cinta laura |
Dikhabarkan,
Cinta Laura atau nama sebenar gadis jelita ini, Cinta Laura Kiehl bakal
berhijrah ke Amerika atas dasar kerja. Dia yang baru sahaja selesai
menjalani penggambaran filem terbarunya, The Philosopher bersama aktor
dari Hollywood turut menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menjalani
kehidupannya sebagai artis di sana.
Filem
‘The Philosopher’ bakal ditayangkan pada tahun hadapan dan tidak dapat
dipastikan samada akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Baru
memenangi Anugerah Muzik Indonesia 2011 dalam kategori ‘Best
Dance/Electronica Music Performance’, Cinta Laura turut menyatakan,
“Kalau boleh pilih, saya ingin berlakon di Hollywood daripada menyanyi.” katanya.
Bagi
yang tidak mengenali Cinta Laura, pelakon yang berasal dari Indonesia
ini telah membawakan watak Laura dalam sinetron ‘Upik, Abu Dan Laura’
yang diminati ramai peminat tegar sinetron di Malaysia. Yang menariknya,
Cinta Laura yang juga seorang penyanyi, pelakon dan juga model bakal
berusia 18 tahun pada 17 Ogos ini. Cinta Laura mempunyai darah campuran
German dari ayahnya dan Indonesian iaitu ibunya.
sumber :KapanLagi