Thursday, June 30, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab



Selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat yang di kasihi. Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat (sangat pantas) Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama. 

Menurut beberapa riwayat peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda, ia berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. 

Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra ayat yang pertama maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimana untuk memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia suatu yang di luar kemampuan manusia. Bayangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam. 

Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jalal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. 

Mereka yang lemah imannya mendustakan Rasulullah s.a.w. manakala mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. 

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut sememangnya wajib dicontohi kerana ia memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam. 

Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. LEBIH-LEBIH LAGI BAGI UMAT ISLAM YANG NAIF TENTANG TENTANG KEFAHAMAN DAN ILMU ISLAMNYA. 

Contohilah Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 
  1. Sedekah/amal jariahnya, 
  2. Doa anak-anaknya yang soleh dan
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wednesday, June 29, 2011

Dialog Perbualan Cik Ash & Fathnin Lyana

Dialog Perbualan Cik Ash & Fathnin Lyana | Assalamualaikum.. Hai apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Entri ni Cik Ash simpan dalam entri nak ingat pertama kali berbual dengan anak saudara yang sulung. hihihi


Jom2 baca perbualan dialog (phone ) Cik Ash dengan anak saudara yang sangat cerdik,pandai berkata-kata.. siapa lagi fathnin lyana la.. hehhehehe.. memang perbualan ni  tak leh lupa...masa ni kakak fathnin umur 3 tahun cakap pelat lagi tapi Cik Ash tulis bahasa nak suruh faham.. sekarang kak fathnin dah tingkatan 1.




CIK ASH 




VS 



FATHNIN


Cik Ash : Hello Fathnin


Fathnin : Hello Cik Ash 


Cik Ash : Fathnin buat apa tu 


Fathnin : tak buat apa


Cik Ash : Fathnin dah makan ke


Fathnin : Dah makan.. mama cuap.. Cik Ash...Cik Ash.. jom2 pergi main sungsun..


Cik Ash : aduhhh fathnin apa tu sungsun. Cik Ash tak faham la sayang. 


Mama Fathnin: sungsun tu gelengsor la.. 


Cik Ash : owh... hahahhahaha.. gelengsor..ok2 nanti Cik Ash pergi perak. Cik Ash bawa fathnin jalan-jalan key.. 


Fathnin : Ok... Cik Ash.. Cik Ash... nak duit nak pergi beli  kfc nak  makan ayam.


Cik Ash: hahahhahahaha.. Terkesima Cik Ash dengar fathnin mintak duit taw. cerdik la fathnin ni.. dah pandai mintak duit ya. Ok2 nanti fathnin balik raya Cik Ash belanja kfc taw.. huhuhu.. (ingat ke janji ni tunggu dan lihat la balik raya nanti)


Fathnin : erm..lepas pada tu fathnin bercakap dengan bahasa yang Cik Ash tak faham apa.. macam-macam bahasa dia guna..( ada  Cik Ash dengar macam korea,cina,jepun,inggeris dan apa2 aja2 bahasa yg terkeluar di mulut dia). 


Cik Ash: aduhhhhhh Fathnin cakap apa ni Cik Ash tak fhm la sayang.. hahhahahahha.. Cik Ash cuma ya n tidak jer.. lps tu dia suka aku pun suka gak.. 


Sekian dari saya.. insyaAllah akan datang ada lagi perbualan ni... hhhahahahah




Saturday, June 25, 2011

Mencintai Setulus Hati

Mencintai Setulus Hati | Kisahnya bermula seorang lelaki separuh umur itu duduk di atas katil menemani isterinya sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mencintai isteri sepenuh hati sudah menjadi satu komitmen, apabila dia dibelenggu ketakutan terhadap nyawa sendiri yang telah lama menghantuinya. Dia cuba mempersiapkan diri dan sentiasa berusaha melayan isterinya dengan baik kerana isterinya sedang sakit. Sabar kerana kasih sayang yang tidak terkira diberikan kepada












Mencintai Setulus Hati | Kisahnya bermula tentang Lelaki separuh umur itu duduk di atas katil menemani isterinya sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mencintai isteri sepenuh hati sudah menjadi satu komitmen, apabila dia dibelenggu ketakutan terhadap nyawa sendiri yang telah lama menghantuinya. Dia cuba mempersiapkan diri dan sentiasa berusaha melayan isterinya dengan baik kerana isterinya sedang sakit. Sabar kerana kasih sayang yang tidak terkira diberikan kepada isteri kerana dia dan anak-anaknya benar-benar merasakan kasih sayang isteri dan ibunya yang tidak sedikit pun melukakan hati mereka. Walaupun dia menderita kesakitan, kata-kata dan sikapnya begitu lembut dan dia tidak pernah marah.







Lelaki itu mencintai setulus hati kepada isterinya setelah menjadi komitmen, ketika dirinya didera dengan ketakutan hidup sendiri yang telah menghantui dirinya sejak lama. Ia berusaha untuk mempersiapkan dirinya dan selalu berusaha untuk melayani isterinya dengan baik kerana menderita sakit. Kesabarannya kerana kasih sayang yang tidak terkira yang diberikan kepada isterinya kerana dia dan anak-anaknya benar-benar merasakan kasih sayang isteri dan ibunya yang tidak sedikit pun menyakiti mereka. Walaupun dia menderita kesakitan, kata-kata dan sikapnya begitu lembut dan dia tidak pernah marah. Sehingga itu apa yang dikhuatiri berlaku, serangan penyakit yang tidak dapat dibantu oleh doktor dan hospital dengan peralatan moden, meragut nyawa isterinya. Dia berasa terkejut dan hancur dengan pemergian isterinya. Dia jatuh pengsan beberapa kali, menjadi lemah dan tidak berdaya selepas dia pergi. Sebagai seorang suami, dia berasa seperti kehilangan benda yang paling berharga dalam hidupnya dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.



Dia memandang anak-anaknya yang sedang membesar dengan sedih dan menangisi pemergian ibu mereka yang sangat menyayangi mereka, tetapi mereka lebih hancur dengan keadaan dia tidak lagi mengambil berat tentang mereka, tidak lagi menjaga apa-apa termasuk. menjaga dirinya. Setiap hari dia semakin banyak duduk dan setiap kali dia melihat foto di dinding, air matanya mengalir dengan bebas. Dia masih menyiram buku, objek kegemaran, tumbuhan di halaman rumah. Selain itu, haiwan kesayangannya itu seolah-olah mengingatkannya tentang gosokan tangan yang lembut.Dia tidak mahu mengalihkan semua objek atau apa-apa yang berkaitan dengan isterinya. Perasaan kehilangan itu menyebabkan dia tidak lapar dan dahaga, membuatkan badannya lemah dan tidak bersemangat untuk bekerja. Dalam kesendirian dia tertanya-tanya, 'Jika Allah begitu baik, mengapa membiarkan kita kehilangan orang yang kita sayang? Mengapa kebahagiaan keluarga kami begitu singkat?











Ia menatap anak-anaknya yang tumbuh besar begitu sedih dan menangisi kepergian ibu yang begitu menyayangi mereka namun mereka lebih terpukul melihat keadaan dirinya yang tidak lagi memperdulikan mereka, tidakk lagi mengurus apapun termasuk mengurus dirinya sendiri. Tiap hari ia lebih banyak duduk dan setiap kali memandangi poto-poto yang menempel didinding, air matanya mengalir deras. Buku-buku, benda kesayangan, tanaman dihalaman tetap disiraminya. Juga binatang peliharaan kesayangannya seolah mengingatkan lagi usapan tangan yang lembut, Ia tidak mau memindahkan semua benda atau apapun yang berkaitan dengan istrinya. Perasaan kehilangan telah membuatnya tidak lapar dan haus membuat tubuhnya menjadi lemah dan tak bergairah untuk bekerja. Dalam kesendirian dirinya bertanya-tanya, 'Bila Allah Maha Baik mengapa membiarkan kami kehilangan orang yang kami cintai? Mengapa kebahagiaan keluarga kami begitu singkat?


