Thursday, December 30, 2010

Lirik Lagu Twinkle, twinkle, little star,


Lirik Lagu Twinkle, twinkle, little star, | Assalamulaikum, Hai korang semua apa khabar ekin harap semua sihat walafiat.. 


Siapa kat sini minat dengan lagu di atas ni semua minat kan.. ekin bila dengar lagu ni nyanyi sokmo, sekarang lagu ni anak saudara ekin Kakak Fathnin Lyana pulak minat, best la lagu ni. jom kita nyanyi sama-sama taw.. hihihihihi...


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are




photo signature_4.gif

Monday, December 20, 2010

Mengapa WANITA Sangat Istimewa

Mengapa WANITA Sangat Istimewa | Assalamualaikum... Hai semua hari ini Cik Ash nak berkongsi tentang satu cerita mengenai wanita. Wanita ni sangat istimewa. Jom baca pengkongsian dekat bawah ni untuk fahami mengapa wanita itu sangat istimewa.

Mengapa WANITA Sangat Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. " I letih la...dah lewat ni, i nak tidur lah..." 

Mama pun pergi ke dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...lech pulak nanti... dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink... rendam lepas makan tadi... basuh sekejap.. susun pinggang kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...chek air panas dalam flusk...takut habis pulak nanti malam anak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara menunggu air masak,nampak pulak bekas gula dah kosong...salin la gula..chek bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ada lagi...ishh...ni lauk bila ni,semalam...dah beku dah...basuh sekejap..pergi yard,masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je la..tik..bunyi air dah masak..salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak sembayang lagi...on da way nak pergi bilik, papa tengok tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar taska...check la baju-baju pasang,towel mandi,towel kecil untuk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping...alamak terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg pergi kerja..emm...besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam jer... salin jap barang-barang dalam beg coklat...cek semua 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa...leceh pulak...selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli beg baru ni...rasanya 25hb ni Sogo sale nih...maria flyers tadi ek...ha ni dia... ok catit jap kat yellow sticker,nanti lupa...ok settle...

Tertiba dengar suara papa..." u buat apa lagi tu...tadi kata nak tidur.." yelah nak tidur la ni...nak sembayang jap..."masuk toilet...buat apa-apa yang patut...cuci muka dulu...2 jenis lak tu adoi...gosok gigi..sembayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhu..buka almari...emmm...pakai baju hijau ni la besok...gosok kejap...check baju papa, baju papa pun kena gosok juga ni..kat bilik belakang...la,kenapa komputer ni tak tutup ni, gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah...ishhh.. pergi dapur, basuh dan sambung gosok baju dan gantung. 

Elok-elok kemaskan baju gantung-gantung...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle... dengar suara papa lagi..." i dah ngantuk ni..." dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...chek jap pintu ni..sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup...ni kalau tak chek ni, senang-senang jet mat indon masuk rompak rumah aku...buka lampu luar...ni mainan ni sepah-sepah...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ada...adoiii...ok dah...

Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan dia la...nape basah ni..emm,tukar la pampers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti pergi sogo 25hb ni beli la sekali...ok sayang tidur k...kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh...tidurr sampai pagi ya.. good nite...sweet dremas...aahhh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku ni...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus, setkan alarm...setkan program kerja besok..pagi pukul 9.30 ada meeting. 

aaa..boring...panas pulak lotion nih...dah la...emm...sedapnya lelapkan mata..Ya Allah terima kasih untuk rezekiMu hari ini...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutu tv..."i dah mengantuk sangat ni...nak tidur lah..cerita pun tak best malam ni...bola pun tak ada...selang seminit dengar suara papa dah berkeruh... dah agak dah...So?...apa yang peliknya..??

Begitulah pengkongsian cerita dekat atas kerana wanita itu sangat istimewa kerana semua benda dalam satu masa semua dia akan buat sebelum nak tidur. Dah macam rutin Cik Ash kadang-kadang bila baca cerita ni cuma bab anak belum lalui lagi doakan Cik Ash dikurniakan rezeki zuriat nanti ya korang. 

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1432 Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1432 Hijrah



Segala puji bagiMu ya AllaH yang telah memberikan rahmat dan kurnia kepada kami, sehingga pada hari ini kami atas nama umat muslim sedunia merayakan hari tahun baru hijriyyah dengan penuh kebahagiaan.

Sholawat serta salam semoga tercurahkan kepada nabi besar junjungan kami yaitu baginda nabi besar Muhammad SAW.  Yang mana beliau telah ditakdirkan untuk menjadi manusia pilihan dan sekaligus menjadi utusan mulia dariMu ya AllaH  untuk berjuang demi menegakkan dan mensyiarkan   agamaMu. Semoga kami senantiasa mendapatkan curahan syafaat dari beliau "min hadza ilayaumil qiyyamah" dan diakui sebagai umat beliau, amieen.

Ya AlloH....pada ada hari ini kami berbahagia, pada hari ini kami bersuka cita dalam menyambut kedatangan tahun baru 1432 H yang dikhususkan hanya untuk ummat nabi Muhammad SAW. Semoga pada hari ini menjadi awalan yang baik dari kami untuk mengawali hari di tahun baru ini dengan amal kebajikan dan dapat mengistiqomahkannya.

Ya AlloH....
Kami sedar, kami mengakui akan semua kesalahan dan kekhilafan yang selama ini sering kami kerjakan ditahun kemarin. Tapi pada hari ini kami  berharap akan ampunan dariMu ya Rabb...
terimalah amal kebaikan dan kebajikan yang telah kami lakukan pada tahun yang lalu dan ampuni dosa-dosa yang telah kami perbuat pada tahun yang lalu. Kini kami berharap akan rahmat, taufiq, hidayah, inayah, dan ridhoMu didalam menjalani dan mengarungi kehidupan ditahun ini.
Wahai saudaraku muslimin dan muslimat, bergembiralah karena pada hari ini kita semua merayakan tahun baru hijriyyah. Yang mana mulai hari ini kita semua harus berusaha untuk menjadi manusia yang terbaik dan selalu berlomba-lomba dalam kebaikan.



 Saya atas nama pengelola blog ini mengucapkan 
"--Selamat Tahun Baru 1432 H--"

Ini do'a akhir tahun dibaca setelah sholat / ashar sebelum maghrib 3x, dan do'a awal tahun dibaca setelah sholat maghrib 3x.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 
‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa 
sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani 
‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu
wa lam tansahuu wa halimta 
‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu
ba’da
jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu 
fiihaa mimma tardaahu wa
wa’attani ‘alaihis-sawaaba fas’alukallahumma
yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu
minni 
wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa
Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam


photo signature_4.gif


Monday, December 6, 2010

Hutan Lipur Jeram Linang di Pasir Putih Kelantan

Hutan Lipur Jeram Linang

Hutan Lipur Jeram Linang (HLJL) di Pasir Putih, Kelantan dibangunkan untuk menjadikan ia menarik dan selamat untuk mandi-manda.
Terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pasir Putih, Kelantan atau Jerteh, Terengganu, Jeram Linang antara tumpuan warga tempatan saban minggu.

Memasuki kawasan riadah ini, pengunjung dapat melihat pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pelawat yang dibuat daripada kayu cengal.
Jika dari luar Kelantan, jangan bimbang kerana ada kedai makan menyajikan masakan kampung untuk dinikmati bersama ahli keluarga atau rakan.

Diubah suai sejak lima tahun lalu, HLJL selamat untuk kanak-kanak yang ingin mandi-manda.


Untuk kemudahan pengunjung, ada beberapa kolam kecil dibina dengan penghadang konkrit bagi memberikan lebih banyak tempat mandi terutama pada hujung minggu.

Penghadang itu berfungsi sebagai jambatan dan memudahkan pengunjung yang ingin menyeberang sungai.
Jika mahu lebih keseronokan, apa kata anda mencuba gelongsor air. Empat gelongsor simen dibina di tebing sungai dengan paras ketinggian yang berbeza sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Anda tidak perlu risau jika berkunjung pada hari minggu kerana ada tiga tempat mandi berbentuk kolam empat segi bermula dari bahagian bawah jeram berkenaan.

Taman permainan kanak-kanak disediakan berhampiran sungai untuk memberi peluang kanak-kanak mengeringkan badan selepas lama berendam di sungai.



Sunday, December 5, 2010

BIODATA RASULULLAH


BIODATA RASULULLAH..
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Monday, November 22, 2010

Anak Saudara Kesayangan Cik Ash

Anak Saudara Kesayangan Cik Ash | Assalamualaikum... Hai korang semua, harap sihat la ya. Kali ini Cik Ash nak bercerita kisah anak saudara kesayangan Cik Ash. Saja-saja nak buat kenangan.. Lagipun tumpang kasih sayang dekat diorang selagi Cik Ash belum ada rezeki anak lagi hihihi. Entri akan di update bila ada anak saudara baru. hahaha..



Anak Saudara Pertama
Anak saudara yang pertama ni, Nama dia FATHNIN  anak Kak Poh & Abe Sham.. Darjah 4. Kakak la yang mula-mula panggil nama Cik Ash .. bahagianya bila dengar anak saudara panggil nama Cik Ash masa tu. Hehehe... Sekarang kakak dah cerdik dan cakap pun dah pandai.. Dah besar dah kakak.. Nyanyi pun pandai ni.. Kalau suruh menyanyi.. kakak akan nyanyi nanti.. anak saudara yang pertama mesti ada cakap semua sayang kan, tapi Cik Ash tak ada semua Cik Ash sayang. 

Anak Saudara Kedua 
Anak saudara Cik Ash yang kedua pulak nama dia ANIQ anak Abe Mie & Kak Nor, Aniq dah darjah 3 , masa dia umur 1 tahun kan, sukanya Cik Ash tengok dia boleh berjalan masa tu, bahagianya rasa tengok dia boleh berjalan masa tu.. tuanya kecil molek boleh berjalan,suara pulak serak-serak basah bila besar ni jadi suara halus la pulak aniq. hihihi.

Anak saudara yg no 3
Anak saudara no 3 ni nama dio Rukniah anak no 2 Kak Poh & Abe Sham....umo dio 8 tahun dah....mesti dah le dah besar panjang dah.. Dia ni banyak mulut sangat, macam-macam soalan tanya dekat Cik Ash tambah-tambah soal anak hahaha alahai mulut tu..

Anak saudara Yang No 4

Anak saudaroku no 4 ni nama dia Alawiyah  anak no 2 Abe Mie & Kak Nor....Umur 6 Tahun doh....dah besar panjang boleh diharap jadi kakak yang baik tambah dia seorang jer gegirl yang lain boy. dia selalu bermanja dengan Cik Ash buat tempat bantal tidur.. hahhahaha

Anak saudara Yang No 5

Anak saudara Cik Ash yang  no 5 ni nama dia Fateh anak no 3 Abe Sham & Kak Poh....umo dio 5 Tahun dah, tapi nak suara dia bercakap agak mahal hiihihi.. bab menangis selalu Cik Ash dengar,muko sebiji ikut mama dia... anak manja mama ni... 

Anak saudaraku Yang No 6

Anak saudara Cik Ash yang  no 6 ni nama dio Aqil  anak no 3 Abe Mie & Kak Nor....umo dio 3 tahun....Cik Ash lupa masa ni banyak fikir hal kita sendiri...Cik Ash tak berkesempatan tengok dia secara real sebab diri ini dah jadi wife.... 

Anak saudaraku Yang No 7

Anak saudara Cik Ash yang  no 7  ni nama dio  Ammar  anak no 4 Abe Mie & Kak Nor, Sama la tak dapat nak tengok real hanya tengok melalui whatsapp jer. Jumpa dah boleh berjalan.

Anak Saudaraku Yang No 8 

Anak saudara Cik Ash yang no 8 nama Ayubbi anak no 4 kak poh dan abe sham.. Anak saudara yang ni paling Cik Ash jadi kasih maybe masa kak poh mengandung Cik Ash selalu tanya khabar, tambahan pulak tokku aboh panggil kembar Cik Ash hahaha, muka saling tak tumpah macam Cik Ash ayubbi ni.

Anak Saudaraku Yang ke No 9  

Anak saudara Cik Ash yang  no 9 ialah  Asri anak no 5 abe mie dan kak nor.Ni tak dapat tengok masa baby tengok dah besar masa umur 7 balik masa aboh sakit bulan 7, sekarang dah boleh berjalan dah.

Anak Saudara Yang ke No 10  

Anak saudara Cik Ash yang ke 10 ialah Raisha  anak no 5 Kak poh dan Abe Sham. Ni tak dapat tengok real masa baby hanya mampu tengok gambar dekat whatsapp jer hihihi..

Anak Saudara Yang Ke 11

Anak saudara yang ke 11 namanya ialah Adriana anak adik lelaki dan Isterinya. ni pun tak tengok real lagi hanya tengok gambar dekat whatsapp jah.

Anak Saudara Yang Ke 12
Anak saudara yang ke 13 ialah Sh.Adawiyah anak adik lelaki Cik Ash anak yang kedua.


Anak Saudara Yang Ke 13
Anak saudara yang 13 pula anak adik perempuan Cik Ash, namanya ialah Haura anak pertama adik.

Anak Saudara Yang Ke 14 
Anak saudara yang 14 pula anak kak poh yang bongsu baby perempuanh juga diberi nama Sofea.

Anak Saudara yang Ke 15
Anak saudara yang ke 15 pula anak adik lelaki Cik Ash, anak yang ketiga, dapat baby lelaki diberi panggil nama Atiq.

Anak Saudara Yang Ke 16
Anak saudara yang ke 16 pulak anak adik perempuan Cik Ash, anak kedua dapat anak lelaki diberi nama Huzaifah.


Anak Saudara Yang Ke 17 
Anak saudara yang ke 17 pulak anak abang Cik Ash no 2, tahniah buat mereka lama juga menanti zuriat macam Cik Ash, tahun 2023 Allah anugerah zuriat buat mereka. 

Sunday, November 21, 2010

Apa Itu Nikah Gantung

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Sumber Dari- Artikel iluvislam.com