Wednesday, July 27, 2011

Wall Facebook Saya Kena Terjahhhhhh Dengan Dj Radio GRFM & Geng2




Pagi tadi lebih kurang pukul 11 lebih2 perasaan ekin tertiba berdebar-debar.. kenapa ni kenapa ni.. ekin tertanya sndiri.. rupa2 nya ada satu kejutan telah di buat oleh dj POK DOGO a.k.a WAK PAKEK distesen radio GRFM (Generasi Revolusi FM) iaitu segmen terjahhhhhhhhhhhhhh my wall facebook.. hahahahahhaha... terjah ni dimulai dengan bro Otapir Cik Lie (memang pantas la skuad terjah no 1 ni.. semua bro selongkar...hhaaaha.. smpai kan ayat2 jiwang terbongkar dan lepas tu ramai yang masuk kat umah saya hahhahahhaha... orang2 yang berikut yang terlibat dalam seisi terjah wall facebook saya adalah  jeng2 jom2 kita kenal dengan dia org gak.. hehehhehehe  Wawa Ganu, Aliz Si Tikar Mengkuang,Puteri Keriput (vna hampir2 rahsia terbongkar tadi.. hahahhaha), Bro PianUlar Sawa(nasib baik tak kena patuk tadi.. hahahahhaha), Ijam Jalil (selongkar bab makanan leh bagi kat ijam...hahahhahah..ni msti kuat makan kan kan.. jgn marah  nnti kena jual la), PokChix Dean (terima kasih dengan lagu arab tu.. hehehehe) , Penjaga KedaiPauh Req'gan,Siti NabilaMuhamad Nazri Yot (kuat gak selongkar ni.. hahahhahahah), Mie Bahau (hahahhahaha ni pun banyak gak sekodeng)  Dayang Ku Amira Anis  , Pisang Salai, Onelyone Omey, Rähmäd ThëCröwramai sungguh yang terjah tadi.. smpai x sempat nak balas komen.. sory2 la kalau ada yang ekin tak balas komen bkn x nak bls kebetulan line broadband x ok tadi... mcm2 telah di selongkar oleh the geng GRFM.. Yang ekin xleh lupa bab rahsia di sebalik kentut..hhhahhahahah... siapa yang  dapat sekodeng pasal ni ok2 dah jumpa siapakah orgnya ni dia Yob Pekabo. 


GENERASI REVOLUSI FM MEMANG TERBAIKKKKKKKKKKK.. jom2 kita dengar radio GRFM WEBSITE  & Fan Pages GRFM best sangat2 taw.... saya happy di sana.. dj sportinggggggggg semua2nya. 













Saturday, July 23, 2011

Wanita Ibarat Permata

Wanita Ibarat Permata |



"Benarlah wanita itu ibarat permata, Kerana kecantikannya, dia dipadang oleh semua manusia. Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan, Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita. Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar. 

Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah. Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia. Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu,tiada apa yang mulia.  Mengapa tak perlu gusar? Itu semua uijan Allah untuk menguji keimananmu kepadanya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdiknya. 

Sebenarnya kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki. Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamannya, yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma
kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.

Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.

Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.

Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,keturunannya,kekayaannya dan agamanya. Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu,”

Wednesday, July 20, 2011

Benarkah Cinta Itu Menyakitkan

Benarkah Cinta Itu Menyakitkan

IJJ

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. 

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Monday, July 18, 2011

Dian Satro Dapat Anak Lelaki

Dian Satro Dapat Anak Lelaki | Assalamualaikum.... Hari ini Ekin nak berkongsi berita gembira buat peminat pelakon Indonesia iaitu Dian Satro.



Ekin nak kongsi suatu khabar gembira buat peminat Dian Satro pelakon ( Ada Apa Dengan Cinta) yang telah selamat melahirkan seorang baby lelaki yang comel pada 17 Julai 2011 pada  pukul 3.14 ptg di Rumah Sakit Bersalin YPK, Menteng, Jakarta Pusat. Anak pertama Dian Sastro tersebut diberi nama Syailendra Sutowo. Dian Sastro merupakan isteri pengusaha Indraguna Sutowo.

Saturday, July 16, 2011

Selamat Pengantin Baru FARAH AF2 & JOHAN

Selamat Pengantin Baru FARAH AF2 & JOHAN | Assalamualaikum... Terlebih dahulu ekin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Farah Brip-Brip dan pasangannya iaitu Johan. Semoga kekal ke akhir hayat.


Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) sudah sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, Jumaat.


Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.


Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak.


Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.


Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah. 




“Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal..

“Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini,” kata Farah yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry.

Sebelum ini Farah banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.
Kata Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

“Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

“Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah,” cerita Farah.

Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

“Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.

“Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

“Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya,” ujar pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.

Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.

“Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.

“Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur,” ujar Johan.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini.

Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

Friday, July 15, 2011

Wanita Ibarat Ikan

Wanita Ibarat Ikan | Assalamualaikum... Jika wanita diumpamakan sebagai ikan, kategori ikan apakah yang menjadi kesukaan korang, Jom lihat dibawah ini pengkongsian ekin mengenai ikan. 


