Saturday, December 31, 2011

Drama Tentang Dhia Boleh Tonton Full Episode 1 Hingga Akhir

Drama Tentang Dhia | Assalamualaikum.... bagaimana al kisah perjalan ceritanya.. Peminat Adi Putra Dan Nora Danish mungkin akan layan drama ni. Cerita yang mencetuskan fenomena ni telah ditayangkan di TV3.


Hasil carian imej untuk Tentang Dhia


Pelakon Drama Tengang Dhia 

Antara Barisan pelakon-pelakon pun hebat-hebat seperti Adi Putra, Nora Danish, Izreen Azminda, Tasha Shilla, Ako Mustapha, Irfan Roslan,Puteri Sarah dan Liza Abdullah.


Terbitan Pengarah Dan Produksi
Drama Tentang Dhia ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Grand Briliance Sdn Bhd. Sebanyak 30 episode.


Sinopsis Drama Tentang Dhia 
Drama yang diadaptasi daripada novel nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah membenihkan bibit-bibit cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi. Insiden ini membuatkan Raihana terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Tonton Online Drama Tentang Dhia

Yang tidak berkesempatan nak menonton drama Tentang Dhia sebelum korang juga boleh secara  online di Youtube.

Friday, December 30, 2011

Kerana Mu Johan Ariff Asari Spontan Ketika Boring


Hai semua rakan2 pembaca blog ekin.. sudah lama ekin mendiamkan diri tanpa menulis di blog ni.. mesti korang rindu coretan2 ekin kan... so pada hari ini ekin kongsi suatu cerita tentang satu group yang ekin join.. group ni memang happenig sangat2.. admin2 dan rakan2 di sana semua terbaik.. berbalik pada cerita yang ekin nak kongsi ekin ni suka berkarya... kemalrin masa duk saja2 ekin cipta dialog spontan antara ekin dan Johan Arrif a.k.a BOTAK. ok di bawah ni ekin sharekan..


Dialog antara johan n saya hu3. Jgn jeles ni lakonan aja2

Ekin: Assalamualaikum johan. Rindu sama kamu. Hu3. 

Johan: walaikumussalam. Rindu juga sama awk. He2. 


Ekin: wah terharunya awk bls tweet sy. Senyum tak perlu kata apa2. awk sihat ke. Mcm ner skrg dgn lakonan awk. 


Johan: alhamdulilah buat masa baik2 aja.


Ekin: suka dgn lakonan awk bersahaja. Tambh lg cerita cinta elysa n ajaibnya cinta. He2.


Johan: terima kasih awk ats sokogan awk ats karier sy ni. InsyaAllah akn cuba yg tbaik lg.


Ekin:Saya Harap awk akan terpilih percalonan ABPBH 2011 nanti.. saya

undi awak.. 

Johan:InsyaAllah.. semua anugerah tu hadiah untuk peminat kalau saya menang malam tu.. terima kasih atas sokongan awak.. :)

Ekin: Sama-sama.. hu3

Then lepas tu ekin dah x taw nak tulis apa... tggu di lain hari pulak.. hu3.. jangan marah.. komen2 la sikit tentang dialog ni.. jangan duk like jer.. hahahahhahaha

ekin tak sangka pulak terpilih post ni terpilih di group ni... admin kat sana suruh dapat komen sampai 2000.. tak pandai nak tarik org baca post kita ni.... kita taw coret2 jer.. nak ajak ore komen tak kut.. biar la... xde pape pun.. angan2 kosong jer.... semoga group johan yang ekin join terus aktif.. smpaikan group n pages yang ekin jaga tak update di sebabkan join group yang happenig... suka sangat2 bila berbual dengan johan asari di group tu.. memang pelakon yang tak sombong dengan peminatnya...

Friday, December 23, 2011

Hari Minggu Aktiviti Makan

Hari Minggu Aktiviti Makan | Assalamualaikum... Dah agak lama Ekin tak update blog...Terima kasih kepada yang masih lagi berkunjung ke blog Cik Ash ni walaupun tak sempat update.. kesibukan sikit sekarang bila akhir-akhir tahun ni banyak la tender keluar so kena siapkan kerja dulu. 

Berbalik pada cerita nak Ekin nak bagitaw ni, hari minggu lepas Ekin tak ada pergi mana-mana pun duduk dirumah jer sambil dengar radio on9.

Ekin terlebih rajin buat makaroni bakar resepi dah lupa ambik dekat mana itu pun adik Ekin ajarkan. Jom layan makanan yang Ekin untuk makan-makan di hari minggu ni. 


 



Ok la semua itu jer yang Ekin  nak kongsi dengan korang semua, selamat menjamu selera ya.

Saturday, November 19, 2011

NOVEMBER KENANGAN TERINDAH

November Kenangan Terindah | Assalamualaikum.. Hai, apa khabar semua, di harap semuanya sihat walafiat.

November kenangan terindah 

November adalah  kenangan terindah buat Ekin .. sebabnya di mana terciptanya blog Cik Ash  yang dinamakan syasyaekin.blogspot.com.. kini genap setahun blog Cik Ash di tubuhkan... tapi blog ekin tidak la sepopular blog-blog otai.. sebab Ekin pun jarang update.. Ekin blogging maybe masa tu sebab berminat nak kongsi maklumat-maklumat yang  Ekin dapat. Kini blog Ekin dah bertukar nama di sebab ada masalah sesuatu... kini blog itu di kenali nama blog id dah bertukar atas faktor keselamatan >>>> https://www.cikash.com


Lagi kenangan yang Ekin tak dapat lupa di mana Ekin mengenali dunia dj melalui stesen radio K bukan nama sebenar yang Ekin join masa tu.. di sana la Ekin belajar pasal cara seorang menjadi dj.. walaupun masa tu tak banyak bersuara tapi di akhir-akhir nya Ekin bersuara jugak..  terima kasih kepada owner radio iaitu AL (bukan nama sebenar)  yang banyak memberi ilmu dekat Ekin tentang dunia dj.. jasamu tetap ku kenang sampai bila2.. maafkan Ekin tak dapat nak meneruskan misi perjuangan memantapkan radio ke arah yang lebih maju... Ekin bukan saja-saja  nak meninggalkan dunia dj tetapi disebabkan family Ekin terpaksa meninggalkan misi walaupun Ekin tidak bersama dengan radio lagi Ekin masih menyokong perjalanan radio K (bukan nama sebenar).. Ekin taw perjalanan radio K (bukan nama sebenar) macam ner...  di sana memang banyak kenangan yang tak dapat Ekin tak akan lupakan... 

Kalau nak diingatkan balik kisah lama memang panjang citernya....  biar la kenangan itu Ekin jer yang dapat rasa bertapa hebatnya  penangan radio K masa bersama dengan radio itu..  Sepanjang bulan november setiap jam 3.37 ptg ataupun pagi Ekin teringat di saat masa bersama dengan radio K.. 26 November 2011 ni genap 1 tahun pertubuhan radio Radio K semoga radio K terus maju ke depan..  di sana jugak Ekin mengenali seorang sahabat yang banyak menolong Ekin sampai la ke hari ini... bila Ekin mengalami kesusahan dia yang banyak membantu. kira dengan sahabat genap 1 tahun Ekin mengenali seorang dia sebagai sahabat. di sana jugak Ekin kenal abe yie dan ramai lagi masa tu.. nak di ceritakan memang panjang la.. biar la kenangan itu menjadi kenangan terindah buat diri Ekin. 

Ok la itu saja november kenangan terindah buat ekin dekat rakan-rakan yang mengenali Ekin.


Wednesday, November 9, 2011

Gambar Artis Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Gambar Artis Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik | Siapa dekat sini peminat artis korea, kalau tengok rupa mereka memang cantik sangat kan, tapi kan sebenarnya di sebalik kecantikan mereka sekarang sebenarnya mereka ada membuat pembedahan plastik. 

Sebelum ini cik ash ada buka google terjumpa gambar-gambar artis korea sebelum dan selepas pembedahan plastik.. tengok muka dia orang memang banyak perbezaan kan.. patut la artis korea ni kebanyakannya cantik-cantik kan.
 

So yang mana belum pernah tengok muka pelakon artis korea sebelum ni meh usha dekat bawah ni hasil carian Cik Ash dekat google. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrDh5UhvaRo-KcjB7L65NdBdbHR5QhHrSneoaQWDBnp3McEkrl2etxyPJ3FacNesI1zN5xWtWiU66MShMwRbnJXMoAwLRJtssGeP9VjdtGnexbhOvNyvBahrm1wC6gwQUAedjhpt2IB2ME/s1600/10Ryeo-wonJeong.jpg
Ji-Won-Ha
Ah-jung Kim

Su-jeong Lim

Betul -betul tekejut kan bila tengok gambar-gambar artis korea yang membuat pembedahan plastik ni nampak perbezaan yang begitu ketara tu, patut la mereka semua lawa-lawa jer kan. Macam tak percaya mereka dulu dan sekarang lain. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak sharing dengan mengenai gambar artis korea sebelum dan selepas pembedahan plastik ni. 


Tuesday, November 8, 2011

Sejarah Negeri Kelantan (Bank Kerapu)

Sejarah Negeri Kelantan (Bank Kerapu) | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Bank Kerapu Kota Bharu, Kelantan.jpg
Bangunan Memorial Peperangan Dunia Ke II (Bank Kerapu)


Hari ini Cik Ash nak bercerita pasal Bank Kerapu.. pelik kan bunyi nama bank ni. bank kerapu ini merupakan bank paling lama di kelantan.. ingat lagi soalan aboh Cik Ash tanya mu kenal ke Bank Kerapu mana. Cik Ash pun kata la.. ada ke bank kerapu dekat kelantan ni... aboh cakap punya duduk di kelantan bertahun-tahun bank kerapu pun tak kenal ke... Kalau ikut hari-hari balik kerje selalu aboh lalu jalan kat situ.. hehehehe... 

So dekat bawah ini Cik Ash terangkan serba sikit sejarah Bank Kerapu tu..sumber Cik Ash ambik dari wikipedia ada sikit-sikit dari blog pelancongan. 

Lokasi 
Memorial peperangan Dunia ke-11 (Bangunan Bank Kerapu) terletak di atas sebidang tanah Lot No 31 dalam Zon Budaya Kota Bharu. Luas tapak bangunan itu ialah 1,986.36 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (dahulunya dikenali  dengan Padang Bank) bersempadankan kawasan Muzium Islam di Timur dan di baratnya pula bersempadankan kompleks Pejabat Kastam di tebing Sungai Kelantan. 

Jaraknya dari pusat bandar adalah lebih kurang 0.5 kilometer, Terdapat perkhidmatan bas bandar yang melalui kawasan tersebut. Kawasan ini termasuk dalam 'Zon Budaya' yang mengandungi bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal. Termasuk bangunan Majlis Agama Islam (Muzium Islam), Masjid Muhammadi, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Raja Diraja). Istana Balai Besar dan Istaa Batu (Muzium Diraja). 

Kawasan bandar Kota Bharu, terutma pusat membeli belah, Pasar Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Kota Darulnaim,Balai Polis dan lain-lain tidak  jauh dan dapat dihubungi dengan berjalan kaki menaiki bas mini perkhidmatan dalam bandar atau teksi roda tiga (beca). 

Latar Belakang
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff Bin Nik Abd Maid yang bergelar Dato' Sri Paduka Raja,Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Nik Soh Pak Nik Ad atau disebut juga Sri Paduka Nik Yusof atau Nik Sri Paduka.

Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan zaman Sultan Muhammad 111 (1889-1890). Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900.

Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India I imited yang membina sebuah bangunan bank cawangan di kelantan.  Bangunan bank itu dibina dan siap serta digunakan pada tahun 1912. Pengurus yang pertama ialah Encik Muir iaitu seorang Inggeris.

Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut kerapu. Daripada itu bank tersebut dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini..

Sumber: Kelantan Muzium

Monday, November 7, 2011

Koleksi Gambar Panas

Koleksi Gambar Panas
Selamat petang semua ekin saja nak bagi kejutan sikit buat tajuk ayat macam tu.. hahahhahah.... sebenarnya ekin nak tunjuk pic koleksi2 kucing jer la..  ekin sekodeng di google jumpa yang cantik so kongsi la blog ekin... he3




Muka Kucing ni mcm muka Harimau la.. 


cuba perhatikan kucing ini lagi besar dari baby tu... Mesti kucing ini kuat sangat makan. Kucing ini mungkin lagi berat dari baby yang cute tu kan.


P/S: he3... jangan la marah saja2 keboringan nak update tadi tu yang datang nak tulis tajuk ayat mcm tu.. sory pada semua yang singgah masuk blog baca entri ni.. he3... maafkan ekin...
.


 


Sunday, October 30, 2011

Di mana Nilai-Nilai Murni Orang Malaysia


selamat pagi... wahhhhhhhhhhhhhhh jam di pc ekin sudah pukul 4.38pagi... ideal nak menulis pasal ni apabila ekin terlihat satu pic dari rakan di facebook ada post pasal penyokong dari n9 tercedera. 




ya allah kenapa kerana kalah perlawanan bola sepak ni... sifat nilai-nilai murni seorang rakyat hilang.... di mana nila-nilai murni kita sebagai rakyat malaysia... jangan la di sebabkan kalah dalam satu perlawanan kita nak bermusuh-musuhan sesama sendiri, pergaduhan yang boleh ancam nyawa semua pihak yang berada waktu itu..  kita seharus memberi contoh kepada orang-orang di luar sana.. kita seharusnya tunjuk negara kita amai damai jangan ada pengaduhan macam ni... kita seharusnya tunjuk sifat cintakan  negara dan majukan sukan untuk negara... semua pemain bola sepak dan penyokong-penyokong adalah rakyat malaysia.. so kita seharusnya tunjukkan semangat perpanduan sesama insan..  


ok la di bawah ni ekin ada ulas2 sikit pasal nilai-nlia murni: 


 apa itu nilai - nilai murni... ekin akan ulas sikit ya pasal  nilai- nilai murni yang seharusnya kita pupuk ada lah seperti berikut :


1. Pepanduan/Bersatu padu : Bersefahaman dan berkerjasama di peringkat keluarga,     masyarakat, negara dan antarabangsa


2. Kesyukuran/ bersyukur : Patuh dan menerima nasib atau takdir. 


3. Cintakan Negara: Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara. 


4. Tolenrasi : Bertolak ansur serta dapat mengelakkan  berlakunya perselisihan. 


5. Saling Bermaafan : Sanggup meminta maaf dan memaafkan. 


hanya lima jer ekin ulas.... banyak lagi nilai-nilai murni yang seharus nya kita pupuk....  semua mesti taw nilai-nilai murni kan.. kalau tak taw... insyaAllah ekin akan ulas lagi nanti.. he3... mata dah ngantuk nak tulis panjang2 la.. 






Saturday, October 29, 2011

Wanita Ibarat Pokok Semalu

Wanita Ibarat Pokok Semalu | Assalamualaikum...Rupanya banyak yang menarik tentang wanita yang Cik Ash baru tahu. Hari ini Cik Ash nak kongsi tentang Wanita Ibarat Pokok Semalu. Mesti korang kenal kan pokok semalu macam mana. Jom baca tentang pengkongsiannya dekat bawah ni. 

Wanita Ibarat Pokok Semalu


Apa itu Pokok Semalu.

Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.

Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

semalu

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Friday, October 28, 2011

♥JOM HEBOH KELANTAN 2011♥

♥JOM HEBOH KELANTAN 2011♥ | Assalamualaikum....Petang tadi ekin pergi jom heboh.. he3.. ramainya orang2 la..

jom heboh



Bermacam-macam orang ekin jumpa... masa perjalanan nak pergi dekat stadium ekin nampak BOTAK duk jalan kaki dengan crew TV3 nak pergi ke arah stadium.. kalau masa tu tak duduk dalam kereta gerenti ekin bergambar dengan Botak.. hahahhahahha.... ma ekin cakap liar mata ekin.. jauh pun kenal dengan artis.. biasa la kalau artis yang kita minat jauh pun kenal.. hahahhahaha.. 

Tadi ekin banyak berpusing jer..  banyak kedai-kedai menjual ekin lalu jer.. ada gak maa beli satu beg cipsmore 10 ringgit ada macam-macam dalam tu... harga ada naik la sikit makanan yang di jual gerai- gerai perkarangan stadium.. tahun ni besar sikit pada jom heboh tahun lepas.. barang-barang pun laku di jual... biasa la rakyat kelantan... he3..  ekin pun hari ni maa beli dalam 50 ringgit gak.. makanan ringan-ringan jer..  jalan-jalan punya jalan ekin berhenti studio tv3.. terdengar suara BOTAk dan Fasha.. apa lagi ekin terus la masuk dalam khemah studio tv3.. nak jmpa dengan botak n fasha.. he3... masa nak bergambar ramai yang berebut la.. sampaikan ekin nak jatuh ke belakang.. dah depan, kiri kanan duk tolak ekin.. aduhyai naik pengsan boleh.. tapi tak pe setahun sekali dapat merasa jom heboh ni... kalau tak pergi tahun rugi la rasanya... nak tunggu tahun depan. kita ni x taw umr panjang ke tak.. hu3... 

Banyak juga artis yang datang kat kelantan ni seperti watie elite, tomok, akim af7, adi,fasha,tengku maria, zakiah anas,siti shafizawati, tan (cili2 padi). 

Wednesday, October 26, 2011

TOMPOK,BELIH,CEK LIH DAN BULAT RINDU KAMU

Tompok, Belih,Cek Lih Dan Bulat | Assalamualaikum... Hai selamat pagi semua pembaca blog Cik Ash yang simple jer ni... biar la korang tak komen jadi Cik Ash harap blog Cik Ash ramai yang kujung baca apa yang Ekin tulis ni,




Petang ni Cik Ash  tulis entry datang dari luahan hati Cik Ash  sangat2... Cik Ash terlalu merindui kucing-kucing Cik Ash . ingat masa jaga dia.. Dari masa dia kecil sampai dia beranak pinak... kalau nak di bilang kucing Cik Ash  pelihara masa tu kalau semuanya hidup dalam 20 ekor kesemuanya.. Cik Ash terlalu miss sangat kat kucing...


Kisah Si Tompok


Al kisahnya macam ni.. Tompok telah di bawa oleh pak saudara Cik Ash. tompok masa tu mula2 tengok Cik Ash  marah sangat-sangat maybe terkejut kut jumpa dengan tuan baru kan... lepas pada sebulan dia duk di umah Cik Ash. tompok dah pandai bawa diri.. dengan Cik Ash  la dia paling manja.. sebab Cik Ash yang bagi dia makan, minum bergurau main nikus2 dengan dia...ada sekali tu Cik Ash marah tompok cakap kat dia jangan cakar2 sofa nantikan tak bagi masuk umah.. lepas pada tu seminggu dia tak balik umah... Cik Ash pun kata dalam hati maybe tompok merajuk tak balik ni... lepas pada seminggu tu jiran ada bagitaw dia jumpa tompok ingat ke hidup tapi tompok dah mati.. uwaaaaaaaaaa... Cik Ash tengok muka dia penuh dengan darah kat kawasan hidung.. maybe ada orang pukul dia dengan kayu la ni.. jahat la orang tu.. memang Cik Ash tak kan maafkan orang tu.. sekejap jer Cik Ash bersama tompok.. Gambar tompok Cik Ash tak sempat nak ambik masa tu tak pakai phone lagi la.. masa tu Cik Ash baru tingkatan 3 kut.. tak ingat dah la.. he3


Kisah Si Belih


Selepas tompok mati.. Cik Ash di gantikan dengan kucing yang berwarna coklat  putih.. he3.. ingat lagi masa mula-mula dia datang dekat Rumah Cik Ash masa tu kalau tak silap dia ikut siapa entah aboh ke mak saudara naik kereta dia.. dia turun dari kereta terus masuk dalam umah Cik Ash... buat macam rumah sendiri.. Cik Ash apa lagi dah   tengok kucing pergi peluk dan gosok2 bulu dia.. lepas tu bagi dia makan.... masa tu panggil meow jer... lepas dua hari duk kat umah.. Cik Ash tak ingat siapa yang bagi nama BELIH ni.. kalau tak silap adik Cik Ash yang bongsu kut... BELIH ni kucing adik Cik Ash yang bongsu... Cik Ash ambik dari dia.. hahaha.... macam-macam la kalau diingat balik..  Belih la kucing yang paling rapat dengan Cik Ash... setiap malam mesti jadi bantal peluk Cik Ash.. he3.. dia pun suka tidur dgn Cik Ash.. ingat lagi masa Belih accident masa tu Belih koma 2 bulan gak.. Cik Ash la yang menjaga makan n minum dia.. guna straw masa tu bagi dia minum susu jer.. Belih hanya baring jer tak boleh bangun langsung.. lepas tu nenek Cik Ash ada suruh suapkan air bunga mawar.. alhamdulilah lepas seminggu bagi air mawar tu Belih dah boleh bangun tetapi masih berlaga-laga tersongdol dinding masa tu... Belih lepas pada accident tu Cik Ash risau tak bagi dia keluar umah.. takut gak tak pandai balik.. hehehe... ada sekali dia keluar.. ingat ke tak pandai balik.. rupa2 pandai balik juga. hehehe..  sayang sangat dekat Belih.. Sentiasa ikut dan redha jer Cik Ash nak buat dia macam ner.. Ada tu macam budak-budak Cik Ash layan dia... hahaha. Kalau sebelah petang selalu  bawa dia pergi padang tunggu dia main-main dekat dekat padang. yang sedih umur Belih tak panjang... dia pergi meninggalkan Cik Ash.. sob sob sedihnya bila di ingat saat dia di akhir2 dia hebus nafas dia mengiau dengan kuat masa tu.. maybe nak bagitaw dia dah nak pergi.... 

Kisah Si CeK Lih

Ini pulak kisah si Cek Lih.. Cek Lih datang dari mana eh.. jap2 nak ingat balik... hah baru ingat Cek Lih aboh yang bawa balik... dia selalu duk berlingkar2 di tayar kereta aboh masa tu aboh selalu singgah di yakin pandu chek post kat sana.. aboh geram tengok dia comel sangat2 masa  tu.. Cek Lih.. yang bagi nama aboh kalau tak silap la.. macam ner leh lekat nama Cek Lih maybe sebab kepala kecik dari badan kut.. hahaha.. dia la kucing yang pertama dalam rumah beranak pinak.. kalau di kira anak-anak dia dalam 20 ekor gak la.. dalam 20 ekor hanya seekor yang hidup iaitu BULAT. masa dia nak beranak Cik Ash  yang jadi bidan kucing..hahaha.. lucu la pulak Cik Ash jadi bidan kucing.. memang Cek Lih masa tu tak reti nak jaga anak-anak dia.. biasa baru bergelar ibu kucing kan.. Cik Ash pun sama baru jadi bidan kucing.. memang tak taw apa pun.. first time tengok baby kucing dah keluar duk bergayut-gayut. lepas pada tu dalam tahun 2005 kalau tak silap Cik Ash la.. Cik Ash pergi KL jalan-jalan rumah mak saudara... masa tu Cik Ash tinggal Cek Lih dalam keadaan buting..  tapi sayang anak2 mati sbb keracunan termakan racun tikus.. lepas pada tu Cek Lih merajuk dengan Ekin pergi lari duduk umah jiran yang suka pelihara kucing gak.. dia duk di sana... beranak pinak kat sana pulak.. hahahhahaha.. lucu-lucu kucing pun pandai merajuk gak kan.. 


Kisah Si Bulat

Bulat Cik Ash tak ambik taw pasal dia.. adik Cik Ash yang bongsu punya kucing.. tapi Cik Ash bagi gak dia makan.. hehehe mood nak jaga kucing dah berkurang lepas BELIH mati dan Cek Lih lari bawa diri pergi umah jiran.. 

Lagi pun Cik Ash berhenti pelihara kucing sebab duk perumahan teres macam ni.. takut gak ada jiran tak suka suka dengan  kucing.. kucing kan suka buang najis merata2 tempat la.. kencing la.. kita tak tahu hati orang macam ner dan lagi satu Cik Ash keje masa tu tak de masa nak nak jaga kucing... Masa tu ma pulak alahan pada bulu kucing.. 


Friday, October 21, 2011

Takzirah : BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Takzirah : BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM | Assalamualaikum...Hari ini ekin ingin berkongsi suatu takzirah mengenai  BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM…… adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk diucapkan.


Dalam hadis Rasullullah dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.

Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: ” Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik. ”

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah ( air laut ) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian
tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain ( gol. Jin ), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah
pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita ( pria juga ) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri ( wanita tersebut ) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.


Thursday, October 13, 2011

10 Rahsia Untuk Hidup Indah

10 Rahsia Untuk Hidup Indah | Assalamualaikum.. Hai selamat pagi yang indah, pagi-pagi ini ada ke yang sudi baca entri ini.. hihihihi..


1. CINTA 
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT 
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, lets get do it. 

3. BERSYUKUR 
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur. 

4. BAHAGIA 
 Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumannya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan. 

6. BERBAGI 
Salah satu cara membuat hidup iti tidak sepi adalah dengan berbagi, Berbagi apa saja, sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya. 

7. KEJUJURAN 
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan. 
8. KETULUSAN 
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap. 

9. KEPEKAAN 
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka.  

10. KEDAMAIAN 
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. 

Credit: kak azie


Tuesday, October 4, 2011

Buat Baik Pun Salah Buat Jahat Pun Salah

Buat Baik Pun Salah Buat Jahat Pun Salah | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Harap semuanya sihat walafiat ya. Entri yang begitu panas untuk malam ni, kata-kata yang ekin dapat daripada facebook pages. Ekin pun berkongsi dekat blog ni. Sebab tajuk ni memang ada kena mengena dengan situasi ekin juga satu ketika dahulu. 
  

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI 
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama,ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama,ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH...APA LAH NAK JADI...NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan,ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan,ada orang kata kita macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar,ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan,ada orang kata kita ni KAMPONG GILERR
Bila kita pakai dedah sana-sini, ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" 
Bila kita tolong buat kerja,ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APASAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati. 

Friday, September 30, 2011

1 Hari 1 Malam ke KL

1 Hari 1 Malam ke KL | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, di harap semuanya berada dalam keadaan sihat selalu. Hari ini ekin ada nak berkongsi dengan korang semua mengenai pengalaman ekin ke KL 1 hari 1 malam di KL. 




Perjalanan ekin bermula pada tarikh 29 Septermber 2011 yang akan ekin ingat sampai bila-bila peristiwa ini yang banyak menguji kesabaran ekin ke KL. Kerana ingin menghadiri jamuan makan hari raya bersama Perdana Menteri punya pasal. Sebab aboh ekin adalah ahli persatuan PBTM itu yang dapat join ni.


Bas rombongan ekin naik dari Kelantan bertolak ke KL dalam pukul 9.30 pagi, semuanya yang pergi naik bas adalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dari PBTM cawangan Pengkalan Chepa Kelantan, ekin jer la anak dara yang turut sertai hihihi.

Perjalanan kami ke sana syukur alhamdulilah selamat dan sampai di tempat MEPS di Serdang. Kami sampai di dana dalam pukul 7 malam. Ekin ingat tempat dituju dekat la tapi rupa-rupanya nak ke sana kena naik bas pulak hahaha. 


Sebenarnya banyak kenangan yang tak dapat ekin lupa memang mencabar sungguh semasa kepergian ekin ke KL kali ni, biar la rahsia apa yang terjadi ketika itu hanya Allah yang tahu, beribu-ribu rakyat Malaysia yang datang ke jamuan raya itu. Bermacam-macam orang ekin jumpa, ada tu seorang budak lelaki tersenyum dekat ekin.. Hahaha.. Ekin pun balas balik senyuman budak lelaki, nasib baik la aboh tak nampak kalau la aboh ternampak mesti kata anaknya gelenyar dah ni. Hehehe. 


Apabila waktu nak makan lagi mencabar buat ekin dan semua orang disebabkan bas ekin sampai  lewat meja khas makan penuh terpaksa la ekin dan semua yang naik bas sekali dengan ekin makan di ruang yang lain, berebut-berebut semasa ingin mengambil makanan,alhamduliah dapat la satu pinggang nasi minyak dan satu mangkuk gulai ayam di bahagi 3 orang makan semasa tu. Sambutan hari raya penghunjung memang ramai yang pergi dalam beribu-beribu orang la kut. Satu malaysia. Banyak buah bas pulak tu.


Powered by Blogger.