selamat petang semua ekin nak share satu langkah2 ingin menuju kecemerlangan dalam pelajaran.. di bawah ni ekin akan hurai satu2.. motivasi ni ekin dapat dari pakar perceramah masa ekin sekolah2 dulu.. so simpan2 buku lama-lama.. ekin jumpa sayang nak buang sebab dia pun berguna gak.. mana taw untuk anak2 ekin nanti.. hahahahahha.. angan-angan kosong....
Langkah-langkah Menuju Kecemerlangan
- Keazaman Yang Kukuh
Ciri-ciri insan Berjiwa Kental
Semangat yang sentiasa membara
Kesedaran Yang Tinggi tetang keperluan untuk menggarap
Kecemerlangan
Berjiwa Besar
- Sikap Dan Minda Yang Positif
Sikap Dan Pemikiran Beriandaskan Agama
Menguasai Bahasa Pemikiran Positif
Contoh : Aku Boleh,
Sekarang juga,
cuba lagi.
Gagal hanya untuk sementara
Patah sayap bertongkatkan paruh
Namun terbang tetap keteruskan...
- Usaha Yang Gigih Dan Sistematik
Bermula Dari Awal Tahun Untuk Kecemerlangan Akhir Tahun
Menguasai Kemahiran Belajar
Pembelajaran Terancang Dan Strategik
- Disiplin Diri Yang Kukuh
Perjuangan - Cahaya
Cabaran Dalaman - Nafsu+Syaitan
Cabaran Luaran - Persekitaran
Kehidupan adalah perjuangan dan sudah tentu di depannya adalah cabaran. Cabaran Dalaman adalah godaan nafsu dan syaitan serta cabaran luaran adalah persekitaran yang mudah mempergaruhi kejalan yang salah. Hanya lnsan yang berdisiplin tinggi sahaja akan berjaya dalam perjuangan.
- Kemantapan Jiwa, Minda Dan Fizikal
Ketenangan jiwa
- Carilah punca-punca yang membantu ketenangan jiwa seperti pembersihan hati melalui ibadat dan zikir.
Kesihatan mental dan fizikal
- Peliharalah mental dan kesihatan mental amalan pemakanan dan kecergasan yang sesuai.
- Berjiwa Pemenang
Benci Pencapaian Biasa
Sentiasa memikirkan kebaikan bersama
Moto kehidupan " Hari Ini Sentiasa Lebih Baik Daripada Semalam"
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon