog dan rasanya dah lama Cik Ash tak update pasal sukan dekat blog ni, sukan yang akan berlangsung tak lama lagi iaitu sukan bola sepak khususnya Piala Malaysia. 

 Image result for Piala Malaysia 2014

Musim Piala Malaysia akan bermula, terdapat 16 pasukn semuanya, seperti yang sedia maklum 11 pasukan adalah Liga Super manakala 5 pasukan dari Liga Perdana. 11 pasukan dari Liga Super adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Pahang, Terengganu, Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Lios XII, Perak, ATM dan T-Team. 5 pasukan teratas dari Liga Perdana musim lalu yang menyertai Piala Malaysia bagi musim 2014 ialah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Felda United FC, Pulau Pinang, Kedah dan JDT II. Sepak mula bagi Piala Malaysia akan berlangsung pada 13 Ogos 2014 (Esok). Setelah undian untuk menentukan kumpulan bagi setiap pasukan dibuat dan ia di bahagiakan kepada 4 kumpulan. 

Kumpulan A - Pahang, Felda United FC, Johir Darul Ta'zim II (JDT II), Lions XII FC  
Kumpulan B - Terengganu, Sarawak, Perak, Kedah
Kumpulan C - Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan, ATM, Pulau Pinang
Kumpulan D - Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor, KL Sime Darby FC, T-Team 

Piala Malaysia bagi musim ini dijangka sengit dan setiap pasukan akan memberikan dan menunjukkan corak permainan masing-masing. Bagi pasukan Pahang misi 2014 adalah untuk mempertahankan kejuaraan serta mempertahankan Piala Malaysia yang di perolehi musim lalu.  Manakala buat PDRM pula selaku Juara Liga Perdana tidak boleh dipandang remeh, skuad bimbingan jurulatih kebangsaan Dollah Salleh pastikan akan memberi tentangan kepada setiap pasukan yang bertanding bagi musim kali ini. Buat pasukan-pasukan yang bertanding Cik Ash ucapkan semoga berjaya dan sama-sama kita memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia amnya dan Piala Malaysia khasnya.






Monday, August 11, 2014

Dapat Anak Saudara Baru yang ke 6

Assalamualaikum....Hai korang semua, apa khabar, hari ini ekin nak kongsi cerita gembira buat semua. Cik Ash baru dapat anak saudara yang ke 6.
 
 
 
Dapat Anak Saudara Baru yang ke 6

 
 
 

Alhamdulilah kak ipar ekin iaitu kak Nor isteri kepada abe Mie dah selamat bersalin secara normal pada 10.8.2014, Kak nor dan abe mie dapat baby boy anak yang ke 3. 

Kedua-dua ibu dan baby sihat dan baik. Kalau la ekin ada dekat Kelantan mesti dapat tengok baby abe mie dan kak nor. Cik Ash tumpang gembira buat abe mie sekeluarga dengan kehadiran baby baru. semoga suatu hari nanti ekin berpeluang dapat menjadi ibu nanti. Doakan buat ekin semoga dapat baby yang comel nanti.