♥Tentang Saya ♥
Assalamualaikum...Hai!
Mesti ramai yang nak tahu macam mana nama Pena blog ni terhasil kan, begini ceritanya, nama pena blog dilhamkan apabila anak saudara Cik Ash yang sulung masa tu umur dalam 2 tahun ajar dia panggil nama Cik Ash, so dari situ la nama blog ni dikenali sebagai nama Cik Ash. Kalau ikut nama blog sebelum nama lain korang boleh la baca kisahnya dekat Makna Disebalik Nama Blog Cik Ash.
Cik Ash merupakan anak no 4 daripada 6 orang adik-beradik yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Sekarang dah tinggal 5 orang jer adik-beradik Cik Ash, Kakak Cik Ash dah meninggal dunia pada tahun lepas 5.6.2022.
Cik Ash asal anak jati Kelantan, tapi dilahirkan di Hospital Besar Kuantan Pahang, Biasa la masa tu Aboh Cik Ash masih berkhidmat sebagai Tentera Darat. selalu bertukar tempat la jawabnya. Kalau tak silap Cik Ash masa darjah 2 aboh Cik Ash pencen askar terus duduk diKelantan sehingga sekarang. Apabila dah kahwin Cik Ash dah jadi orang Kulim hahaha sebab suami cari rezeki dekat sini.
Alhamdulilah Cik Ash disatukan dengan suami pada tahun 2014 Alhamdulilah Cik Ash Married. Bagaimana pertemuan Cik Ash dengan suami korang boleh baca di Perkenalan Aku Dan Dia Bermula Di Radio On9.
Pengajian tertinggi Cik Ash setakat SPM jer, tak pernah sambung belajar dekat mana-mana, lepas SPM tu duk bertapa dekat rumah jaga kucing beranak pinak nak baca kisahnya boleh baca di Kisah kucing, pernah juga merasa kerja di Kilang Esternt Garment tapi sekejap jer la, disebabkan terlampau penat berdiri lama hahaha, kerja bahagian gosok baju berdiri la sokmo kan. Sempat juga kerja di kilang printing cetakan tu tapi berapa bulan kerja sana , pada bulan dec 2005 bermula Cik Ash sebagai Kerani Security sehingga tahun 2013 ngam-ngam nak dekat Cik Ash kahwin hihihi tamat kontrak. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan bila berkerja sebagai kerani security tu korang boleh jer baca kisahnya dekat Rindu Masa Keje Kerani Security.
Selepas kahwin Cik Ash jadi Surirumah tangga sambil-sambil tu menulis dalam blog diteruskan sehingga kini ada buat menulis pasal resepi, review dan collabaration berbayar.
Selamat membaca blog Cik Ash yang tidak seberapa ni, masih banyak lagi kekurangan dalam menulis ni, tulis santai-santai jer.
dikemaskini pada 23/2/2023
1 komentar:
hehehe.. teringat karangan masa zaman skolah2 dlu
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon