Saturday, December 31, 2011

Drama Tentang Dhia Boleh Tonton Full Episode 1 Hingga Akhir

Drama Tentang Dhia | Assalamualaikum.... bagaimana al kisah perjalan ceritanya.. Peminat Adi Putra Dan Nora Danish mungkin akan layan drama ni. Cerita yang mencetuskan fenomena ni telah ditayangkan di TV3.


Hasil carian imej untuk Tentang Dhia


Pelakon Drama Tengang Dhia 

Antara Barisan pelakon-pelakon pun hebat-hebat seperti Adi Putra, Nora Danish, Izreen Azminda, Tasha Shilla, Ako Mustapha, Irfan Roslan,Puteri Sarah dan Liza Abdullah.


Terbitan Pengarah Dan Produksi
Drama Tentang Dhia ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Grand Briliance Sdn Bhd. Sebanyak 30 episode.


Sinopsis Drama Tentang Dhia 
Drama yang diadaptasi daripada novel nukilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah membenihkan bibit-bibit cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan Ilahi. Insiden ini membuatkan Raihana terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Tonton Online Drama Tentang Dhia

Yang tidak berkesempatan nak menonton drama Tentang Dhia sebelum korang juga boleh secara  online di Youtube.

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com