Benarkah Cinta Itu Menyakitkan
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi
yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau
sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang
timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah.
Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan,
kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah
tersebut.
Kesakitan
cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur
musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika
baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan.
Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah
keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi,
sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak
semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang
surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku.
Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment
ash.rie8506@gmail.com