Wanita Ibarat Ikan




Ikan Salmon kita tengok keadaan bentuknua ok, dagingnya yang berwarna pink muda dan enak dimakan, tetapi harganya agak mahal, soalnya masih import, sesuai sangat ada nilai yang kualiti. 





IKAN ARWANA -Kalau  yang ini senangnya bawa balik di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tubuhnya indah, langkahnya lemah gemulai dan memancing mata nakal melihatnya di manapun dia bergaya……So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. …
INI PERAGAWATI, CELEBRITY PAPAN ATAS……..



IKAN Emas - Nah, ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak – lenggoknya.

ikan ni hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan…..
INI BINI ORANG…….




Ikan Bandaraya -ikan Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.

Kalau sudah menempel, susah sangat nak lepasnya….INI WANITA SMU, ANAK KULIAHAN……





Ikan Keli - Kalau yang ini harganya murah, boleh dimakan bila-bila saja. Banyak dijual di pinggir jalan, ada patilnya dan harus hati-hati .INI WANITA PANGGILAN…. ….




Ikan Bilis - Bentuk dan rasanya begitu- begituuu… saja.Selalu enak dimakan kalau lagi tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lainnya….INI BINI SENDIRI….







kredit to dalmuji



Saturday, July 9, 2011

Sambutan Piala LIga Super 2011 Di SSM 4

Sambutan Piala LIga Super 2011 Di SSM 4 | Assalamualaikum... Hai, kali pertama ekin dapat jejak kaki ke stadium untuk menyambut perarakan piala di stadium. Macam-macam rasa ada perasaan tadi. 




Ada rasa perasaan takut dalam satu masa ada rasa perasaan happy dapat peluang pergi stadium ni. Kalau ikut ekin bab keluar macam ni memang tak la. Sebab minat tu gigihkan diri pergi juga tambah aboh pun semangat nak tengok perarakan tu. 

Pada malam tu ramai orang dekat stadium , ekin pulak tak biasa dengan suasana macam itu , pening kepala hahaha.

Friday, July 8, 2011

Perarakan Sambutan Piala Liga Super Di SSM4

Perarakan Sambutan Piala Liga Super Di SSM4 | Assalamualaikum... Jangan lupa malam ini bertempat di Stadium Sultan Mohammed ke IV, akan ada sambutan menyambut kepulangan Juara Liga Super Malaysia 2011. Turut bersama dengan penaja happy prepaid. Acara ini akan bermula jam 8.30 malam ! Happy... Anda Jawab Kami Bayar!.




Jom memeriahkan stadium mari berkumpul-kumpul sep kita malam ni. Kita berlarak ramai-ramai bermula dari Airport hingga Ke Stadium SSM4.
 

  • Lapangan terbang Sultan Ismail Petra(10 male ni)
  • Jalan Pengkalan Chepa(hingga ke persimpangan Hotel New Pacific)
  • Jalan Dusun Muda(hingga ke persimpangan Wisma Persekutuan)
  • Jalan Bayam(hingga ke dataran SSM4)
  • Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
    

sekian terima kasih.



Sunday, July 3, 2011

Rahsia Wanita Tanah, Air, Api, Dan Angin

Rahsia Wanita Tanah, Air, Api, Dan Angin | Assalamualaikum.. Hai, Malam ni nak tulis pasal unsur tenteng wanita... wanita- wanita jom la baca entri ni ya cik ash kongsi bersama-sama.

rahsia wanita
Sebenarnya kita sebagai wanita ada rahsia dalam bentuk tanah, air ,api dan angin , di bawah ini cik ash akan huraikan unsur sesorang wanita yang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga,ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat,kelapan, kedua-belas 

Wanita Berunsur Tanah
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar, wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifar seperti berikut :-

- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
-Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita Berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci,sejuk,nyaman serta menghilangkan dahaga, Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan, Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :- 

- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
-Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. 
-Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah.  


     SAYA UNSUR ANGIN AKAK-AKAK,ADK-ADK, PULAK UNSUR MANA SILA KOMEN KAT BAWAH TAW..hehehehhehehe.. 



Saturday, July 2, 2011

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN DAN PERNIKAHAN TOMOK DAN AYU

Gambar Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu | Assalamualaikum... Tahniah diucapkan buat Tomok dengan sekali sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.



Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.


Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.

ihsan en google


ihsan en google

Pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai). 

[Gambar] Perkahwinan Tomok & Ayu

[Gambar] Perkahwinan Tomok & Ayu | Assalamualaikum... Pada 1 Julai 2011, Tomok atau nama penuhnya Shah Indrawan Bin Ismail akan menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya Siti Rahayu Binti Haji Abas. Majlis mereka akan diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur. Wah mesti ramai yang akan ke sana kan nak tengok artis kegemaran mereka berkahwin.

Ekin ingin ucapkan tahniah kepada Tomok dan Ayu, semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal ke Jannah dan dikurniakan anak-anak yang comel. Ekin nak kongsi sikit gambar yang  ada sebagai kenangan dan perkongsian bersama ekin dan peminat tomok.

Gambar-gambar ini hanyalah disekitar Majlis Khatam Al-Quran Ayu, Gambar Majlis nikah mereka nanti ekin kongsi semula ya. 


gambar pernikahan tomok-ayu