Saturday, June 30, 2012

Akma AF Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Farih Hamshi


Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.
Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.
Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.
Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.
Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.


Friday, June 29, 2012

Tahniah Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie & Reyza

Tahniah Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie & Reyza

gambar nikah irma hasmie

Pukul 3.55 Petang tadi berlangsungnya majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Irma Hasmie sah menjadi isteri kepada Reza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.

Wang hantaran dirahsiakan namun begitu, Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin.Pengantin perempuan memberikan 13 dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang oleh pihak lelaki.

Di bawah ini adalah di antara gambar majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Syah Reza Azmeer

Tahniah Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang

Tahniah Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang


Norzila Aminuddin ataupun di kenali sebagai Ella “Ratu Rock”  negara di sahkan bakal bernikah pada 7 Julai nanti. Bakal suaminya pula di katakan berasal dari Muar Johor.



Majlis pernikahan pula akan di adakan di rumah pengantin perempuan di Klang, Selangor. Di fahamkan Ella dan bakal suaminya yang di gelar Mr “A”  telah di kesan menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Dengarnya, majlis merisik bakal pengantin perempuan juga telah diselesaikan.

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang




Tuesday, June 26, 2012

Sambutan Ulangtahun Ke 66 RTM Di Radio Kelantan FM

Sambutan Ulangtahun Ke 66 RTM Di Radio Kelantan FM | Assalamualaikum...Pada 28 Jun hingga 30 Jun 2012. RTM kelantan FM akan mengadakan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 66. 

Sambutan Ulangtahun Ke 66 RTM Di Radio Kelantan FM

Anda dijemput datang beramai-ramai meriahkan Majlis Perasmian pada 28 Jun jam 10 pg..Pesta Bakar dan Pertandingan Akok simbolik kpd rancangan AKOK yg telah bertahan selama 20thn keudara.

Sesiapa yg berminat utk menjadi peserta pertandingan dan demonstrasi akok..Sila telefon 097482933 sekarang jgk..Banyak lg acara menarik bakal di pertontonkan kpd semua...datang jangan tk datang...Gegarkan Padang Radio Malaysia Kelantanfm selama 3 hari berturut2.... tak lupa juga ada pertandingan game euro 2012 yang  mana peminat 

game pc dan ps..datang lah beramai - ramai menyertai pertandingan 
game euro 2012 


JOM KITA PERGI KAT SANA



Monday, June 25, 2012

Tutorial Letak Button Follow dan Dashboard Dalam Blog



   Selamat malam semua.. heheheh... malam2 pun rasa nak tulis tutorial letak button follow n dasboard yang macam kat blog ekin tu.. sebab sebelum ni ada kawan dari blogger tanya tutorial tu.. so ekin nak kongsi macam mana cara nya... tutorial ini ekin ambil dari tutorial jugak...  korang  boleh melakukan sedikit pengubahsuaian sendiri taw. 

Tutorial adalah seperti berikut :-

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang dibuka. 

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://i1212.photobucket.com/albums/cc453/Sha_Ekin85/Gambar/Dashboard.png" /></a></div> 
Nota: Gantikan 'ID BLOG ANDA'

Bagaimana untuk cari ID Blog.?
> Anda klik pada 'new post' dari dashboard, dan akan ada paparan seperti gambar di bawah. Noombor yang admin highlight adalah contoh NO ID BLOG


3. Setelah anda selesai letakkan ID blog anda, save dan lihat hasilnya.:)

p/s : preview dulu taw mana taw ada fail code kan.. susah pulak... 


Tuesday, June 19, 2012

Papa Hero Usha Blog KIta La

Papa Hero Usha Blog KIta La... Lallalalalalla | Assalamualaikum.. Hai my sahabat blogger, sudah agak lama Cik Ash tak update blog kan.. mesti ada yang rindu dengan coretan merapu-rapu Cik Ash kan.


Cik Ash nak share satu story ni, Cik Ash tersangat  happy apabila dapat kunjungan daripada Papa Hero ke blog Cik Ash yang biasa ni.. Papa Hero selalu singgah blog Cik Ash komen dekat entri Hero Dan Papa Hero Sekeluarga Bakal Masuk TV , Sejarah Kucing dan fakta-fakta menarik

Mesti ramai yang dah kenal dengan Papa Hero kan, Cik Ash sangat repect dengan beliau sebab dia orang yang memperjuangkan diri untuk membantu pelihara haiwan-haiwan terbiar seperti kucing, anjing dan sebagainya. Cik Ash selalu usha fab pages  FB kakimotong dan Blog Kakimotong mcm2 yang PH tulis kisah meow2 yang comel2... 

Ok la itu jer yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai Papa Hero.. hihihi...

Saturday, June 16, 2012

Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3

Slot Lestary TV3 : Bukan Bidadari


Bukan Bidadari yang akan ditayangkan pada 19 Jun 2012 setiap selasa 9.00 malam di Slot Lestary yang akan mengantikkan 3 Janji.  Lakonan oleh Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal,Sara Ali, Azlee Khairi,Fiza Halim, Munif Isa,Azhar Sulaiman. cerita ni dari pengarah tersohor Kabir Bhatia. 

Sinopsis Bukan Bidadari
Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna. Keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas terpaksa memikul hutang bapanya. Pada masa yang sama, dia perlu menjaga ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan.

Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.


Drama Drama Deejavu Di Kinabalu (Slot Akasia TV3)

Drama  Drama Deejavu Di Kinabalu (Slot Akasia TV3) | Assalamualaikum... Hai, Drama yang menampilkan pelakon yang Cik Ash minat ini. Lakonan mereka berdua memang terbaik sangat.



Drama Deejavu Di Kinabalu yang menampilkan pelakon-pelakon seperti Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman & Neelofa bakal menggantikan drama Seindah Sakura yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Tarikh tayangan drama ini pada 18 Jun 2012, jam 7.00 petang setiap hari Isnin – Khamis. Drama ini diarahkan oleh Erma Fatima. Sebanyak 28 Episode

Sinopsis Drama Deejavu Di Kinabalu
Mengisahkan tentang Nadira(Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan terpaksa menjalani pemindahan jantung tanpa pengetahuan orang lain termasuklah tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar(Aqasha) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.

Ammar berasa kehilangan dan bersedih cuba untuk mulakan hidup baru dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira.
Ammar merasakan banyak persamaan di antara Nadira dengan teman wanitanya. Namun kebahagiannya tidak berpanjangan apabila dia dikejutkan jantung Nadira adalah milik bekas teman wanitanya.Rupa-rupanya teman wanita Ammar telah mendaftar sebagai perderma jantung dan bersetuju jantungnya didermakan apabila dia meninggal dunia.Nadira pula seakan-akan telah lama mengenali Ammar,jantungnya berdegup pantas apabila Ammar berada berdekatan dengannya.
Dapatkah Ammar menerima hakikat ini? Adakah cintanya akan beralih arah kepada nadira? Bagaimana dengan tunang Nadira? Ini kena tengok dulu baru boleh tahu…
ps : baca sinopsis cam menarik dan nampak macam ada sikit2 cerita korean summer scent la …nanti boleh  tengok lah..

Friday, June 15, 2012

Slot Seram TV3: Waris kesinambungan Kekasihku Seru

Slot Seram TV3: Waris kesinambungan Kekasihku Seru





Sekuel Kekasihku seru-Waris kini kembali ke skrin tv anda .Masih mengekalkan pelakon yang sama Fizz Fairuz(Rashad)Emelda Rosmila(Marisa), Datin Paduka Umie Aida(Mas Suri).Kuza(Mas Suri, Hairi Othman(Waris).

Sinopsis:
Mengisahkan Rashad dan Marisa  yang hidup tenang selama 10 tahun bersama anak mereka Amar.Namun dia turut bersedih di atas kehilangan anak kembarnya yang meninggal dunia ketika kelahiran.

Satu hari Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.Buntu melihat keadaan anak mereka, Rashad dan Marisa membawa Amar berjumpa Mas Suri(ibu kpd Marisa).
Mas Sari bimbang Waris akan kembali,oleh itu dia menyembunyikan anak kembar Marisa yang dijaga oleh Rokiah.Marisa sangat terkejut dan marah akan ibunya.Dia tidak menyangka ibunya sanggup berbuat demikian. Mas Suri memohon maaf dan dia melakukannya untuk melindungi cucu-cucunya.
Amar menjadi sasaran baru Waris kerana Mas Ayu yang sedang lemah dan nazak.Dia perlukan badan baru untuk berkuasa semula.Marisa kini menjejaki anak perempuannya Sarah yang dijaga oleh Fariz dan Aida.
Tanpa disedari Sarah yang tinggal bersama Aida dipengaruhi dengan oleh kuasa jahat yang mampu mengugat keluarga barunya
Sempatkah Marisa dan Mas Ayu menjejaki Sarah sebelum Waris?Berjayakah Mas Ayu membebaskan keturunannya dari cengkaman Waris?



Wednesday, June 6, 2012

Telemovie Parut Ashikin Astro Citra

Telemovie Parut Ashikin Astro Citra | Assalamualaikum... 

parut ashikin

Sinopsis Drama Parut Ashikin

Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.

Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.

Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.

Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.


Sunday, June 3, 2012

Tahniah Buat Nia Ramadhani Dapat Baby Girl

TAHNIAH BUAT NIA RAMADHANI DAPAT BABY GIRL..



 SUMBER DARI  FAN PAGES Nia-Ramadhani