1 Hari 1 Malam ke KL | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, di harap semuanya berada dalam keadaan sihat selalu. Hari ini ekin ada nak berkongsi dengan korang semua mengenai pengalaman ekin ke KL 1 hari 1 malam di KL.
Perjalanan ekin bermula pada tarikh 29 Septermber 2011 yang akan ekin ingat sampai bila-bila peristiwa ini yang banyak menguji kesabaran ekin ke KL. Kerana ingin menghadiri jamuan makan hari raya bersama Perdana Menteri punya pasal. Sebab aboh ekin adalah ahli persatuan PBTM itu yang dapat join ni.
Bas rombongan ekin naik dari Kelantan bertolak ke KL dalam pukul 9.30 pagi, semuanya yang pergi naik bas adalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dari PBTM cawangan Pengkalan Chepa Kelantan, ekin jer la anak dara yang turut sertai hihihi.
Perjalanan kami ke sana syukur alhamdulilah selamat dan sampai di tempat MEPS di Serdang. Kami sampai di dana dalam pukul 7 malam. Ekin ingat tempat dituju dekat la tapi rupa-rupanya nak ke sana kena naik bas pulak hahaha.
Sebenarnya banyak kenangan yang tak dapat ekin lupa memang mencabar sungguh semasa kepergian ekin ke KL kali ni, biar la rahsia apa yang terjadi ketika itu hanya Allah yang tahu, beribu-ribu rakyat Malaysia yang datang ke jamuan raya itu. Bermacam-macam orang ekin jumpa, ada tu seorang budak lelaki tersenyum dekat ekin.. Hahaha.. Ekin pun balas balik senyuman budak lelaki, nasib baik la aboh tak nampak kalau la aboh ternampak mesti kata anaknya gelenyar dah ni. Hehehe.
Apabila waktu nak makan lagi mencabar buat ekin dan semua orang disebabkan bas ekin sampai lewat meja khas makan penuh terpaksa la ekin dan semua yang naik bas sekali dengan ekin makan di ruang yang lain, berebut-berebut semasa ingin mengambil makanan,alhamduliah dapat la satu pinggang nasi minyak dan satu mangkuk gulai ayam di bahagi 3 orang makan semasa tu. Sambutan hari raya penghunjung memang ramai yang pergi dalam beribu-beribu orang la kut. Satu malaysia. Banyak buah bas pulak tu.
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon