Sejarah Negeri Kelantan (Bank Kerapu) | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.
Bangunan Memorial Peperangan Dunia Ke II (Bank Kerapu) |
Hari ini Cik Ash nak bercerita pasal Bank Kerapu.. pelik kan bunyi nama bank ni. bank kerapu ini merupakan bank paling lama di kelantan.. ingat lagi soalan aboh Cik Ash tanya mu kenal ke Bank Kerapu mana. Cik Ash pun kata la.. ada ke bank kerapu dekat kelantan ni... aboh cakap punya duduk di kelantan bertahun-tahun bank kerapu pun tak kenal ke... Kalau ikut hari-hari balik kerje selalu aboh lalu jalan kat situ.. hehehehe...
So dekat bawah ini Cik Ash terangkan serba sikit sejarah Bank Kerapu tu..sumber Cik Ash ambik dari wikipedia ada sikit-sikit dari blog pelancongan.
Lokasi
Memorial peperangan Dunia ke-11 (Bangunan Bank Kerapu) terletak di atas sebidang tanah Lot No 31 dalam Zon Budaya Kota Bharu. Luas tapak bangunan itu ialah 1,986.36 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (dahulunya dikenali dengan Padang Bank) bersempadankan kawasan Muzium Islam di Timur dan di baratnya pula bersempadankan kompleks Pejabat Kastam di tebing Sungai Kelantan.
Jaraknya dari pusat bandar adalah lebih kurang 0.5 kilometer, Terdapat perkhidmatan bas bandar yang melalui kawasan tersebut. Kawasan ini termasuk dalam 'Zon Budaya' yang mengandungi bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal. Termasuk bangunan Majlis Agama Islam (Muzium Islam), Masjid Muhammadi, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Raja Diraja). Istana Balai Besar dan Istaa Batu (Muzium Diraja).
Kawasan bandar Kota Bharu, terutma pusat membeli belah, Pasar Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Kota Darulnaim,Balai Polis dan lain-lain tidak jauh dan dapat dihubungi dengan berjalan kaki menaiki bas mini perkhidmatan dalam bandar atau teksi roda tiga (beca).
Latar Belakang
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff Bin Nik Abd Maid yang bergelar Dato' Sri Paduka Raja,Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Nik Soh Pak Nik Ad atau disebut juga Sri Paduka Nik Yusof atau Nik Sri Paduka.
Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan zaman Sultan Muhammad 111 (1889-1890). Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900.
Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India I imited yang membina sebuah bangunan bank cawangan di kelantan. Bangunan bank itu dibina dan siap serta digunakan pada tahun 1912. Pengurus yang pertama ialah Encik Muir iaitu seorang Inggeris.
Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut kerapu. Daripada itu bank tersebut dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini..
Sumber: Kelantan Muzium
1 komentar:
huhu xpnh g smpai kelantan nie
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon