Saturday, November 19, 2011

NOVEMBER KENANGAN TERINDAH

November Kenangan Terindah | Assalamualaikum.. Hai, apa khabar semua, di harap semuanya sihat walafiat.

November kenangan terindah 

November adalah  kenangan terindah buat Ekin .. sebabnya di mana terciptanya blog Cik Ash  yang dinamakan syasyaekin.blogspot.com.. kini genap setahun blog Cik Ash di tubuhkan... tapi blog ekin tidak la sepopular blog-blog otai.. sebab Ekin pun jarang update.. Ekin blogging maybe masa tu sebab berminat nak kongsi maklumat-maklumat yang  Ekin dapat. Kini blog Ekin dah bertukar nama di sebab ada masalah sesuatu... kini blog itu di kenali nama blog id dah bertukar atas faktor keselamatan >>>> https://www.cikash.com


Lagi kenangan yang Ekin tak dapat lupa di mana Ekin mengenali dunia dj melalui stesen radio K bukan nama sebenar yang Ekin join masa tu.. di sana la Ekin belajar pasal cara seorang menjadi dj.. walaupun masa tu tak banyak bersuara tapi di akhir-akhir nya Ekin bersuara jugak..  terima kasih kepada owner radio iaitu AL (bukan nama sebenar)  yang banyak memberi ilmu dekat Ekin tentang dunia dj.. jasamu tetap ku kenang sampai bila2.. maafkan Ekin tak dapat nak meneruskan misi perjuangan memantapkan radio ke arah yang lebih maju... Ekin bukan saja-saja  nak meninggalkan dunia dj tetapi disebabkan family Ekin terpaksa meninggalkan misi walaupun Ekin tidak bersama dengan radio lagi Ekin masih menyokong perjalanan radio K (bukan nama sebenar).. Ekin taw perjalanan radio K (bukan nama sebenar) macam ner...  di sana memang banyak kenangan yang tak dapat Ekin tak akan lupakan... 

Kalau nak diingatkan balik kisah lama memang panjang citernya....  biar la kenangan itu Ekin jer yang dapat rasa bertapa hebatnya  penangan radio K masa bersama dengan radio itu..  Sepanjang bulan november setiap jam 3.37 ptg ataupun pagi Ekin teringat di saat masa bersama dengan radio K.. 26 November 2011 ni genap 1 tahun pertubuhan radio Radio K semoga radio K terus maju ke depan..  di sana jugak Ekin mengenali seorang sahabat yang banyak menolong Ekin sampai la ke hari ini... bila Ekin mengalami kesusahan dia yang banyak membantu. kira dengan sahabat genap 1 tahun Ekin mengenali seorang dia sebagai sahabat. di sana jugak Ekin kenal abe yie dan ramai lagi masa tu.. nak di ceritakan memang panjang la.. biar la kenangan itu menjadi kenangan terindah buat diri Ekin. 

Ok la itu saja november kenangan terindah buat ekin dekat rakan-rakan yang mengenali Ekin.


Wednesday, November 9, 2011

Gambar Artis Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Gambar Artis Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik | Siapa dekat sini peminat artis korea, kalau tengok rupa mereka memang cantik sangat kan, tapi kan sebenarnya di sebalik kecantikan mereka sekarang sebenarnya mereka ada membuat pembedahan plastik. 

Sebelum ini cik ash ada buka google terjumpa gambar-gambar artis korea sebelum dan selepas pembedahan plastik.. tengok muka dia orang memang banyak perbezaan kan.. patut la artis korea ni kebanyakannya cantik-cantik kan.
 

So yang mana belum pernah tengok muka pelakon artis korea sebelum ni meh usha dekat bawah ni hasil carian Cik Ash dekat google. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrDh5UhvaRo-KcjB7L65NdBdbHR5QhHrSneoaQWDBnp3McEkrl2etxyPJ3FacNesI1zN5xWtWiU66MShMwRbnJXMoAwLRJtssGeP9VjdtGnexbhOvNyvBahrm1wC6gwQUAedjhpt2IB2ME/s1600/10Ryeo-wonJeong.jpg
Ji-Won-Ha
Ah-jung Kim

Su-jeong Lim

Betul -betul tekejut kan bila tengok gambar-gambar artis korea yang membuat pembedahan plastik ni nampak perbezaan yang begitu ketara tu, patut la mereka semua lawa-lawa jer kan. Macam tak percaya mereka dulu dan sekarang lain. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak sharing dengan mengenai gambar artis korea sebelum dan selepas pembedahan plastik ni. 


Tuesday, November 8, 2011

Sejarah Negeri Kelantan (Bank Kerapu)

Sejarah Negeri Kelantan (Bank Kerapu) | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Bank Kerapu Kota Bharu, Kelantan.jpg
Bangunan Memorial Peperangan Dunia Ke II (Bank Kerapu)


Hari ini Cik Ash nak bercerita pasal Bank Kerapu.. pelik kan bunyi nama bank ni. bank kerapu ini merupakan bank paling lama di kelantan.. ingat lagi soalan aboh Cik Ash tanya mu kenal ke Bank Kerapu mana. Cik Ash pun kata la.. ada ke bank kerapu dekat kelantan ni... aboh cakap punya duduk di kelantan bertahun-tahun bank kerapu pun tak kenal ke... Kalau ikut hari-hari balik kerje selalu aboh lalu jalan kat situ.. hehehehe... 

So dekat bawah ini Cik Ash terangkan serba sikit sejarah Bank Kerapu tu..sumber Cik Ash ambik dari wikipedia ada sikit-sikit dari blog pelancongan. 

Lokasi 
Memorial peperangan Dunia ke-11 (Bangunan Bank Kerapu) terletak di atas sebidang tanah Lot No 31 dalam Zon Budaya Kota Bharu. Luas tapak bangunan itu ialah 1,986.36 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (dahulunya dikenali  dengan Padang Bank) bersempadankan kawasan Muzium Islam di Timur dan di baratnya pula bersempadankan kompleks Pejabat Kastam di tebing Sungai Kelantan. 

Jaraknya dari pusat bandar adalah lebih kurang 0.5 kilometer, Terdapat perkhidmatan bas bandar yang melalui kawasan tersebut. Kawasan ini termasuk dalam 'Zon Budaya' yang mengandungi bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal. Termasuk bangunan Majlis Agama Islam (Muzium Islam), Masjid Muhammadi, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Raja Diraja). Istana Balai Besar dan Istaa Batu (Muzium Diraja). 

Kawasan bandar Kota Bharu, terutma pusat membeli belah, Pasar Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu Kota Darulnaim,Balai Polis dan lain-lain tidak  jauh dan dapat dihubungi dengan berjalan kaki menaiki bas mini perkhidmatan dalam bandar atau teksi roda tiga (beca). 

Latar Belakang
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff Bin Nik Abd Maid yang bergelar Dato' Sri Paduka Raja,Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Nik Soh Pak Nik Ad atau disebut juga Sri Paduka Nik Yusof atau Nik Sri Paduka.

Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan zaman Sultan Muhammad 111 (1889-1890). Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900.

Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat bank "The Mercantile Bank of India I imited yang membina sebuah bangunan bank cawangan di kelantan.  Bangunan bank itu dibina dan siap serta digunakan pada tahun 1912. Pengurus yang pertama ialah Encik Muir iaitu seorang Inggeris.

Dinding bangunan tersebut ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut kerapu. Daripada itu bank tersebut dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini..

Sumber: Kelantan Muzium

Monday, November 7, 2011

Koleksi Gambar Panas

Koleksi Gambar Panas
Selamat petang semua ekin saja nak bagi kejutan sikit buat tajuk ayat macam tu.. hahahhahah.... sebenarnya ekin nak tunjuk pic koleksi2 kucing jer la..  ekin sekodeng di google jumpa yang cantik so kongsi la blog ekin... he3




Muka Kucing ni mcm muka Harimau la.. 


cuba perhatikan kucing ini lagi besar dari baby tu... Mesti kucing ini kuat sangat makan. Kucing ini mungkin lagi berat dari baby yang cute tu kan.


P/S: he3... jangan la marah saja2 keboringan nak update tadi tu yang datang nak tulis tajuk ayat mcm tu.. sory pada semua yang singgah masuk blog baca entri ni.. he3... maafkan ekin...
.