Monday, November 22, 2010

Anak Saudara Kesayangan Cik Ash

Anak Saudara Kesayangan Cik Ash | Assalamualaikum... Hai korang semua, harap sihat la ya. Kali ini Cik Ash nak bercerita kisah anak saudara kesayangan Cik Ash. Saja-saja nak buat kenangan.. Lagipun tumpang kasih sayang dekat diorang selagi Cik Ash belum ada rezeki anak lagi hihihi. Entri akan di update bila ada anak saudara baru. hahaha..



Anak Saudara Pertama
Anak saudara yang pertama ni, Nama dia FATHNIN  anak Kak Poh & Abe Sham.. Darjah 4. Kakak la yang mula-mula panggil nama Cik Ash .. bahagianya bila dengar anak saudara panggil nama Cik Ash masa tu. Hehehe... Sekarang kakak dah cerdik dan cakap pun dah pandai.. Dah besar dah kakak.. Nyanyi pun pandai ni.. Kalau suruh menyanyi.. kakak akan nyanyi nanti.. anak saudara yang pertama mesti ada cakap semua sayang kan, tapi Cik Ash tak ada semua Cik Ash sayang. 

Anak Saudara Kedua 
Anak saudara Cik Ash yang kedua pulak nama dia ANIQ anak Abe Mie & Kak Nor, Aniq dah darjah 3 , masa dia umur 1 tahun kan, sukanya Cik Ash tengok dia boleh berjalan masa tu, bahagianya rasa tengok dia boleh berjalan masa tu.. tuanya kecil molek boleh berjalan,suara pulak serak-serak basah bila besar ni jadi suara halus la pulak aniq. hihihi.

Anak saudara yg no 3
Anak saudara no 3 ni nama dio Rukniah anak no 2 Kak Poh & Abe Sham....umo dio 8 tahun dah....mesti dah le dah besar panjang dah.. Dia ni banyak mulut sangat, macam-macam soalan tanya dekat Cik Ash tambah-tambah soal anak hahaha alahai mulut tu..

Anak saudara Yang No 4

Anak saudaroku no 4 ni nama dia Alawiyah  anak no 2 Abe Mie & Kak Nor....Umur 6 Tahun doh....dah besar panjang boleh diharap jadi kakak yang baik tambah dia seorang jer gegirl yang lain boy. dia selalu bermanja dengan Cik Ash buat tempat bantal tidur.. hahhahaha

Anak saudara Yang No 5

Anak saudara Cik Ash yang  no 5 ni nama dia Fateh anak no 3 Abe Sham & Kak Poh....umo dio 5 Tahun dah, tapi nak suara dia bercakap agak mahal hiihihi.. bab menangis selalu Cik Ash dengar,muko sebiji ikut mama dia... anak manja mama ni... 

Anak saudaraku Yang No 6

Anak saudara Cik Ash yang  no 6 ni nama dio Aqil  anak no 3 Abe Mie & Kak Nor....umo dio 3 tahun....Cik Ash lupa masa ni banyak fikir hal kita sendiri...Cik Ash tak berkesempatan tengok dia secara real sebab diri ini dah jadi wife.... 

Anak saudaraku Yang No 7

Anak saudara Cik Ash yang  no 7  ni nama dio  Ammar  anak no 4 Abe Mie & Kak Nor, Sama la tak dapat nak tengok real hanya tengok melalui whatsapp jer. Jumpa dah boleh berjalan.

Anak Saudaraku Yang No 8 

Anak saudara Cik Ash yang no 8 nama Ayubbi anak no 4 kak poh dan abe sham.. Anak saudara yang ni paling Cik Ash jadi kasih maybe masa kak poh mengandung Cik Ash selalu tanya khabar, tambahan pulak tokku aboh panggil kembar Cik Ash hahaha, muka saling tak tumpah macam Cik Ash ayubbi ni.

Anak Saudaraku Yang ke No 9  

Anak saudara Cik Ash yang  no 9 ialah  Asri anak no 5 abe mie dan kak nor.Ni tak dapat tengok masa baby tengok dah besar masa umur 7 balik masa aboh sakit bulan 7, sekarang dah boleh berjalan dah.

Anak Saudara Yang ke No 10  

Anak saudara Cik Ash yang ke 10 ialah Raisha  anak no 5 Kak poh dan Abe Sham. Ni tak dapat tengok real masa baby hanya mampu tengok gambar dekat whatsapp jer hihihi..

Anak Saudara Yang Ke 11

Anak saudara yang ke 11 namanya ialah Adriana anak adik lelaki dan Isterinya. ni pun tak tengok real lagi hanya tengok gambar dekat whatsapp jah.

Anak Saudara Yang Ke 12
Anak saudara yang ke 13 ialah Sh.Adawiyah anak adik lelaki Cik Ash anak yang kedua.


Anak Saudara Yang Ke 13
Anak saudara yang 13 pula anak adik perempuan Cik Ash, namanya ialah Haura anak pertama adik.

Anak Saudara Yang Ke 14 
Anak saudara yang 14 pula anak kak poh yang bongsu baby perempuanh juga diberi nama Sofea.

Anak Saudara yang Ke 15
Anak saudara yang ke 15 pula anak adik lelaki Cik Ash, anak yang ketiga, dapat baby lelaki diberi panggil nama Atiq.

