Sunday, April 17, 2011

HoLIDay Di JoHoR BaHrU

HoLIDay Di JoHoR BaHrU | Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan Ekin semua, Ekin nak tulis coretan pasal perjalanan Ekin ke Johor Bharu selama 6 hari tak dapat  Ekin lupakan. 


Banyak kenangan masa tu taw.. firsr sekali Ekin nak bagitaw cerita pasal malam 12hbln tu .. malam tu  pada pukul 8.40mlm Ekin,aboh dan ma naik KTM dari wakaf bharu ke JB sentral... perjalanan kami ke sana mengambil masa selama 14 jam berada di dalam KTM. Yang paling syok masa dalam KTM ekin dapat tempat yang boleh tidur tu... aboh ambik tempat tidur VVIP.. ada la ekin snap pic kenangan ekin di atas keretapi tu, tapi muka ekin masa tu sangat comot hihihihi.. 

Alhamdulilah.... Ekin selamat sampai di JB Sentral......fuyooooooooooo....cantik tempat KTM JB ni.....sekali imbas mcm singapore pulak...tapi sayang Ekin tak berkesempatan nak ambik pic pulak....dua2 tangan tengah bawa beg....jadi  bibik beg pulak....hahaha....lepas tu pemandu Dato pun datang ambik kami bertiga ke hotel Jadly... selesa duk kat hotel tu.....asyik makan dan tidur jer keja Ekin masa duk dalam hotel tu....hahahahhahaha....ada la sikit2 pic2 kenangan Ekin kat hotel tu......



Aktiviti Ekin dihotel bila waktu boring datang Ekin candip la pic hihihihihi, boring taw duk asyik tengok tv dan tidur jer keje ekin masa kat hotel, apa lagi yang melagam la aku depan kamera handphone yang murah jer.. picture dia sangat puas hati la jugak.. 

Eh lupa pulak ada jugak pic sekitar perkahwinan Cik Safura HQ sempat la jugak Ekin ambik dia nikah n bersanding.....malam tu Ekin ada pergi jalan-jalan dekat plaza angsana....pic tak  banyak yg ekin ambik.....malu la nak bergambar sebab pergi dengan orang  lain Ekin segan hahaha..


Last-last Ekin nak tulis....ni pasal flight yang Ekin  naik......1st time naik flight takutnyaaaaaaaaa.. Ekin banyak berzikir dan berdoa semoga dipermudahkan dan selamat sampai ke kelantan....masa mula-mula flight berlepas...hanya allah yang tahu macam ner perassan Ekin masa tu ,telinga jadi berdengung dan macam-macam lagi la... ni ada sikit pic kenangan Ekin naik flight ... mesti korang akan kata Ekin ni darat kan.. 


Ok la itu jer pengalaman Ekin berada Di Johor Baharu selama 6 hari untuk menghadiri majlis perkahwinan Anak Syarikat yang Ekin kerja.

Saturday, April 2, 2011

APA ADA PADA APRIL FOOL???


Setiap kali menjelang 1hb.April, sesetengah orang kita taksub dengan budaya pandang Barat. Semua menuju ke arah Barat. Dari politiknya, dari pendidikannya, dari ekonominya, dari budaya-sosialnya dan sebagainya... Sedangkan bukan semua, BUKAN 100d% apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut... Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak! 
Setiap kali hadirnya tanggal 1hb.APRIL... maka apa yang terfikir di benark fikiran... ligat berputar memikirkan rancangan "PENGANIAYAAN"... Tak kira masa tuk memikir "AGENDA" yang rasanya pasti "menjadi". Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i'm sorry to use this words) atau "practical joke" yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan. 


   Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan "APRIL FOOL"... Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...


  Berbalik kepada pertanyaan April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. 


  Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristiankemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.





  Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan 'aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan... Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah 'Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum :) dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka...




Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan "agenda" barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)... Antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDOINISME... Budaya cintakan hiburan. Bukan itu sahaja, SEKULARISME, NASIONALISME hingga lahirnya pelbagai ISME... yg mana impaknya ialah KESATUAN UMAT ISLAM TERCALAR... budaya rasuah menjadi perkara biasa, mengahwini wanita yang sedang hamil tanpa nikah, kes buang anak, kes bunuh, kes rogol, kes penculikan, kes rompakan, kes kecurian.... dan SEMUA GELAJA SOSIAL semakin berleluasa.. Tepuk dada, tanya iman...