Drama Love You Mr. Arrogat Adaptasi Novel
Dah agak lama ikin tak menulis di blog disebabkan ada problem dengan komputer rosak... nak menaip guna hp tak berapa pandai mana.... hari ni kin menulis blog guna laptop kak ipar dia ada balik... apa lagi ambik kesempatan menulis di blog la... heheh....
Cinta Jannah dah nak tamat tak sabar ingin tau ending cerita itu... bagaimana keadaan Jannah dan Izary kan... dan tak lupa gak cerita yang akan mengantikan Cinta Jannah best gak tajuk drama tu Love You Mr Arrogant adapitasi novel juga ... sebab kin dah baca novel dia.. harap barisan pelakon dapat mendalami n membawa macam dalam novel... hhehheh... kat bawah ni kin ada share sedikit sinopsisnya dan barisan pelakon nya..
Menggandingkan Azlee Khairi dan pelakon baru Zara Zya, Azlee bakal memegang watak sebagai Zafriel Irham manakala Zara bakal memegang watak Zaara Amirah... Watak Sherry pulak di bawa oleh pelakon Hanez Suraya dan watak lain kita tengok nanti tanyangan di slot akasia pada 25 september ni insyaAllah..
Sinopsis Novel :
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...