Thursday, December 30, 2010

Lirik Lagu Twinkle, twinkle, little star,


Lirik Lagu Twinkle, twinkle, little star, | Assalamulaikum, Hai korang semua apa khabar ekin harap semua sihat walafiat.. 


Siapa kat sini minat dengan lagu di atas ni semua minat kan.. ekin bila dengar lagu ni nyanyi sokmo, sekarang lagu ni anak saudara ekin Kakak Fathnin Lyana pulak minat, best la lagu ni. jom kita nyanyi sama-sama taw.. hihihihihi...


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are




photo signature_4.gif

Monday, December 20, 2010

Mengapa WANITA Sangat Istimewa

Mengapa WANITA Sangat Istimewa | Assalamualaikum... Hai semua hari ini Cik Ash nak berkongsi tentang satu cerita mengenai wanita. Wanita ni sangat istimewa. Jom baca pengkongsian dekat bawah ni untuk fahami mengapa wanita itu sangat istimewa.

Mengapa WANITA Sangat Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. " I letih la...dah lewat ni, i nak tidur lah..." 

Mama pun pergi ke dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...lech pulak nanti... dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink... rendam lepas makan tadi... basuh sekejap.. susun pinggang kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...chek air panas dalam flusk...takut habis pulak nanti malam anak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara menunggu air masak,nampak pulak bekas gula dah kosong...salin la gula..chek bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ada lagi...ishh...ni lauk bila ni,semalam...dah beku dah...basuh sekejap..pergi yard,masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je la..tik..bunyi air dah masak..salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak sembayang lagi...on da way nak pergi bilik, papa tengok tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar taska...check la baju-baju pasang,towel mandi,towel kecil untuk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping...alamak terlupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg pergi kerja..emm...besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam jer... salin jap barang-barang dalam beg coklat...cek semua 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa...leceh pulak...selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli beg baru ni...rasanya 25hb ni Sogo sale nih...maria flyers tadi ek...ha ni dia... ok catit jap kat yellow sticker,nanti lupa...ok settle...

Tertiba dengar suara papa..." u buat apa lagi tu...tadi kata nak tidur.." yelah nak tidur la ni...nak sembayang jap..."masuk toilet...buat apa-apa yang patut...cuci muka dulu...2 jenis lak tu adoi...gosok gigi..sembayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhu..buka almari...emmm...pakai baju hijau ni la besok...gosok kejap...check baju papa, baju papa pun kena gosok juga ni..kat bilik belakang...la,kenapa komputer ni tak tutup ni, gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah...ishhh.. pergi dapur, basuh dan sambung gosok baju dan gantung. 

Elok-elok kemaskan baju gantung-gantung...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle... dengar suara papa lagi..." i dah ngantuk ni..." dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...chek jap pintu ni..sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup...ni kalau tak chek ni, senang-senang jet mat indon masuk rompak rumah aku...buka lampu luar...ni mainan ni sepah-sepah...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ada...adoiii...ok dah...

Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan dia la...nape basah ni..emm,tukar la pampers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti pergi sogo 25hb ni beli la sekali...ok sayang tidur k...kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh...tidurr sampai pagi ya.. good nite...sweet dremas...aahhh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku ni...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus, setkan alarm...setkan program kerja besok..pagi pukul 9.30 ada meeting. 

aaa..boring...panas pulak lotion nih...dah la...emm...sedapnya lelapkan mata..Ya Allah terima kasih untuk rezekiMu hari ini...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutu tv..."i dah mengantuk sangat ni...nak tidur lah..cerita pun tak best malam ni...bola pun tak ada...selang seminit dengar suara papa dah berkeruh... dah agak dah...So?...apa yang peliknya..??

Begitulah pengkongsian cerita dekat atas kerana wanita itu sangat istimewa kerana semua benda dalam satu masa semua dia akan buat sebelum nak tidur. Dah macam rutin Cik Ash kadang-kadang bila baca cerita ni cuma bab anak belum lalui lagi doakan Cik Ash dikurniakan rezeki zuriat nanti ya korang. 

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1432 Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1432 Hijrah



Segala puji bagiMu ya AllaH yang telah memberikan rahmat dan kurnia kepada kami, sehingga pada hari ini kami atas nama umat muslim sedunia merayakan hari tahun baru hijriyyah dengan penuh kebahagiaan.

