Thursday, December 26, 2013

Drama Aku Ada Wali Tv AlHijrah

Drama Aku Ada Wali Tv AlHijrah | Assalamualaikum...Selamat malam buat pembaca blog ekin yang comel dan hensem ya.. malam ada kerajinan nak tulis sinopsis cerita Aku Ada Wali adapitasi dari novel Ustazah Fatimah Syarha.. ok ikuti di bawah ini ya..




Sinopsis Aku Ada Wali
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menhijab diri. 

Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. 

Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


Nak tonton online drama ini boleh klik pautan INI


Saturday, December 21, 2013

Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha"

Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha" | Assalamualaikum...Cik Ash ada dapat info dari Facebook Fatimah Syarha novelnya Aku Ada Wali bakal diadaptasi ke drama tidak lama lagi. Alhamdulilah cerita islamic ni yang Cik Ash tunggu selepas cerita Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu yang telah diadaptasi aritu. Semoga cerita macam ini diperbanyakkan lagi di siaran tv.Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Siti Saleha,Zahril Adzim,Puteri Chi Chi, Aida Jebat dan Zoey Rahman.Aku Ada Wali bakal bersiaran di TV AlHijrah pada 14 Januari 2014 setiap hari Selasa pukul 10.00 malam. 





Petikan Daripada Utusan Malaysia
Sudah menjadi formula buat penerbit kini untuk menerbitkan drama berdasarkan adaptasi novel popular.Bagaimana pendekatan berbeza diambil dalam pembikinan drama bersiri Aku Ada Wali yang akan ditayangkan di TV AlHijrah pada bulan Disember nanti. Penerbitnya memilih untuk menayangkan drama 13 episode ini dahulu sebelum melepaskan novel Aku Ada Wali di pasaran.

Bagaimanapun konsep asal drama ini sebernarnya memang hadir dari penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga penulis novel Seindah Mawar Berduri.

Idea itu hadir ketika perbincangan antara pihak penerbit dan penulis. Menurut pemilik Tsar Asia Sdn. Bhd, Wan Sariah Wan Jaafar, dia percaya dengan kemampuan drama itu memandangkan Fatimah Syarha sudah mempunyai peminatnya sendiri.

"Saya memang mahu drama bersiri ini ditayangkan dahulu dan seterusnya baru novel dikeluarkan. "Saya percaya akan kemampuan drama ini memandangkan  penulis novel itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri, "katanya. 

Memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha,Zahiril Adzim dan ramai lagi menurut Sariah,demi memberi kelainan dari drama bersiri lain yang sering memilih Asia sebagai lokasi yang di sana. Selain Seoul,Busan juga akan menjadi lokasi penggambaran drama ini.

"Kalau mahu diikutkan,ini merupakan projek terbesar untuk produksi saya,memandangkan ia melibatkan penggambaran diluar negara serta ramai pelakon hebat.Bagaimanapun mengenai bajet pula tidaklah terlalu besar kerana kami mendapat banyak bantuan terutamanya dari pihak AirAsia,"katanya.

Sementara itu bagi pengarah drama ini, Aidilfitri Mohamed Yunos,sungguhpun pihak TV Alhijrah mempunayi sukatan tersendiri,namun drama ini tidak terlalu berat dengan kisah agama.

Mahu nampak santai dengan cinta remaja,Aku Ada Wali bagaimana tetap mematuhi batas-batas yang telah dipersetujui.

"Kekuatan drama sebenarnya mengenai  pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.

"Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk mengarah drama cinta remaja ini sungguhpun sudah ada aturan yang ditetapkan,"katanya.

Thursday, December 12, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

Terima Kasih Kepada Azwar Syuhada yang sudi singgah blog ekin... sebab dia la ekin rasa berminat join segmen ni.. dah lama tak join segmen... dulu2 minat sangat join ni... best dapat kenal dengan ramai blogger-blogger walaupun tak menang pun hadiah..

