Tuesday, November 12, 2013

author photo

Berita Gembira Dan Sedih Hari Yang Sama (4/11/2013) |Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat sejahtera..

Cerita ini dah berlalu tapi ekin teruskan menulis di blog ni walaupun tak ada yang nak baca dan komen.... Entri ini ekin simpan untuk kenangan ekin dimana 6 bulan lagi nak kahwin ekin dapat berita gembira dan sedih serentak.. dalam happy menyambut kelahiran sambil menerima kematian Ya Allah ujian Allah bagi dekat ekin dan en tunang.

Ekin terima berita gembira dan sedih pada 4/11/2013. Alhamdulilah sebelah pagi dalam pukul 10 lebih kakak ekin iaitu kak poh dah selamat bersalin dapat baby boy.... tahniah buat kak poh dan abe sham.... happy la kakak fathnin dan adik rukniah dapat baby boy kan...Gambar baby dan nama masih di rahsia kan dulu nak beri keselesaan pada kak poh & baby semasa berpantang sebab baby kena Jaudis (kuning).

Kesian tengok baby boy kak poh kena kuning...dalam kegembiraan  ekin dapat anak saudara baru tertiba ekin dapat call dari  tunang ekin dia call bagitau ayah dia dah meninggal dunia... ekin terkejut sangat dan sedih last jumpa dia masa tunang aritu jer...Al-Fatihah  semoga roh bakal ayah mentuaku di cucuri rahmatnya... amin




This post have 2 komentar

avatar
akubercerita delete November 13, 2013 at 3:41 AM

ada dua taaa:

1) ta..hniah kepada kakak ekin.

2) ta...kziah kepada keluarga tunang ekin.


mcm ni la kan hidup, ada yg datang..ada yg pergi..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post