Assalamulaikum...
hai kawan2 dah lama rasa tak update blog.. hari ini baru ada nak update... tadi2 buka murai.com.. nampak satu cite pasal Raja Farah.. sekarang dah bertudung la.. comel n ayu..
Teks oleh Syafiqah Jalal
Photo oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2011: Selepas dikejutkan dengan perkahwinan yang dilakukan secara tiba-tiba pada usia yang muda pada 12 November 2010 yang lalu, kini pelakon Raja Farah Raja Aziz, 23, sekali lagi mengejutkan industri hiburan dengan penampilan barunya yang bertudung litup.
Apa yang dilakukannya itu bukan sekadar imej baru atau trend, sebaliknya Raja Farah memberitahu perkahwinan yang terjalin bersama suami tercintanya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, telah memberi sinar baru serta penghijarahan yang lebih baik dalam dirinya.
"Alhamdulilah saya semakin tenang dan rileks dengan kehidupan saya sekarang. Malah saya boleh katakan saya mempunyai keyakian diri untuk menghadapi apa jua keadaan. Sebenarnya saya sudah memasang niat untuk bertudung sebelum berkahwin lagi, tetapi baru kini terlaksana dengan ikhlas.
"Ceritanya begini, ianya bermula secara kebetulan selepas saya selesai pengagmbaran drama Cinta Abang Lori lebih kurang dua bulan lalu. Ketika itu saya terlihat kedai menjual tudung dan terus ke kedai tersebut membeli tudung.
"Pulang sahaja ke rumah, saya terus menunjukkan tudung yang saya beli itu kepada suami. Saya kemudain terus memberitahu hajat saya yang saya mahu bertudung," jelasnya yang terus mendapat sokongan daripada suami dan keluarga untuk bertudung.
Dalam pada itu, suaminya Qhuyum memberitahu, dia gembira dan memberi sokongan kepada isterinya lebih-lebih lagi perkara yang baik seperti ini.
"Sebelum ini, dia bermula dengan selendang, kemudian dia terus cakap dengan saya dia akan bertudung litup dan tidak akan membukanya sampai bila-bila.
"Sebagai suami sudah tentu saya orang yang sangata gembira dengan keputusannya. Jika dulu saya sering temankan dia ke butik-butik baju tetapi kini saya banyak temankan dia ke kedai tudung,"katanya kepada murai.com.my.
Tambah pelakon filem Aku Masih Dara ini lagi, selepas bertudung, pergaulannya juga semakin terbatas dan dia terpaksa memelilih watak atau tawaran lakonan supaya sesuai dengan imej dan keterbatasannya.
"Saya kini lebih rileks dan tidak teralu terkejar untuk berlakon. Saya akan terima tawaran berlakon yang betul-betul sesuai dengan imej bertudung. Saya juga akan cuba mengelak jika ada adegan yang meminta saya bersentuh dengan lelaki.
"Lagipun selepas kahwin, apa-apa jua tawaran yang saya perolehi saya mesti berbincang dan mendapat persetujuan daripada suami dahulu sebelum menerimanya. Saya harap pengarah dan produksi di luar sana faham. Saya rasa tak semestinya jika saya bertdung saya tidak boleh membawakan watak antoganis," katanya lagi.
Raja Farah yang bakal muncul buat pertama kalinya dengan imej bertudung dalam drama Mengurai Rindu pada Aidilfitri ini kini sudah pun menjalani penggambaran untuk telefilem baru iaitu Pelamin di Pusara dan drama Wasi untuk siaran Astro.
hai kawan2 dah lama rasa tak update blog.. hari ini baru ada nak update... tadi2 buka murai.com.. nampak satu cite pasal Raja Farah.. sekarang dah bertudung la.. comel n ayu..
Insan MUrai.com |