Warkah Cinta Adaptasi Novel Warkah Cinta Berbau Syurga ,Assalamualaikum.. Ekin ada nak share satu drama Warkah Cinta yang di adaptasi dari Novel Warkah Cinta Berbau Syurga akan bersiaran menemui anda di kaca TV ALHIJRAH bermula 27 November 2012 pada pukul 8.30pm-9.30pm, (Selasa hingga Khamis) , tetapi kalau tak silap ikin drama tu dah pun di tayangkan pada hari jumaat aritu ... ikin taw pun sebab tengok kat facebook HelizaHelmi ada post pasal drama tu... penulis skrip drama ni ialah Ustaz A.Ubaidillah Alias dan arahan dari Mior Hashim Manap. Barisan Pelakon utama ialah Imam Muda Nazrul ( Amir Mukhris) dan Heliza Helmi (Wardah) dan lain2. drama sebanyak 12 episode.
SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.
Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.
Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.
Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya meAmpunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.
Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.
Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.
Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.
Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)
Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.
Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.
Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.
Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.
Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.
Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.
Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.
Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.
Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.
Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.
Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.
Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.
Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.
Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.
Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.