Berbalik kepada segmen yang ekin nak join ini ada syarat-syaratnya yang perlu kita patuhi so kena ke blog Aku Penghibur untuk mengikuti syarat-syaratnya ya..



Ok Jom kita bermula menulis tentang Kenapa Aku Jadi Blogger? 

       Saya jadi blogger sejak  November 2010.  saya mula berkarya di blog kerana meminati dunia penulisan selain untuk mendapatkan kawan-kawan baru.  ketika itu ekin tak taw apa-apa fungsi pasal blog ni dan pada ketika itu ekin juga ada mengenali suatu Stesen radio online disitulah ekin mengenali tentang blog.. rasa best tengok ada blog sendiri ni boleh tulis apa yang kita nak kongsi kan. Dalam fikiran ekin terlintas nak ada sendiri blog dan radio sendiri hehehe... tanpa bertanya dekat sesiapa ekin tubuhkan blog ekin masa itu dikenali dengan nama syasyaekin.blogspot.com... tertapi di sebabkan ada yang cemburu dengan blog ekin ni ekin dah tukar link kepada cikash.blogspot.com. ok berbalik kepada cerita di atas entry yang mula ekin tulis kisah Disebalik Derita Ada Bahagia. Ekin banyak habiskan masa dengan dengar radio online sambil menulis apa-apa yang terlintas dikepala ni ada. cerita di yang dikongsikan di blog macam-macam ada tentang sukan, drama,filem, artis, kehidupan diri ekin sendiri. bila ada masa terluang ekin kongsi kat blog. kira blog ni kira diari ekin.. tetapi ekin tak ada kongsi hal peribadi ekin di dalam blog ni.. kadang-kadang ada gak yang tak suka apa yang kita tulis tentang hal diri kita dengan BF,GF dan sebagainya... Orang yang galakan ekin menulis blog ni ada en tunang ekin.. hehehe... dia yang banyak memberi ekin semangat teruskan menulis blog walaupun dah jarang update. 


Ekin rasa puas bila menulis di blog ni dapat kongsi dengan rakan-rakan alam maya selain facebook,twitter,myspace dan lain-lain tengah famous sekarang ini. Ekin harap suatu hari nanti ekin boleh menjadi blogger yang dikenali seperti otai-otai blogger yang ekin kenal di alam maya walaupun tak pernah berjumpa lagi..  Dengan menulis blog ni ekin dapat ramai kawan ada yang masuk blog ekin hanya singgah, baca like nak komen tu tak ada mungkin sebab blog ekin tak menarik untuk di komen kut.. hehehe.. 


Tetapi dengan blogger ini ada gak negatif nya bila kita menulis seperti yang tengok la ada blogger yang cukup popular sampai ada blogger antara blogger tak kira yang BARU KE YANG LAMA dia menyindir antara satu sama lain. Ada lagi tu blogger Blog ini menulis pasal keburukan blog itu, blog itu pulak menulis pasal keaiban antara satu sama lain.  Apa kata kita jangan kita buat perkara  macam tu blogger la secara sihat.. leh pupuk silatulrahim antara blogger.. buang yang keruh ambik yang jernih.. huhuhuhu.. ni ada lagi blogger jangan la sombong kalau kena sporting2 taw.. hahahahhah.. 


Panjangnya ekin bercoleteh harap dimaafkan kalau ada salah dalam menulis di entry ni.. begini bila lama tak menulis kan macam-macam yang nak dikongsikan.. 


Berakhir sudah Coretan ekin Tentan"KENAPA AKU JADI BLOGGER"


Sekian Terima Kasih



Header Blog Dah Bertukar

Header Blog Dah Bertukar | Assalamualaikum...Hai korang semua, selamat pagi dan pukul 1.47 pagi masih ada yang sudi singgah blog ekin yang tak seberapa cantik ni. 






Blog ekin dah betukar header yang baru ekin edit sendiri dengan menggunakan adobe photoshop dalam laptop ni. Yang doodle girl di tengah-tengah tu ekin ambil dari blog  INI. Kat Blog tu banyak doodle yang comel-comel..

Saturday, November 23, 2013

Cinderella Ke Filem Menampilkan Fizo Omar & Nelydia



 Kalau tak silap ikin la pada tahun 1998 masa  tu ikin tingkatan 1 masih belia muda lagi..hehehe..industri drama tempatan pernah mencetuskan fenomena apabila drama bersiri Cinderella lakonan hebat Ahmad Idham dan Haliza Misbun berikutan jalan cerita menarik selain dibarisi ramai pelakon hebat.Drama bersiri tu merupakan drama my febret aboh ekin taw siap ada copy VCD lagi... heheheh

Kini dan 15 Tahun berlalu drama bersiri jadikan Filem bakal ke pawangan pada 19 Disember 2013, barisan pelakon yang menampilkan Fizo Omar dan Nelydia sebagai Hero Dan Heroin dibantu oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti  sila KLINK INI UNTUK TAW LEBIH DETAIL ya...  sedikit sudutan filem CINDERELLA

Wednesday, November 13, 2013

Macam Cantik Jer.. Macam Comel Jer...


Selamat malam.... saja update blog guna lappy adik jap... hehehhe 

isu panas macam cantik jer macam comel jer.... 




Tuesday, November 12, 2013

Berita Gembira Dan Sedih Hari Yang Sama (4/11/2013)


Berita Gembira Dan Sedih Hari Yang Sama (4/11/2013) |Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat sejahtera..

Cerita ini dah berlalu tapi ekin teruskan menulis di blog ni walaupun tak ada yang nak baca dan komen.... Entri ini ekin simpan untuk kenangan ekin dimana 6 bulan lagi nak kahwin ekin dapat berita gembira dan sedih serentak.. dalam happy menyambut kelahiran sambil menerima kematian Ya Allah ujian Allah bagi dekat ekin dan en tunang.

Ekin terima berita gembira dan sedih pada 4/11/2013. Alhamdulilah sebelah pagi dalam pukul 10 lebih kakak ekin iaitu kak poh dah selamat bersalin dapat baby boy.... tahniah buat kak poh dan abe sham.... happy la kakak fathnin dan adik rukniah dapat baby boy kan...Gambar baby dan nama masih di rahsia kan dulu nak beri keselesaan pada kak poh & baby semasa berpantang sebab baby kena Jaudis (kuning).

Kesian tengok baby boy kak poh kena kuning...dalam kegembiraan  ekin dapat anak saudara baru tertiba ekin dapat call dari  tunang ekin dia call bagitau ayah dia dah meninggal dunia... ekin terkejut sangat dan sedih last jumpa dia masa tunang aritu jer...Al-Fatihah  semoga roh bakal ayah mentuaku di cucuri rahmatnya... amin




Hadiah From Made In India

Hadiah From Made In India | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Selamat tengahari semua.


Hari ini Cik Ash nak kongsikan hadiah daripada india. nampak macam bag kan, sebenarnya itu adalah sejadah untuk yang travel. Comel boleh guna untuk pergi jalan jauh nanti. 

Hadiah Daripada India ni hadiah pemberian oleh adik lelaki Cik Ash yang berada di India waktu sedang mendalami ilmu agama. Alhamdulilah rezeki beliau. 


Saturday, October 19, 2013

DIY Lagi Untuk Anak Saudara Girl

DIY Lagi Untuk Anak Saudara  Girl | Assalamualaikum.. Hai korang semua,apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. 





Pertama kali Cik Ash cuba DIY klip rambut ribbon untuk anak saudara Cik Ash yang girl akhirnya siap. Memang Cik Ash sangat puashati cubaan pertama Cik Ash membuat mendapat hasil yang menarik dan terpikat hihihihi.

Mesti cantik diaorang pakai klik rambut ribbon nanti kan. So Sesiapa yang rasa nak tempah boleh bagitaw Cik Ash. Cik Ash masih lagi proses belajar membuat craf ni. Lagi pun barang kelengkapan tak ada dalam simpanan Cik Ash buat yang mana ada jer. 


Ok la itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua mengenai Diy ribbon klip rambut untuk anak saudara girl. Nanti ada masa lagi Cik Ash akan tulis entri lain pulak ya.

Sunday, October 13, 2013

Dapat Jumpa Kak Nora Dan Neelofa

Dapat Jumpa Kak Nora Dan Neelofa | Assalamualaikum... Happy sangat Cik Ash dapat bergambar dengan 2 artis semalam. Kak Nora dan Neelofa. Hehe gambar neelofa dan kak nora saja Cik Ash letak. Gambar kak nora dan neelofa dengan Cik Ash simpan untuk simpanan peribadi jer. Jangan marah taw ye awak-awak yang masuk blog Cik Ash . Dengan kak nora Cik Ash jumpa masa pergi kenduri kahwin sepupu kak ipar pengantin lelaki tu anak saudara Kak Nora. Untung kan dapat bertemu dengan artis.


neelofa



Nora


Comel la mereka dekat luar, best dapat jumpa mereka hihihi.. kenangan yang tak dapat dilupainya. Sebenarnya gambar ni Cik Ash selfie dengan mereka biasa gambar Cik Ash tak di publish hahaha... :P

Friday, October 11, 2013

NOVEL YANG BAKAL DIADAPTASI SEBAGAI DRAMA DAN FILEM

NOVEL YANG BAKAL DIADAPTASI SEBAGAI DRAMA DAN FILEM |Assalamualaikum...Hai selamat petang pembaca blog ekin. Hati berkobar-kobar nak menulis diblog nak kongsi apa yang ekin dapat taw. Ni ada beberapa novel yang bakal diadaptasi sebagai drama dan filem ni pun ekin dapat info. Ok kat bawah ni ada senaraikan ekin share tengok la.




Kebanyakan novel diadaptasi kesemua Novel Terlaris dikedai-kedai buku. Yang penting ada novel yang ekin baca hehe.. Apa ni menulis jer kan ekin senarai tak bagi haha. Biasa kalu dah lama tak menulis ni la jadinya ok jeng jeng novel tersebut ialah

 1) Projek Memikat Suami (Akan Datang Di Astro) Dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Emma Maembong, Dynas Moktar, Watie Elite.
 2) Playboy Itu Suami Aku? (Akan datang)
 3) Manisnya Cinta Di Cappdoccia akan difilemkan (Asal novel Manisnya Cinta)
 4) Suamiku Encik Prefect 10 akan datang.
 5) One Day You Be Mine 6) Perempuan Lindungan Kaabah
 7) Lelaki Esklusif
 8) Suami Aku Ustaz difilemkan
 9) Andai Itu Takdirnya difilemkan
 10) Isteri Separuh Masa dalam penilaian
 11) Kisah Naz dan Khaalish di jangka.
 12) The Wedding Breaker 
 13) Calon Isteri Jutawan di jangka.
 14) Mr Pai Epal di jangka 
 15) Suami Yang Kubenci
 16) Cucur Bawang Kopi O akan datang di RTM -Barisan membintangi drama 13 episod ni ialah Mon Ryanti, Zain Saidin, Khairulnizam, Amanina. Kemungkinan ada lagi belum disenaraikan nanti ekin update 


Ok itu jer yang ekin dapat taw mungkin ada lagi novel yang akan adaptasi ekin xtaw boleh share diruang komen ya. Sekarang semua cerita pengarah ambik dari novel diolah2 sikit dari novel bagi menarik. Cerita dari adaptasi novel ni berhantu aboh ekin yang tak pernah layan citer jadi layan taw dulu cinta jannah dan sekarang tengah pemes di slot akasia Love You Mr. Arrogant. Sekian saja cerita ekin di petang jumaat ni. 