Ketika keadaan sudah sedemikian parah dan ia ditengah keterpurukannya, sampai kesempatan mengenal orang yang mengalami hal yang sama di Rumah Amalia, kehilangan orang yang dicintainya, menanggung beban yang berat. Akhirnya ia menemukan dirinya sendiri dan bisa mengatasi rasa perih akibat orang yang dicintainya. Ia menyadari bahwa Allah telah menganugerahkan cinta dan kasih sayang pada istrinya, rasa cinta itulah yang menguatkan dirinya agar tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang ayah bagi anak-anaknya dan bagi sesama dengan aktifitas sosialnya. Kenangan indah akan orang yang dicintainya tetap disimpannya dan sebagai penyembuh bagi dirinya. Rasa perih, kesepian dan kesendirian perlahan-lahan telah mencair, ia memperoleh makna hidup yang membuatnya semakin bijak dan lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.





Friday, June 17, 2011

Wanita Ibarat Rama-Rama

Wanita Ibarat Rama-Rama | Assalamualaikum... Hai, Hari ni nak sharing mengenai Wanita dengan rama-rama memang ada cerita yang indah kan.
                                     
rama-rama

Apabila melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kene jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.


Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya. Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari kita apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi.


Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia tidak akan dipedulikan lagi apabila corak dan warnanya mulai pudar. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, dan harga wanita terletak pada maruah dan harga dirinya.


Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan kehidupnya. Ia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang telah mengikatnya itu. Tiada sesiapa yang mempedulikanya sepanjang ia berada di dalam kepompong, dan ia lebih dibenci tatkala ia menjadi ulat. Ia terpaksa menempuh pelbagai kesulitan hidup untuk bergelar rama-rama. Terpaksa melalui pelbagai kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan, akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang indah. Rama-rama adalah contoh terbaik untuk wanita sedar betapa bernilainya kehidupan ini.


Sewaktu dipuja, usahlah terlalu mabuk sebaliknya kenanglah kehidupan ketika susah dahulu. Sewaktu kita digoda, dihambat dan dirayu, usahlah terlalu mudah menyerah. Ingatlah mereka yang telah bersusah payah untuk memastikan kita dapat bangkit sebagai seorang manusia yang sempurna pada hari ini. Kemunculan kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang diabadikan di dalam bingkai gambar. Indah dipandang tetapi hidupnya sia-sia. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Memelihara kehormatan diri adalah hak seorang wanita. Wanita akan terus berada di tempat paling mulia sekiranya kehormatan dan maruahnya terus dipelihara. Wanita akan kehilangan seluruh masa depannya sekiranya tidak mempedulikan kehormatan dirinya.


Jika rama-rama mengetahui akan kecantikan dirinya yang sentiasa memukau penglihatan manusia, ia tentu tidak akan sewenang-sewenangnya terbang ke sana sini. Rama-rama sentiasa terdedah pada bahaya setiap kali ia mengibarkan sayapnya. Namun, rama-rama tidak pernah mengetahui keindahan yang ada pada dirinya sentiasa menjadi sasaran manusia. Wanita yang tidak mengetahui bahawa keindahan dirinya sentiasa menjadi sasaran lelaki perosak adalah ibarat rama-rama yang tidak menyedari akan bahaya yang sentiasa menanti.


Tingkatkan harga diri kita sebagai seorang wanita. Semakin sukar wanita dimiliki semakin mahal nilai wanita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki wanita tetapi tidak mahu setia, apalagi memelihara dan melindungi wanita.



Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita sebagai seorang wanita. Setelah warna-warna itu hilang, kita akan dibiarkan dan disisihkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri.Kita akan lebih dihormati.


Nilai seorang wanita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi terletak pada berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Jika kita masih tidak menemuinya, anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.






