Tuesday, May 31, 2011

Cinta Dan Kawan



Di suatu hari yang indah,  CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga. 


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa ?   
kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga… Kenapa ??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang… Kenapa ??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa ??
Kerana…
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI….
Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.



Saturday, May 28, 2011

Untuk Wanita Jangan Minum Air Botol Dalam Kereta

Untuk Wanita Jangan Minum Air Botol Dalam Kereta | Assalamualaikum...Hai korang semua hari ini Cik Ash ada nak kongsi pasal minuman air botol yang dalam kereta tu sangat berbahaya untuk wanita. Pengkongsian ini sebagai renungan buat ekin sendiri dan untuk kawan-kawan wanita yang baca blog Cik Ash ni. 

Untuk Wanita Jangan Minum Air Botol Dalam Kereta

Air Dalam Botol Plastik Dekat Dalam Kereta Jangan Minum!!!

Hai untuk wanita diluar sana, peringatan kita bersama air dalam botol plastik yang kita tinggalkan di dalam kereta korang, sangatlah berbahaya!!!

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudarra. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah di identifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia. 

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata dekat wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta.

Doktor itu berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita yang korang kenali untuk berkongsi artikel ni. 

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita haruslah berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua isteri atau anak perempuan mengetahui ini semua


Rindu Sama Meowwwwwwwww Oren

Rindu Sama Meowwwwwwwww Oren | Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan Ekin yang dikasihi... Ekin nak tulis pasal seekor kucing ni.. hihihihihihi...

oren wat pe tu

Pada hari khamis aboh Ekin ada bawa balik seekor anak kucing berwarna OREN... Comelnya dia taw... Ekin memang suka kucing warna oren ni... last-last dapat tengok... suka tak terkata Ekin taw..

Lagi satu Ekin suka tentang kucing ni kita takyah diajar nak buang n kencing taw.. dia masuk sendiri dalam bilik mandi.. orang yang jadi mangsa kena basuh semestinya Ekin la sokmo.. orang lain lambat lagi nak basuh... sudah lama tak menjaga kucing ni... sampai nak termuntah masa nak cuci najis dia..

Ada lagi perkara lucu tentang kucing OREN ini, dia suka menikus, ikut la nampak sesuatu benda bergerak mesti di terkamnya.. tapi kan keesokkannya aboh bawa balik ke  rumahnya dia satu lagi.. sebab Ekin tak mau jaga dah kucing tu... rindu sama kucing OREN... dekat bawah ni ada sikit-sikit gambar yang sempat Ekin snap.. hihihihihi...

oren tgk saya masa ni...hehehhehhe




sepak bola oren 


photo signature_4.gif

Monday, May 23, 2011

Tutorial Teks Bergerak Pada Menu Bar

Tutorial Teks Bergerak Pada Menu Bar




Post kali ~kin~ ingin kongsi cara mcm mana nak buat Teks Bergerak Pada Menu Bar... sbb ada saudari  IYLA yng menanyakan pasal ni... ~kin~ pun mula xtaw jgk nak mcm tu .... kin  belajar dari blog  ni http://www.belajarblogs.com/2010/12/teks-bergerak-pada-menu-bar.html
di bawah ni ~kin~ akan tunjukan caranya ya...




Langkah 1
copy code lps tu ikut langkah 2
<script language='JavaScript'>var txt=" Perkataan anda di sini. ";var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();</script>


Info :-
Anda boleh gantikan kode dibawah ini mengikut kesesuaian anda.
var txt=" Tuliskan teks anda di sini. ";
var kelajuan=250



Langkah 2

Cara Pemasangan.
1.Login ke Blogger,Klik Design :



2.Pada Page Elemen, Klik Add Gadget di lokasi yang Anda ingin letak :





3.Pilih HTML/Javascript ;




4.Copy paste code HTML diatas ke dalam Content yang telah tersedia ;


Semoga Berjaya :)


sumber dari belajarblogs



 photo signature_4.gif

Monday, May 2, 2011

Mengapa Penjara di Dunia Dipenuhi Lelaki Manakala Penjara di Akhirat Dipenuhi Wanita

Mengapa Penjara di Dunia Dipenuhi Lelaki Manakala Penjara di Akhirat Dipenuhi Wanita




Di mana-mana negara di dunia hari ini penjawa-penjaranya dipenuhi kaum lelaki. Ini tidaklah aneh kerana kebanyakkannya yang merompak,membunuh,menculik, merampas adalah di kalangan lelaki.


Ertinya mengikut penilaian dunia, kaum lelaki banyak yang jahat berbanding kaum wanita.


Tetapi pada waktu yang sama,kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan iaitu Rasulullah SAW` memberitahu bahawa penghuni neraka, 2/3 adalah terdiri daripada kaum wanita.Mengapa terjadi demikian?

Kerajaan manusia dan kerajaan Tuhan tidak sama.Oleh kerana itu ukuran Tuhan dan ukuran manusia juga adalah tidak sama.Ada perkara di dalam kerajaan Tuhan salah tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah.
Begitulah sebaliknya.

Contohnya dalam kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fisik.Banyak bentuk kes adalah yang tidak memerlukan kekuatan fisik.Sebab itulah ia mudah dilakukan wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, menampakkan aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain.

Ini tidak berat dari sudut fisik. Sebab itu kaum wanita banyak melakukannya.
Pada kerajaan manusia itu bukanlah satu kesalahan.

Manakala kesalahan-kesalahan dunia banyak yang berat-berat, tidak sanggup dan tidak mampu dibuat oleh kaum wanita seperti membunuh, rompak, culik dan lain-lain.

Di sini lah sebabnya mengapa banyak penghuni neraka terdiri dari wanita, kesalahan yang nampak kecil pada manusia tetapi besar di sisi Tuhan. Kesalahan itu akan menjadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak rasa berdosa lalu tidak bertaubat ke atas dosa-dosa tersebut malah terus mengulanginya..

Kaum wanita sepatutnya cemas dengan peringatan daripada Rasulullah SAW tersebut kerana begitu mudah untuk tergelincir ke Neraka jika tidak berhati-hati.

Biarlah kita susah dan sakit di dunia dalam mentaat perintah Tuhan dan menjauhi larangannya bagi mengelak sakit yang berpanjangan di sana.