Wednesday, October 9, 2013

Cinta Jannah Punya Hal Dialog Bos Vs Kerani

Cinta Jannah Punya Hal Dialog Bos Vs Kerani | Assalamualaikum.. Abadi kenangan perbualan Dialong antara Cik Ash dengan aboh sebenarnya ni. Hahahaha, Tapi buat tajuk gempak sikit Versi Bos Vs Kerani sebabnya Cik Ash pernah kongsi pasal ni dekat SINI .


Dialong spontan ni terjadi semasa di dalam kereta nak pulang kerja, Biasa bila Bos (Aboh) Cik Ash peminat drama melayu pukul 7 malam TV3 tu. Jom baca dialong yang Cik Ash share dekat bawah ni :- 

Dialong Bos Vs Kerani 

Bos : Pak Aziz dah berhenti pulak sebab anaknya tak bagi kerja. 

Kerani (Me) : Bakpo Pak Aziz berhenti kerja tu. 

Bos (Aboh) : Anak pak aziz tak bagi kerja pok guard.. siap mari tempat kerja Pak Aziz mari tengok pak aziz kerja. Anak Pak Aziz tu kerja doktor tak bagi pak aziz kijo. 

Kerani : Oww...patut la anak dia tak bagi kerja aboh, doh anak dia kerja doktor kan. Kerja sedap tu. 

Bos : Shikin nanti dalam advanced tu gantikan dengan nama jannah 

Kerani : Dengan muka terkejut dan ketawa.. Hah Jannah bukan Jannah la la aboh Che Manah la. (boleh pulak aboh tertukar nama Jannah dan Che Manah) ni semua sebab tersasul penangan Cinta Jannah la tu. 

Bos : Doh tak tertukar guano la sebab nama nak lebih kurang sama jah... Nama nok dekat sama jah bunyi tu.  

Kerani : Hehehe... yer la bila difikirkan balik memang leh tersasul la kan nak seakan sama sebutan tu. 

Ok la tamat sudah kisah dialog antara Cik Ash dan aboh hihihi.. semoga terhibur la nanti. hahahha..

Friday, October 4, 2013

Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang

Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang | Assalamualaikum...Hai, Di kelantan asam manis di panggil nama sebagai tahi musang. Bila dengar nama tu macam pelik bunyinya kan. entahla ekin pun tak tahu kenapa di panggil nama begitu. 




Asam manis ni memang sedap di makan ralik kalau makan asam ni, dah bertahun ekin tak jumpa asam ni, hari ini ekin berpeluang keluar pergi dengar ceramah di perkarangan Pejabat Pas dekat Kota Bharu dekat situ ada pasar pagi setiap jumaat mesti ada bermacam-macam barang peniaga yang menjual pelbagai jenis barang. 


Kadang kalau pergi dekat sana memang rambang mata nak round-round sambil mendengar ceramah daripada ustaz. Masa pergi round-round dekat sana terjumpa la handbag yang ekin nak pakai bawa pergi kerja nanti. Ok la harga pun murah dan kualiti beg nampak tahan lasak juga hihihi.


Dapat Jumpa Hero Malaya

Dapat Jumpa Hero Malaya | Assalamualaikum.. Hai, bestnya apabila dapat berjumpa dengan Hero Malaya hihihi..


Dapat Jumpa Hero Malaya


Jom beramai-ramai datang ke Festival Makanan Antarabangsa Dan Kelantan Home Di Stadium Sultan Muhamad Ke V bersebelahan dengan Kelantan Trade Centre pada 3 Oktober hingga 12 Oktober 2013 pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 


Cik Ash dah pergi hari pembukaan dan ada artis Fizo Omar datang memeriah festival makanan , lagi pulak ada acara gelek belon dan berebut kerusi, pemenang yang menang acara itu dapat hadiah pembakar roti dan membuat pop corn. 

Selepas itu acara autograf dan sesi bergambar dengan peminat pulak, ramai sungguh peminat Fizo Omar dari yang kecil sehingga yang dewasa semua nak bergambar dan autograf dengan Fizo. Termasuk la Cik Ash ambik peluang nak juga bergambar dengan Fizo sewaktu ni Cik Ash dah bertunang hahaha, tu mintak kebenaran tunang nak bergambar, lagi pulak fizo tunang dengan mawar. 


Jangan Lupa Like Dan Komen :-)

Sunday, September 22, 2013

Drama Love You Mr. Arrogat Adaptasi Novel

Drama Love You Mr. Arrogat Adaptasi Novel



Dah agak lama ikin tak menulis di blog disebabkan ada problem dengan komputer rosak... nak menaip guna hp tak berapa pandai mana.... hari ni kin menulis blog guna laptop kak ipar dia ada balik... apa lagi ambik kesempatan menulis di blog la... heheh.... 

Cinta Jannah dah nak tamat tak sabar ingin tau ending cerita itu... bagaimana keadaan Jannah dan Izary kan...  dan tak lupa gak cerita yang akan mengantikan Cinta Jannah best gak tajuk drama  tu Love You Mr Arrogant adapitasi novel juga ... sebab kin dah baca novel dia.. harap barisan pelakon dapat mendalami n membawa macam dalam novel... hhehheh... kat bawah ni kin ada share sedikit sinopsisnya dan barisan pelakon nya.. 

Menggandingkan Azlee Khairi dan pelakon baru Zara Zya, Azlee bakal memegang watak sebagai  Zafriel Irham manakala Zara bakal memegang watak Zaara Amirah... Watak Sherry pulak di bawa oleh pelakon Hanez Suraya dan watak lain kita tengok nanti tanyangan di slot akasia pada 25 september ni insyaAllah..

Sinopsis Novel :

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


Saturday, June 22, 2013

Tahniah Zahril Adzim Dan Shera Ayub Dapat Baby Boy

Tahniah buat pasangan artis Zahril Adzim dan Shera Ayub dengan kehadiran baby boy yang sangat comel... 








Friday, June 21, 2013

Nak Buat Gwiyomi Tapi Malu

Nak Buat Gwiyomi Tapi Malu | Assalamualaikum.. Hai korang semua ni cik ash harap semuanya sihat walafiat ya... sebenarnya cik ash saja-saja nak kongsi dengan anda semua gambar anak saudara cik ash yang no 2 masa dia umur 3 tahun tak silap..


Nak Buat Gwiyomi Tapi Malu


Saja-saja online blog sebab nak bagitaw yang cik ash taip guna laptop baru suami cik ash beli yang baru yang lama dah tak dapat diselamatkan lagi.. syok guna laptop baru ni.. hihihihi.. bersemangat nak menaip blog lepas bila dah ada laptop baru kan..harap cik ash kena rajin la nak update blog.. hihihihi

Kat atas tu la gambar anak saudara cik ash yang no 2 anak abe mie dan kak nor, nama dia syed aniq hihihi.. masa ini cik ash tak pasti umur dia berapa tapi masa kalau tak silap cik ash nak pergi mengundi kut, lupa dah hahahaha... tengok la gaya syed aniq nak buat gaya gwiyomi yang popular masa tu tapi malu siap ada video lagi dekat facebook cik ash..


Ok la itu jer cik ash nak kongsikan dengan anda semua jumpa lagi nanti ya..


Bakal Ustazah Suatu Hari Nanti InsyaAllah

Bakal Ustazah Suatu Hari Nanti InsyaAllah | Assalamualiakum....selamat pagi sudah lama tak update blog ni kan.... hari ni Ikin ada nak share pic anak saudara ikin yang baru lepas menjalani pembedahan di ijn aritu... alhamdulilah nur rukniah rawiah sangat kuat beliau sangat aktif kesian dengan mama dia tengok duk pantau dalam keadaan mengandunng berapa bulan ya... lupa dah..

rukniah



                                    



Friday, March 29, 2013

Tahniah Irma Hasmie Dan Ayu Raudhah Dengan Kelahiran Baby Lelaki

Tahniah Irma Hasmie Dan Ayu Raudhah Dengan Kelahiran Baby Lelaki  | Assalamualaikum...Hai pembaca blog Cik Ash... lama tak update blog harap ada yang sudi singgah... ash nak ucapkan Tahniah buat 2 artis kita iaitu Irma Hasmie dan Ayu Raudhah yang telah selamat melahirkan baby lelaki yang sihat. 









Sunday, March 17, 2013

Asam Pedas Ayam Versi Cik Ash

Asam Pedas Ayam Versi Cik Ash | Assalamualaikum... Hari ini rajin ingin memcuba memasak asam pedas ayam. Resepinya Cik Ash ambil dari blog resepi tapi dah lupa nama blognya. 




Terlintas nak buat asam pedas ni nampak ada daum kesum yang lebih ma buat balik masa buat makan jamuan laksa aritu. Pada dibiarkan lama dalam peti ais tu yang nak buat asam pedas ini. Bunga kantan dan belacan Cik Ash tidak letak sebab 2 bahan ini tak ada stock.

Teringin nak cuba buat asam pedas ayam ini korang boleh jer search dekat google banyak blog yang kongsi hihihi. Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua masak asam pedas ayam jer pun.

Saturday, March 16, 2013

Kuih Ambon Versi Cik Ash


Cik Ash buat kuih ambon akhirnya jadi jugak... lembut n kurang manis... selalu buat terlebih manis n keras.. hahahha... bab memotong kek Ash memey fail tengok macam ner cara ash potong.. sebelum orang tanya baik Ash mengaku selalu.. hehhehe


jom layan kuih ambon versi Ash..

kalau anda suka dengan post like n share la.. :)

Friday, March 15, 2013

Air Tangan Ibu Gulai Nasi Berlauk Pagi

Air Tangan Ibu Gulai Nasi Berlauk Pagi | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar. Harap sihat semuanya ya. 


Hari ini ma Cik Ash masak gulai nasi berlauk pagi yang sangat popular dekat negeri kelantan ni. Cik Ash bab memasak memang agak kurang pandai pun lagi biasa la sibuk kerja kan. 

Cik Ash tengok jer bahan-bahan ma masuk dalam periuk.. mana la taw kan nanti Cik Ash leh cuba buat pulak nanti.. lagipun tak lama dah nak jadi isteri orang kena la belajar memasak daripada awal nanti bila jadi isteri terkial-kial nak masak untuk suami hahaha... 

Masakan airtangan ma memang terbaik dah puashati makan memang Cik Ash makan nasi bertambah-tambah kalau kena gulai lemak kuning ikan ayo ni hahaha..

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak sharing dengan korang masakan airtangan ma yang paling sedap didunia walaupun kita masak sendiri pun kan. 

Thursday, March 14, 2013

Novel akan Ke Kaca Tv dan Layar Perak

Novel akan  Ke Kaca Tv dan Layar Perak



Wahhh sudah banyak novel diadaptasikan.... kini pengarah berani mengambil koleksi-koleksi novel jadi skrip untuk di buat drama, telefilem, filem...

di bawah ada berikut yang ikin dapat novel akan bersiaran di kaca tv dan ke layar perak

Drama Islamic yang terbaikkk
Warkah Cinta 2: Cinta Dan Wahyu akan bersiaran di Tv Al-hiljrah pada 26 Mac 2013 setiap hari selasa 10 malam.. barisan pelakonya Imam Muda Nazrul, Amira Rosli, Mardiana Alwi  dan ramai lagi..  nak taw update terkini shotting drama jom ke fb Alkahfi.pictures