Saturday, June 11, 2011

Novel Ombak Rindu Akan Di FilemKan

Novel Ombak Rindu Akan Di FilemKan



Assalamualaikum..... 

 Masa ni baru ada ideal nak tulis apa kat blog ni.. ekin baru teringat pasal satu novel yang memang popular la sangat ni..  Dulu2 masa sekolah, novel asyik pinjam di pustaka jer.. so sekarang saya dah berkerja leh membeli novel dan kumpul koleksi novel-novel yang best di baca jalan citenya. Sampai melambak2 koleksi kat umah. 

dah banyak novel yang telah di dramakan n di filemkan ya... kalau yang saya ingat yang di dramakan dan difilemkan seperti Lagenda Budak Setan yang berjaya mencecah box office.  sekarang tengah femes cite NORA ELENA TV3 kesinambungan novel Kasih Yang Suci pulak.. Cite Nora Elena memang mendapat sambutan yang sunggu luar jangkaa. di facebook siap ada fan pages bermacam-macam ragam.. 


So, kita baru ja tahu yang NOVEL OMBAK RINDU akan di filemkan. Novel ni adalah novel yang paling kita suka. Baca pun sampai berkali-kali. Padahal dah tahu pun jalan citer nyer.X bosan tau,tetap touching2 hokey. Sini sikit sinopsis OMBAK RINDU.


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Hope bila di Filem kan, citer nyer akan best macam novel.


Senarai pelakon :

Izzah : Maya Karin


Hariz : Aaron Aziz


Mila : Lisa Surihani

Sufiah : Umie Aida

Filem Ombak Rindu

Boleh ke Maya Karin bawak watak Izzah eh. Sesama lah kita saksikan nanti bila muncul di pawagam. Sini sedikit picca dari Filem OMBAK RINDU

Maya ( Izzah) & Aaron ( Hariz)








Pernikahan Hariz dan Izzah



Bila dah kuar nanti, kita g tengok ramai2 yer. macam ner plk cite kesinabungan ombak rindu.. adakah watak hariz akan popular macam seth tan dalam nora elena....

Ok, babai.




Wednesday, June 8, 2011

Sebelum Imam Syafie Pulang Ke Rahmatullah Beliau Sempat Beri Wasiat

imam



Aku nak share wasiat dari imam syafie ni... aku pun dapat tentang ni dari kawan aku  dari Abe dee  ... dia yang share pasal ni kat aku... aku pun share benda molek so kita kongsi bersama-sama baca tentang ni....


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan....

Tuesday, June 7, 2011

Nukilan Buat Awak

Nukilan Buat Awak | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Apabila sunyi tak ada apa-apa nak buat datang la jiwang Cik Ash ni terhasil la nukilan ni buat si dia.



Awak!! kenapa buat saya begini
Saya berasa bersalah sangat-sangat 
Saya tak sengaja bukan tak nak SMS 
Tapi sebab kredit tak ada masa tu 
Awak!! janganlah disebabkan hal kredit 
Kita tak bertegur sapa

Awak!! saya tak nak menangggung rindu taw
Sayaa terlalu merindui suara awak
Setiap malam kita berbual 
Tertiba awak menghilangkan diri dari saya

Awak!! janganlah buat saya begini
Saya taw awak macam saya 
Tetapi awak ego
macam saya juga ego gak 

8 bulan saya kenal awak saya taw awak macam ner
Awak terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
Memberi saya erti kasih sayang
Cinta awaj la yang tulus ikhlas yang saya jumpa
Tapi disebabkan ada halangan
Saya berharap agar hubungan kita 
kekal sehingga akhir hayat

Nukilan ini ditulis masa tu baru kenal encik suami, alhamdulilah sekarang 4 tahun dah ikatan perkahwinan kami semoga perkahwinan berkekalan ke akhir jannah dikurniakan rezeki anak yang comel-comel. aamiin. ..

Monday, June 6, 2011

Nukilan Waktu Pagi

Nukilan Waktu Pagi | Assalamualaikum... Dipagi yang indah ini idea menulis sebuah nukilan daripada hati ekin buat si dia. 



