5 Larangan Dalam Tidur | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.
Cik Ash baru tahu dalam tidur sebenarnya ada larangan yang patut kita elakkan untuk memastikan waktu istirehat yang cukup baik dengan tidur yang betul organ-organ dalam tubuh kita dapat beristirehat.
Kalau kita kekurangan tidur dapat menyebabkan organ dan otak kita rosak. Jom tengok apa dia larangan tidur yang kita patut elakkan itu dekat bawah ini.
1. Jangan sekali-sekali tidur memakai jam tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. (
2. Jangan sekali-sekali tidur bersama earphone
Gelombang medan magnet pada earphone boleh menyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak. ( Kerap buat asyik terlupa)
3. Jangan sekali-sekali tidur membawa handphone
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita. ( Ni kerap sangat buat kesalahan huhuhu)
4. Jangan sekali-sekali tidur ketika masih memakai make-up
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas. (
5. Jangan sekali-sekali tidur dengan suami/isteri orang
Jangan nak cari pasal hahahahha, ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...
Ok itu jer pengkongsian Cik Ash korang semua, saja-saja suka jer nak sharing, Cik Ash sendiri masih lagi amalkan perkara di atas waktu tidur yang no 2 dan 3.
tidur pun ada adabnya kan
ReplyDeleteHihihi tu la pasal
Deletelast tu mmg cari padah..haha
ReplyDeleteHahhaa Naya
Delete😂tips yang last tue memang nak cari nahas.. hihi tapi tue la, ada list yang kerap jugak saya buat, nak kena tukar la cara salah nie..
ReplyDeleteKan sama la selalu gak ada buat
Delete