Anak Saudara Yang Ke 16
Anak saudara yang ke 16 pulak anak adik perempuan Cik Ash, anak kedua dapat anak lelaki diberi nama Huzaifah.


Anak Saudara Yang Ke 17 
Anak saudara yang ke 17 pulak anak abang Cik Ash no 2, tahniah buat mereka lama juga menanti zuriat macam Cik Ash, tahun 2023 Allah anugerah zuriat buat mereka. 

Sunday, November 21, 2010

Apa Itu Nikah Gantung

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
 Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Sumber Dari- Artikel iluvislam.com

Saturday, November 20, 2010

Koleksi Novel-Novelku

Koleksi Novel-Novelku | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.



Cik Ash sangat minat dengan novel... novel la teman Cik Ash dikala kebosanan, layan novel cintan cintun kekeluargaan, keislaman hihihihi.. novel yang Cik Ash baca banyak meninggalkan kesan yang mendalam lah, mesti korang pernah baca novel kan..maybe korang dapat rasa juga dengan jalan cerita novel-novel sekarang sudah banyak pengarang novel yang berbakat, masa sekolah-sekolah dulu Cik Ash suka pinjam kat pepustakaan tak de duit lagi masa tu nak beli novel.  Sekarang bila Cik Ash dah berkerja  bila ada masa terluang Cik Ash akan pergi beli novel terbaru dan terkini.. 

Dan tak lupa juga kat blog novel on9 yang selalu Cik Ash kunjungi bila ada masa terluang baca dekat http://penulisan2u.blogspot.com/ . Diatas  ini Cik Ash sertakan novel2 koleksiku yang Cik Ash beli dari duit hasil berkerja... novel2 ni lah nyawaku....kalu hilang sebuah novel ku nampaknya menangis la aku...huk3....

Ok la tu jer Cik Ash nak sharing dengan anda semua jumpa lagi nanti ya.. Semua novel ni ada di kampung.. hihihihi..

Thursday, November 18, 2010

Cara Menadah Tangan Dan Berdoa Yang Betul

Cara Menadah Tangan Dan Berdoa Yang Betul |Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Cara

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wednesday, November 17, 2010

Cinta Itu Indah



Di pagi yang indah sebelum berangkat kerja saya sempat sarapan ditemani dengan secangkir teh manis. saya bilang sama istri saya agar menjauh dari saya. Hah! istri saya sempat tercengang, 'kenapa mas saya mesti menjauh?' katanya penuh keheranan. Saya katakan padanya, 'tehnya sudah manis, nanti jadi tambah manis jika melihat senyummu yang manis itu..' Mendengarkan jawaban saya, istri saya menjadi tersipu malu.

Itulah cinta yang kita miliki, selalu hadir penuh keindahan di pagi hari. Cinta yang indah selalu terwujud di dalam rumah tangga. Bahkan pergaulan dalam rumah tangga juga membutuhkan suasana dinamis, dialog dan saling menghargai. Kekurangan keuangan keluarga misalnya, oleh
orang bijak dapat dijadikan sarana untuk menciptakan suasana dinamis dalam keluarga.

Sebaliknya suasanya mapan yang lama (baik mapan cukup maupun mapan dalam kekurangan) dapat menimbulkan suasana rutin yang menjenuhkan. Oleh karena itu suami isteri harus pandai menciptakan suasana baru, baru dan diperbaharui lagi, karena faktor kebaruan secara psikologis
membuat hidup menjadi menarik. Kebaruan tidak mesti dengan mendatangkan hal-hal yang baru, tetapi bisa juga barang lama dengan kemasan baru agar cinta di dalam rumah selalu nampak indah bagi para penghuninya.


Tangisan Rasulullah Menggegarkan Arasy

Tangisan Rasulullah Menggegarkan Arasy


Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat…
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
‘Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca ‘Ya Karim! Ya Karim!’ Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah s.a..w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: ‘Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.’
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: ‘Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?’
‘Belum,’ jawab orang itu.
‘Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?’
‘Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,’ kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!’ Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
‘Tuan ini Nabi Muhammad?!’ ‘Ya’ jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: ‘Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.’
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata : ‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: ‘Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!’
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: ‘Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!’ kata orang Arab badwi itu.
‘Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?’ Rasulullah bertanya kepadanya.
‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu.
‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!’
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
Kalau tidak keberatan…. Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Cerita Lawak

Kisah Cerita Lawak | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..


Jom korang sambil-sambil online tu apa kata baca kisah cerita lawak dekat bawah ini cik ash nak share dengan korang semua.. Memang cerita lucu bukan saja-saja lucu ada mesej yang di sampai setiap cerita ni..

Kisah cerita lucu yang pertama perbualan antara isteri dan suami

Cerita 1  

Suami : Kenapa sayang menangis ?
Isteri :   Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk orang rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua, adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap, saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ????


Cerita 3 
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti :  Saya dah bosan dengan awak, saya ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok, tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkk.... Benci........

Cerita 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti
katanya, Tak Muat Dah Tok, kam dah bertiga!!!

Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan padajalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, laluditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batinhanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 6 
Seorang posmen yang datang menghantar surat .” Assalamualaikum “”     Walaikumsalam “” Ni rumah encik Sameon ye?” Ya saya”” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “” Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”

Ok la itu saja yang cik ash nak kongsi dengan korang semua...hihihi semoga terhibur la ya..