Lagi ini kali pertama menulis ayat-ayat indah begini, tak taw la macam ner ayat-ayat ni... ekin pun nak share dengan korang... rajin2 la komen bagi pendapat nanti.. huhuhuhuhuhu

Di Kala Hatiku Kesepian
Menanti seorang lelaki
Engkau datang mencuit pintu
Hatiku.....

Pintu hatiku tertutup untuk lelaki
Tetapi engkau hadir sebagai sahabat
Lama Kelamaan aku merinduimu
Seharian tak dapat sms dan call
Adakah aku telah jatuh cinta

Oh Cinta!!!
Kenapa engkau datang
Adakah cintaku kali ini
Cintaku yang terakhir

Ya allah kenapa aku mudah jatuh cinta
Ketemuilah aku dengan cinta diredhai Allah
Semoga Aku dan Dia
Menemui kebahgiaan dunia dan akhirat..

Sunday, June 5, 2011

Ragam Meowwwwwwwwww Meowwwwwwwwwwwwwwwww

Ragam Meowwwwwwwwww Meowwwwwwwwwwwwwwwww


7 adik beradik.hehehhehe.. 1 ganjil....

Arnab Vs Kucing

Jangan Bergerak...hahahhahahha

orennnnnnnnnnn comellllllllllll

alolo comelnya...hik3

pertandingan silat meowwwwwwwwwwww....hahahhahaahha

 photo signature_4.gif

Novel Ramlee Awang Murshid Seluruh Familyku Minat Novel Dia

Novel Ramlee Awang Murshid Seluruh Familyku Minat Novel Dia | Assalamualaikum...  Hai korang semua Cik Ash ada nak share novel-novel Ramlee Awang Murshid yang begitu melekat di hati semua family Cik Ash.... termasuk abg Cik Ash yang sulung (Abe Mie) , kakak no3 (Kak Poh) , adik Cik Ash no 5 (Syed Afiq) dan adik bongsu Cik Ash (Athirah).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhRuJKkzMyrHEBewct60qizcutwvmbh8u_3E13mm0zgoMLLqx3RMatwK4gjnR8zh_TYTSB08MuIXGtVzkwDT5VBbU8Md1tF3Fm3AxYZGEMJUvjOYhbWa17zvD6u49IQ5eOs-PlS1mvS2U/s1600/images+%25282%2529.jpg


Novel yang buat dia orang tertarik dengan novel Ramlee Awang Murshid adalah Novel Bagaikan Puteri. Cinta Sang Ratu , Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi , Sutera Bidadari , Sunan Musafir dan yang terbaru sekali Sunan Nanggroe Sang Kembara (hadiah dari en suami) , Sunan Cinta Sakti (Terbaru suami bagi)..setiap kali keluar sambungan novel ni Cik Ash akan beli novel dan akan bagi taw kat  abang, akak n adik-adik ku.... abang Cik Ash yang sulung mesti g cari selalu di kedai buku.. kak n adik-adik Cik Ash dia orang pinjam novel..Cik Ash bagi jer dia orang pinjam... dengan adik beradik tak nak kedekut la...


Dekat bawah ni Cik Ash akan tunjuk novel2 yang menarik minat jalan cite novel LAKSAMANA SUNAN 


Bagaikan Puteri


Cinta Sang Ratu


Hijab Sang Pencinta


Cinta Sufi 



Sutera Bidadari


Sunan Musafir

Sunan Nanggroe Sang Kembara







Rahsia bantal

Rahsia Bantal | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat.

Ni merupakan entri lama masa ekin pulibsh tahun 2011.. di update semula untuk share dekat kat orang...  Di pagi yang indah ni Cik Ash nak share pasal rahsia bantal...hehhehehhehe..... so korang baca la yang mana ada ciri-ciri kamu tidur ya...... 


kredit gambar google


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pergi kedai belilah satu!! Apa susah.. Hahahaha
someone else does!