Thursday, December 26, 2013

Drama Aku Ada Wali Tv AlHijrah

Drama Aku Ada Wali Tv AlHijrah | Assalamualaikum...Selamat malam buat pembaca blog ekin yang comel dan hensem ya.. malam ada kerajinan nak tulis sinopsis cerita Aku Ada Wali adapitasi dari novel Ustazah Fatimah Syarha.. ok ikuti di bawah ini ya..




Sinopsis Aku Ada Wali
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menhijab diri. 

Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. 

Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


Nak tonton online drama ini boleh klik pautan INI


Saturday, December 21, 2013

Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha"

Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha" | Assalamualaikum...Cik Ash ada dapat info dari Facebook Fatimah Syarha novelnya Aku Ada Wali bakal diadaptasi ke drama tidak lama lagi. Alhamdulilah cerita islamic ni yang Cik Ash tunggu selepas cerita Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu yang telah diadaptasi aritu. Semoga cerita macam ini diperbanyakkan lagi di siaran tv.Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Siti Saleha,Zahril Adzim,Puteri Chi Chi, Aida Jebat dan Zoey Rahman.Aku Ada Wali bakal bersiaran di TV AlHijrah pada 14 Januari 2014 setiap hari Selasa pukul 10.00 malam. 





Petikan Daripada Utusan Malaysia
Sudah menjadi formula buat penerbit kini untuk menerbitkan drama berdasarkan adaptasi novel popular.Bagaimana pendekatan berbeza diambil dalam pembikinan drama bersiri Aku Ada Wali yang akan ditayangkan di TV AlHijrah pada bulan Disember nanti. Penerbitnya memilih untuk menayangkan drama 13 episode ini dahulu sebelum melepaskan novel Aku Ada Wali di pasaran.

Bagaimanapun konsep asal drama ini sebernarnya memang hadir dari penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga penulis novel Seindah Mawar Berduri.

Idea itu hadir ketika perbincangan antara pihak penerbit dan penulis. Menurut pemilik Tsar Asia Sdn. Bhd, Wan Sariah Wan Jaafar, dia percaya dengan kemampuan drama itu memandangkan Fatimah Syarha sudah mempunyai peminatnya sendiri.

"Saya memang mahu drama bersiri ini ditayangkan dahulu dan seterusnya baru novel dikeluarkan. "Saya percaya akan kemampuan drama ini memandangkan  penulis novel itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri, "katanya. 

Memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha,Zahiril Adzim dan ramai lagi menurut Sariah,demi memberi kelainan dari drama bersiri lain yang sering memilih Asia sebagai lokasi yang di sana. Selain Seoul,Busan juga akan menjadi lokasi penggambaran drama ini.

"Kalau mahu diikutkan,ini merupakan projek terbesar untuk produksi saya,memandangkan ia melibatkan penggambaran diluar negara serta ramai pelakon hebat.Bagaimanapun mengenai bajet pula tidaklah terlalu besar kerana kami mendapat banyak bantuan terutamanya dari pihak AirAsia,"katanya.

Sementara itu bagi pengarah drama ini, Aidilfitri Mohamed Yunos,sungguhpun pihak TV Alhijrah mempunayi sukatan tersendiri,namun drama ini tidak terlalu berat dengan kisah agama.

Mahu nampak santai dengan cinta remaja,Aku Ada Wali bagaimana tetap mematuhi batas-batas yang telah dipersetujui.

"Kekuatan drama sebenarnya mengenai  pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.

"Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk mengarah drama cinta remaja ini sungguhpun sudah ada aturan yang ditetapkan,"katanya.

Thursday, December 12, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

Terima Kasih Kepada Azwar Syuhada yang sudi singgah blog ekin... sebab dia la ekin rasa berminat join segmen ni.. dah lama tak join segmen... dulu2 minat sangat join ni... best dapat kenal dengan ramai blogger-blogger walaupun tak menang pun hadiah..

Berbalik kepada segmen yang ekin nak join ini ada syarat-syaratnya yang perlu kita patuhi so kena ke blog Aku Penghibur untuk mengikuti syarat-syaratnya ya..



Ok Jom kita bermula menulis tentang Kenapa Aku Jadi Blogger? 

       Saya jadi blogger sejak  November 2010.  saya mula berkarya di blog kerana meminati dunia penulisan selain untuk mendapatkan kawan-kawan baru.  ketika itu ekin tak taw apa-apa fungsi pasal blog ni dan pada ketika itu ekin juga ada mengenali suatu Stesen radio online disitulah ekin mengenali tentang blog.. rasa best tengok ada blog sendiri ni boleh tulis apa yang kita nak kongsi kan. Dalam fikiran ekin terlintas nak ada sendiri blog dan radio sendiri hehehe... tanpa bertanya dekat sesiapa ekin tubuhkan blog ekin masa itu dikenali dengan nama syasyaekin.blogspot.com... tertapi di sebabkan ada yang cemburu dengan blog ekin ni ekin dah tukar link kepada cikash.blogspot.com. ok berbalik kepada cerita di atas entry yang mula ekin tulis kisah Disebalik Derita Ada Bahagia. Ekin banyak habiskan masa dengan dengar radio online sambil menulis apa-apa yang terlintas dikepala ni ada. cerita di yang dikongsikan di blog macam-macam ada tentang sukan, drama,filem, artis, kehidupan diri ekin sendiri. bila ada masa terluang ekin kongsi kat blog. kira blog ni kira diari ekin.. tetapi ekin tak ada kongsi hal peribadi ekin di dalam blog ni.. kadang-kadang ada gak yang tak suka apa yang kita tulis tentang hal diri kita dengan BF,GF dan sebagainya... Orang yang galakan ekin menulis blog ni ada en tunang ekin.. hehehe... dia yang banyak memberi ekin semangat teruskan menulis blog walaupun dah jarang update. 


Ekin rasa puas bila menulis di blog ni dapat kongsi dengan rakan-rakan alam maya selain facebook,twitter,myspace dan lain-lain tengah famous sekarang ini. Ekin harap suatu hari nanti ekin boleh menjadi blogger yang dikenali seperti otai-otai blogger yang ekin kenal di alam maya walaupun tak pernah berjumpa lagi..  Dengan menulis blog ni ekin dapat ramai kawan ada yang masuk blog ekin hanya singgah, baca like nak komen tu tak ada mungkin sebab blog ekin tak menarik untuk di komen kut.. hehehe.. 


Tetapi dengan blogger ini ada gak negatif nya bila kita menulis seperti yang tengok la ada blogger yang cukup popular sampai ada blogger antara blogger tak kira yang BARU KE YANG LAMA dia menyindir antara satu sama lain. Ada lagi tu blogger Blog ini menulis pasal keburukan blog itu, blog itu pulak menulis pasal keaiban antara satu sama lain.  Apa kata kita jangan kita buat perkara  macam tu blogger la secara sihat.. leh pupuk silatulrahim antara blogger.. buang yang keruh ambik yang jernih.. huhuhuhu.. ni ada lagi blogger jangan la sombong kalau kena sporting2 taw.. hahahahhah.. 


Panjangnya ekin bercoleteh harap dimaafkan kalau ada salah dalam menulis di entry ni.. begini bila lama tak menulis kan macam-macam yang nak dikongsikan.. 


Berakhir sudah Coretan ekin Tentan"KENAPA AKU JADI BLOGGER"


Sekian Terima Kasih



Header Blog Dah Bertukar

Header Blog Dah Bertukar | Assalamualaikum...Hai korang semua, selamat pagi dan pukul 1.47 pagi masih ada yang sudi singgah blog ekin yang tak seberapa cantik ni. 






Blog ekin dah betukar header yang baru ekin edit sendiri dengan menggunakan adobe photoshop dalam laptop ni. Yang doodle girl di tengah-tengah tu ekin ambil dari blog  INI. Kat Blog tu banyak doodle yang comel-comel..