Sunday, July 3, 2011

author photo
Rahsia Wanita Tanah, Air, Api, Dan Angin | Assalamualaikum.. Hai, Malam ni nak tulis pasal unsur tenteng wanita... wanita- wanita jom la baca entri ni ya cik ash kongsi bersama-sama.

rahsia wanita
Sebenarnya kita sebagai wanita ada rahsia dalam bentuk tanah, air ,api dan angin , di bawah ini cik ash akan huraikan unsur sesorang wanita yang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga,ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat,kelapan, kedua-belas 

Wanita Berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar, wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifar seperti berikut :-

- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
-Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita Berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci,sejuk,nyaman serta menghilangkan dahaga, Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan, Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :- 

- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
-Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. 
-Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah.  


     SAYA UNSUR ANGIN AKAK-AKAK,ADK-ADK, PULAK UNSUR MANA SILA KOMEN KAT BAWAH TAW..hehehehhehehe.. 



1 komentar:

avatar
Etuza delete January 7, 2018 at 11:18 PM

Entri menarik tuk di baca..setidak2nya kita tahu kita dari unsur mana..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post