Sholawat serta salam semoga tercurahkan kepada nabi besar junjungan kami yaitu baginda nabi besar Muhammad SAW.  Yang mana beliau telah ditakdirkan untuk menjadi manusia pilihan dan sekaligus menjadi utusan mulia dariMu ya AllaH  untuk berjuang demi menegakkan dan mensyiarkan   agamaMu. Semoga kami senantiasa mendapatkan curahan syafaat dari beliau "min hadza ilayaumil qiyyamah" dan diakui sebagai umat beliau, amieen.

Ya AlloH....pada ada hari ini kami berbahagia, pada hari ini kami bersuka cita dalam menyambut kedatangan tahun baru 1432 H yang dikhususkan hanya untuk ummat nabi Muhammad SAW. Semoga pada hari ini menjadi awalan yang baik dari kami untuk mengawali hari di tahun baru ini dengan amal kebajikan dan dapat mengistiqomahkannya.

Ya AlloH....
Kami sedar, kami mengakui akan semua kesalahan dan kekhilafan yang selama ini sering kami kerjakan ditahun kemarin. Tapi pada hari ini kami  berharap akan ampunan dariMu ya Rabb...
terimalah amal kebaikan dan kebajikan yang telah kami lakukan pada tahun yang lalu dan ampuni dosa-dosa yang telah kami perbuat pada tahun yang lalu. Kini kami berharap akan rahmat, taufiq, hidayah, inayah, dan ridhoMu didalam menjalani dan mengarungi kehidupan ditahun ini.
Wahai saudaraku muslimin dan muslimat, bergembiralah karena pada hari ini kita semua merayakan tahun baru hijriyyah. Yang mana mulai hari ini kita semua harus berusaha untuk menjadi manusia yang terbaik dan selalu berlomba-lomba dalam kebaikan.



 Saya atas nama pengelola blog ini mengucapkan 
"--Selamat Tahun Baru 1432 H--"

Ini do'a akhir tahun dibaca setelah sholat / ashar sebelum maghrib 3x, dan do'a awal tahun dibaca setelah sholat maghrib 3x.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 
‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa 
sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani 
‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu
wa lam tansahuu wa halimta 
‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu
ba’da
jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu 
fiihaa mimma tardaahu wa
wa’attani ‘alaihis-sawaaba fas’alukallahumma
yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu
minni 
wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa
Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam


photo signature_4.gif


Monday, December 6, 2010

Hutan Lipur Jeram Linang di Pasir Putih Kelantan

Hutan Lipur Jeram Linang

Hutan Lipur Jeram Linang (HLJL) di Pasir Putih, Kelantan dibangunkan untuk menjadikan ia menarik dan selamat untuk mandi-manda.
Terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pasir Putih, Kelantan atau Jerteh, Terengganu, Jeram Linang antara tumpuan warga tempatan saban minggu.

Memasuki kawasan riadah ini, pengunjung dapat melihat pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pelawat yang dibuat daripada kayu cengal.
Jika dari luar Kelantan, jangan bimbang kerana ada kedai makan menyajikan masakan kampung untuk dinikmati bersama ahli keluarga atau rakan.

Diubah suai sejak lima tahun lalu, HLJL selamat untuk kanak-kanak yang ingin mandi-manda.


Untuk kemudahan pengunjung, ada beberapa kolam kecil dibina dengan penghadang konkrit bagi memberikan lebih banyak tempat mandi terutama pada hujung minggu.

Penghadang itu berfungsi sebagai jambatan dan memudahkan pengunjung yang ingin menyeberang sungai.
Jika mahu lebih keseronokan, apa kata anda mencuba gelongsor air. Empat gelongsor simen dibina di tebing sungai dengan paras ketinggian yang berbeza sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Anda tidak perlu risau jika berkunjung pada hari minggu kerana ada tiga tempat mandi berbentuk kolam empat segi bermula dari bahagian bawah jeram berkenaan.

Taman permainan kanak-kanak disediakan berhampiran sungai untuk memberi peluang kanak-kanak mengeringkan badan selepas lama berendam di sungai.



Sunday, December 5, 2010

BIODATA RASULULLAH


BIODATA RASULULLAH..
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)