Monday, May 2, 2011

Mengapa Penjara di Dunia Dipenuhi Lelaki Manakala Penjara di Akhirat Dipenuhi Wanita

Mengapa Penjara di Dunia Dipenuhi Lelaki Manakala Penjara di Akhirat Dipenuhi Wanita




Di mana-mana negara di dunia hari ini penjawa-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah aneh kerana kebanyakkannya yang merompak,membunuh,menculik, merampas adalah di kalangan lelaki.


Ertinya mengikut penilaian dunia, kaum lelaki banyak yang jahat berbanding kaum wanita.


Tetapi pada waktu yang sama,kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW` memberitahu bahawa penghuni neraka, 2/3 adalah terdiri daripada kaum wanita.Mengapa terjadi demikian?

Kerajaan manusia dan kerajaan Tuhan tidak sama.Oleh kerana itu ukuran Tuhan dan ukuran manusia juga adalah tidak sama.Ada perkara di dalam kerajaan Tuhan salah tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah.
Begitulah sebaliknya.

Contohnya dalam kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fisik.Banyak bentuk kes adalah yang tidak memerlukan kekuatan fisik.Sebab itulah ia mudah dilakukan wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, menampakkan aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain.

Ini tidak berat dari sudut fisik. Sebab itu kaum wanita banyak melakukannya.
Pada kerajaan manusia itu bukanlah satu kesalahan.

Manakala kesalahan-kesalahan dunia banyak yang berat-berat, tidak sanggup dan tidak mampu dibuat oleh kaum wanita seperti membunuh, rompak, culik dan lain-lain.

Di sini lah sebabnya mengapa banyak penghuni neraka terdiri dari wanita, kesalahan yang nampak kecil pada manusia tetapi besar di sisi Tuhan. Kesalahan itu akan menjadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak rasa berdosa lalu tidak bertaubat ke atas dosa-dosa tersebut malah terus mengulanginya..

Kaum wanita sepatutnya cemas dengan peringatan daripada Rasulullah SAW tersebut kerana begitu mudah untuk tergelincir ke Neraka jika tidak berhati-hati.

Biarlah kita susah dan sakit di dunia dalam mentaat perintah Tuhan dan menjauhi larangannya bagi mengelak sakit yang berpanjangan di sana.