Drama sebenarnya Saya Isteri Dia akan Akan datang setiap jumaat, pukul 9 malam, bermula 29 MAC 2013 di tv3 dalam slot zehra.. barisan perlakonya Izzue Islam, Tiz Zaqiah



"Teduhan Kasih".Bakal ditayangkan

pada April 2013 di TV3.Barisan Pelakon: Rizal(Shah Iskandar), Sherry

Ibrahim( Iffa)Nabila Huda( Ayu), Adi Putra(Ehsan) dalam slot akasia



Novel Suami Aku Ustaz akan difilemkan. Untuk pengetahuan semua, filem tersebut merupakan filem pertama terbitan syarikat penerbitan Adi Putra iaitu Nur ADP Sdn. Bhd. Wah, Adi Putra dah jadi penerbit sekarang, filem tersebut masih dalam peringkat awal lagi. Masih dalam pembinaan skrip. Nantikan kemunculan filem pertama terbitan Adi Putra. Jalan ceritanya nukilan Hannah Dhaniyah ini best, tentang ustaz jatuh cinta kepada anak muridnya. Kalau Adi Putra jadi Ustaz, siapa jadi Lisa erk? Sama-sama kita nantikan.


Drama Kampung Girl ini bakal ditayangkan dalam Slot Lestary TV3.

 NANTIKAN :) barisan perlakonnya Akin Ahmad, Nad Zainal, 

Monday, February 25, 2013

Novel Suami Aku Ustaz Akan Di Filemkan..



Ekin ada nak share info terbaru ni ikin dapat dari twitter Adi Putra dan Fb Suami Aku Ustaz...  novel suami aku ustaz bakal di filemkan... Terima kasih kepada adi Putra yang berkongsi berita ini di Twitter beliau.


Heroinya siapa la nanti akan berlakon...


sumber dari Fb...



SUKA POST SILA LA TEKAN LIKE... :)


Saturday, February 23, 2013

Anak Marshanda Pelakon Sinetron Indonesia

Anak Marshanda Pelakon Sinetron Indonesia | Hai semua Cik Ash harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. 


Tahniah buat marshanda  dengan kelahiran puteri yang comel pada 22/1/2013 .. agak terlambat Cik Ash taw berita gembira ni..  nama anak pasangan selebriti ni ialah Sienna Amirah Kasyafani bermaksud anak pertama di keluarga permaisuri yang cantik.. 




Sunday, February 3, 2013

Slot Akasia:Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Slot Akasia:Rindu Bertamu Di Abu Dhabi



Drama yang akan mengantikkan slot akasia Setia Hunjung Nyawa ialah bertajuk  Rindu Bertamu Di Abu Dhabi pada 11 februari 2013. Antara pelakon -pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Fouziah Gous,Shahrizal Jaszle,Aiman Hakim Ridza,Tasha Shilla,Fahrin Ahmad,Lydiawati,Dato Razali dan ramai lagi.


photo signature_4.gif




Slot Samarinda Terbaru: Surat Dari Langit Biru

Slot Samarinda Tajuk Ruby akan tamat pada 5 Februari ni. tak sabar nak tengok episode terakhir nanti... ni ikin nak share slot terbaru yang akan mengantikkan Ruby iaitu Surat Dari Langit Biru arahan Rashid Sibir.Dah lama tak dengar Rashid Sibir  mengarah drama.Antara pelakon utama ialah Yana Samsudin,Johan As'ari,Iqram Dinzly dan Fizo Omar dan Pelakon lain ialah Nabila Dally,Ika Nabila (Lydia),Fauziah Nawi dan Dato Rahim Razali.


Tajuk Drama : Surat Dari Langit Biru
Jumlah Episod : 24 Episod
Slot : Samarinda Tv3

Pautan kekal imej terbenam
sumber gambar Twitter Johan Asa'ri