Monday, March 5, 2012

TAHNIAH BIENDA DAPAT BABY GIRL

Tahniah Bienda dengan kehadiran cahaya mata pertama baby girl.. semoga berkekalan ke akhir hayat.. 

Penyanyi Bienda berkata dia mendapat ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz kepada anak perempuannya yang baru dilahirkan itu daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya ketika hamil. 



Sekali pun, dia mengakui masih berasa kekok dengan kehadiran bayi itu dalam keluarganya, Bienda teruja untuk melayari kehidupan dengan status baru itu.

“Saya dan suami masih kekok dan terkejut dengan kehadiran anak kami dalam keluarga. Selama ini, saya mengandung dan kini dia sudah lahir, saya susah hendak gambarkan perasaan itu.

“Namun, saya bersyukur kerana Lavienda tidak banyak kerenah dan kami sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini,” katanya.

Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda selamat melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu.

Bienda berkahwin dengan Boy yang juga penerbit program di Primeworks Studios itu pada 8 Oktober 2010.

sumber: mStar

1 comment:

ash.rie8506@gmail.com