Tuesday, November 16, 2010

Kisah Cerita Lawak

Kisah Cerita Lawak | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..


Jom korang sambil-sambil online tu apa kata baca kisah cerita lawak dekat bawah ini cik ash nak share dengan korang semua.. Memang cerita lucu bukan saja-saja lucu ada mesej yang di sampai setiap cerita ni..

Kisah cerita lucu yang pertama perbualan antara isteri dan suami

Cerita 1  

Suami : Kenapa sayang menangis ?
Isteri :   Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk orang rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua, adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap, saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ????


Cerita 3 
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti :  Saya dah bosan dengan awak, saya ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok, tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkk.... Benci........

Cerita 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti
katanya, Tak Muat Dah Tok, kam dah bertiga!!!

Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan padajalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, laluditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batinhanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 6 
Seorang posmen yang datang menghantar surat .” Assalamualaikum “”     Walaikumsalam “” Ni rumah encik Sameon ye?” Ya saya”” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “” Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”

Ok la itu saja yang cik ash nak kongsi dengan korang semua...hihihi semoga terhibur la ya..

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com